The Followers

Thursday, February 14, 2013

AlFatihah ... takziah atas pemergian mereka

Assalamualaikum...

Erm..tajuk pun sedih kan.Sebetulnya aku tak tahu pun pemergiannya sebelum ni.
Siapa?
Allahyarham adalah saudara Azli Paat,salah seorang usahawan teknologi negara.Ramai blogger yang dah siarkan berita pemergiannya.Aku ternampak entri dari satu blog Wanista pasal berita kematian tu.Terima kasih.

Mungkin juga ada yang tak kenal siapa arwah.Ini dia ..

Allahyarham Azli Paat- Foto Ehsan Google

Beberapa tahun yang lalu, pertama kali aku melihat arwah sebagai panel undangan dalam salah satu program TV RTM atau TV3.Itu aku lupa...yang pasti, arwah muncul dalam siaran bual bicara pagi, antara Selamat Pagi Malaysia (TV1) atau Malaysia Hari Ini (TV3).

Masa tu arwah baru memperkenalkan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) 32728 (DAPAT) kepada orang ramai.Sehingga hari ini, aku sendiri menggunakan khidmat ini sebagai bahan interaktif ketika bersiaran di konti.Kami menerima SMS dari pendengar MIRIfm yang dihantar melalui DAPAT.

Walaupun tidak mengenalinya secara peribadi, arwah dilihat sebagai seorang yang petah berkata-kata,ceria dan bersemangat memperkenalkan teknologi terbaru.

Sumber BERNAMA menyatakan beliau  (Allahyarham) merupakan pengasas DAPAT SMS yang telah mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi antara satu sama lain serta merupakan pemenang Anugerah Perdana Menteri ‘Best of The Best’ APICTA 2012. Selain itu, arwah juga merupakan pencetus idea yang telah mewujudkan RakanCop di mana orang awam dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah kegiatan jenayah di negara ini.
Baca lebih lanjut profail > Klik Sini

Takziah juga buat seluruh ahli keluarga blogger www.terakarmo.com, Allahyarham Azhar bin Ramli yang telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 12 Februari yang lalu. Rupanya arwah adalah abang kepada Dj Nana , rakan penyampai di RTM Sarawak dan aku sendiri pernah menjadi pembaca blog arwah dulu.
Semoga roh mereka yang telah pergi ini terus dilimpahi kesejahteraan dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

 AlFatihah, salam takziah sekali lagi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...