Selepas berkongsi 'kecekodokan pisang' pagi tadi,petang ini kita beralih kepada menu yang menggunakan kaedah tumis menumis pulak..menumis ni pulak dah tentulah menggunakan sedikit minyak je,kalo banyak minyak tu namanya menggoreng...kalo pakai air pulak namanya merebus...kalau celup2 dalam air panas tu pulak namanya mencelur....sekian kalinya aku minta maaf,apa yang korang baca tadi hanyalah untuk memanjangkan entri ni je.ahakss...
Atleast dah dapat beberapa baris kan....kalau dalam karangan bahasa melayu atau membuat rumusan..sesi menokok tambah ni memang jadi febret aku la..itu masa zaman skolah dulu la..hasilnya,aku tetap dapat markah walaupun ianya hasil tokok tambah..baris ni pun untuk tambah ayat jugak.
Ok dah dah....meh kita berbalik kepada gambar yang menanti dibawah ni..
Bukan daun getah,bukan juga daun betik...bukan juga daun terup..ini lah pucuk daun ubi kayu..tapi kan,yang special nya,ni pucuk daun ubi kayu merah yang biasa ditunjukkan,mahupun dijadikan ilustrasi didalam buku teks sekolah anak2 anda...(Haaaa...sis HaSue dah gi belek2 buku skolah Zhariff dah tu....eh silap lah,buku skolah bang long laaa.)
Tengok gamba jap..
Pucuk Ubi Masak Tumis
Ok,sambung balik..
Pucuk ubi ni,tangkai serta urat2nya berwarna putih..Kalau bahasa tempatan,dipanggil pucuk ubi jepun.Tak sempat pulak nak tanya sejarahnya..mungkin zaman perang dulu,bebudak jepun tu bawak bekalan ubi kayu dari jepun..pastu tertanam pulak kat tepi perigi tempat anak2 dara mencuci pinggan mangkuk..(err..mcm xde motif je cerita ni)
Cara memasak begini lebih menjadi febret aku,mungkin sebab dicampur dengan rasa ayam serta halia...Kalau dilihat dan dikaji dari sudut 3 Dimensi setengah,ianya lebih kurang macam menu Manok(Ayam) Pansoh,suatu menu tradisional orang iban.Cuma kaedahnya berbeza,manok pansoh dimasak didalam buluh,tapi yang cara moden...tumis didalam kuali cap Helang.Tapi memang sedappp...(maaf ye,belum mampu nak beli kuali jenama TEFAL..kena tunggu nuffnang bagi rezeki lebih la..ahaks)
Cuba toleh kiri dan kanan rumah anda,kot2 lah ada pucuk ubi (x kesah la jenis pucuk ubi apa pun)...lepas tu bukak fridge,andainya ada sekerat dua ayam,boleh la cecuba masak.Kalau yang duk area kampung sket tu,kalo ternampak ayam yang sedang berpesta atau tengah ejas posisi nak berkokok di atas tunggul (pengaruh ilustrasi katun kampung boy,channel 611)..Apelagi..tangkap dan ZASSSSS!!
Jom tengok bahan..
Pucuk Ubi Tumis (dengan ayam tauu)
Shared by: ryo@ryoazhar.blogspot.com
Bahan2 :
Caranya :
Perghhhh!kalau makan ngan nasi panas dengan ikan masin sekali..memang sedap.
Selamat mencuba!
:)

- 3 ketul kepak ayam(potong kecil,1:4)
- 300 gram pucuk ubi (digumas & dicarik)
- 1 inci halia*
- 2 tangkai cili merah -nak pedas,tambah cilipadi*
- 2 ulas bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- garam dan serbuk perasa
Caranya :
- Tumbuk lumat bahan yang bertanda
- Tumis hingga naik bau
- Masukkan ayam,kacau sebati dan biar sekejap
- Bila ayam dah masak,masukkan pucuk ubi
- Kacau sebati...kalo perlu tambah sikit air je.
- Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
- Dah siap..padam kan api
Perghhhh!kalau makan ngan nasi panas dengan ikan masin sekali..memang sedap.
Selamat mencuba!
:)
best ek msk gini..rajin betul ryo, sedap ni buat lauk mkn mlm..eh gumas tu mcm ramas ke mcm mana ek
ReplyDelete@Kak Rosaliza
ReplyDeletehahaaa..tu istilah ryo je tu..gumas lebih kurang ramas atau gosok laaa..eekkkee