The Followers

Tuesday, March 5, 2013

Salam Takziah buat Si Wira

Assalamualaikum..

Aduyai, dalam beberapa hari ni sayu je hati bila tengok update dalam fb dan jugak blogs kan.Risau pun ada terhadap nasib pejuang-pejuang negara yang bertarung nyawa mempertahankan kesejahteraan negara di Lahad Datu,Semporna dan Kunak di Sabah.

Takziah diucapkan kepada mereka yang telah terkorban.Semoga ahli keluarga terus tabah.Apa yang pasti, pejuang-pejuang negara kita telah berjuang bermati-matian.Bagi kita, orang biasa yang tak tahu strategi perang dan getar tangan nak pegang senapang tu...elok la kalau kita terus berdoa daripada terus mengeluarkan kutukan yang kurang membina.Mereka ada cara sendiri untuk selesaikan, macam tarik rambut dalam tepung...rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.Jangan pulak kerana kecuaian dan keceluparan, lebih ramai anggota terkorban dan negara tergadai.Nauzubillah..

Al-Fatihah..kedua-dua mereka terkorban dalam serangan penceroboh di Lahad Datu


Moga Allah terus melindungi hambaNya..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...