The Followers

Showing posts with label Sup. Show all posts
Showing posts with label Sup. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Sup Tulang Power!

Assalamualaikum...wbt.

waww..baek punya salam,siap shake hand lagi ngan para blogger...*mati la kena tibai laki diorang kalo aku shake hand semua kan.

Salam hari Isnin..selamat kembali ke sekolah buat anak-anak..Habis,anak2 je ke yang kembali ke sekolah??cecekgunya mana???dah tentu masuk skolah jugak kan..Happy teaching wat cecekgu sekalian ye..

Ni entri terlambat nak publish..tengah aku sedap wat keja pagi tadi..letrik padam kat opis nih...dah tu,tengahari tadi pulak...sedang aku duk menaip dengan penuh ketenangan,letrik padam lagi...Aiseymen...kalo padam lagi kali ke-3,aku angkat PC ni dan jadikan sebagai microwave terus pasnih.

Jom..jom..layan sup tulang lak kali ni...kononnya sup tulang power lahh..tang mana powernya????Ehem,mesti la pedass!

Sup Tulang Power

Ni menu petang semalam,nak upload malam tadi...malas lak nak mengarang...projek ni tercetus sebab nak merasmikan 'Pressure Cooker'(Periuk Tekanan) yang baru aku beli minggu lepas..Dah nama pun periuk,senang citer korang bayangkan je peralatan memasak.Jangan sesekali korang bayangkan untuk masuk ke dalam periuk bila rasa tertekan dan stres.No...no..no...bukanlah!

Dengan periuk ni,kerja memasak pun lebih cepat..daging pun lebih cepat lembut aww aww..sedap dan power...pendek kata,lebih sedap daripada sup yang aku pernah makan kat gerai...Alahai,ye lah,kekadang kat gerai tu..kalau kita mintak sup,yang datang cuma semangkuk air suam ditaburi dedaun sup/daun bawang je.Rasanya pulak..nauzubillah.Air laut lebih sedap kot....camna tu?

Excited nak tahu keberkesanan periuk ni tadi,aku buat sup yang cukup simple saja..Senang citer,beli bunjut sup adabi tuh,then tambah ja aksesori yang lain...

Cer tengok resepi sup tulang mengikut selera aku...

Sup Tulang Power
by:Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahannya :
  • 1 kg tulang sapi*beli yang ready potong tu
  • 2 liter air*bergantung kepada kuantiti tulang
  • 3 bungkus bunjut sup tulang*ryo pakai adabi
  • 2 tangkai cili merah
  • 50 g halia*dihiris kasar
  • 1 tbs garam
  • 1/2 tbs serbuk lada sulah secukupnya

Caranya :
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk tekanan
  2. Tutup periuk dengan berhati-hati
  3. Biarkan lebih kurang 30 minit,periuk akan mengeluarkan gas sendiri.
  4. Bila gas periuk tu dah habis keluar,periksa keadaan daging yang ada pada tulang.
  5. Kalau dah lembut dan boleh kunyah,dah masak ler tuh.*bergantung kepada jenis periuk tekanan ye..ada yang cepat,ada yang lambat.
Aku pilih tulang yang banyak isi sket...kalo banyak tulang dari isi,rugi jugak..Tak tertelan lak aku tulang-temulang tuh.Kalau tak tahan pedas,kurangkan kuantiti bahan yang berkenaan seperti lada sulah,halia dan cili...tapi kalau tak pedas,tak power beb!Aku memang tak letak serbuk perasa untuk sup nih...sebab rasa dia memang dah sedap.Ummphh.

Tapi memang best la pressure cooker nih...cepat je dah masak..paling2 pun dalam 30 minit,paling lama dalam 45 minit je...Kalau guna periuk biasa,mungkin berjam-jam ler jugak.

Selamat mencuba!

:)

Friday, April 15, 2011

Sup Sayur Tumis Udang

Selamat petang wahai bloggers..

Di petang yang indah ini,..ermm..ermmm..ok lah..xde menda pun.

Next,str8 to the dot!

Nak tunjuk sup sayur yang terlebih tumis nih ha..kenapa aku cakap terlebih tumis??terlebih minyak laa.....tapi takpe,tetap sedap..aiseymen..

Ada yg berkenan,ada yg x berkenan..tapi cara memasing kan..haaa.Mcm biasa la,walaupun simple,tetap nak selitkan jugak kan kan kan...

Sup sayur tumis udang

Yummy...slurrppp..slurpp

Sup Sayur Tumis Udang
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :
  • 200 gram udang *ryo guna udang harimau
  • 100 gram cendawan tiram*dikoyak
  • 1 biji lada benggala merah& hijau (capsicum)*dihiris
  • 1 ulas bawang merah*dihiris
  • 2 ulas bawang putih*dihiris
  • 500 ml air
  • sedikit garam dan serbuk perasa
  • sedikit serbuk lada hitam kasar
  • Daun sup/bawang goreng untuk lebih perisa*ni kalau suka je
Caranya :
  1. Tumis bawang sehingga naik bau
  2. Masukkan udang,kacau sekejap
  3. Masukkan air,perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  4. Tunggu sehingga mendidih,masukkan capsicum & cendawan tiram
  5. Biarkan sekejap,padamkan api
  6. Masukkan serbuk lada hitam & boleh dihidangkan.
Bagi aku,sup yang ditumis terlebih dahulu lebih enak...hehe..Sup2 nih sah2 la sedap dimakan semasa ia panas...

Selamat mencuba!


:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...