The Followers

Tuesday, March 29, 2011

Cubaan pertama blueberry & strawberry cheese tart

Yeahhh..cubaan pertama lagiii.Ni sebab excited nak pakai acuan tart yang baru..Gigih aku carik menda alah nih akhirnya aku jumpa jugak.RM12.90 (10pcs)..

Ape lagi..aku try la resepi sis HaSue ni haaa...tapi kemenjadiannya mcm x seberapa..mana taknya,'aku buat tak serupa bikin'...buat doh lebey kurang 4 minit jer..expressss!!!Layan japp....

Tart shell

Deco express...

Tapiiiii...memang SEDAPPPPPP lorrrr..

Aku pinjam resepi dari my sis HaSue ni haaaa...KLIK

BAHAN PASTRY

  • 1 biji telur
  • 100g butter
  • 75g icing sugar
  • 200g tepung gandum


CARANYA

  1. Semua bahan disatukan dan diuli sehingga menjadi doh
  2. Bulat2 kan doh sebesar ibu jari dan tekan dlm acuan tat & cucuk2 kan sikit dgn garpu.
  3. Bakar selama 15minit - 160°C


KRIM CHEESE

  • 250g keju Philadelpia (atau apa2 brand yg halal)
  • 60g icing sugar
  • 1 biji telur


CARANYA

  1. Pukul semua bahan sehingga halus & rata
  2. pipekan dulu sedikit blueberry filling kemudian tutupkan pula dgn krim cheese
  3. lepas tu barulah dilorek mengikut corak disukai
  4. (sedikit krim cheese + sdikit bluberry kaler - dan dilorekkan ke atas prmukaan tat)
  5. kemudian di bakar sekejap
Nak kena tunggu weekend nih nak buat lagi...sampai cantek dan puas hati....

p/s : Ni sekadar nak updated entri ni...x leh nak celoteh banyak sgt...ada keja sket..haduiiii......

4 comments:

Fadzli Amir said...

Salam kenal...aduhaii...tersangat la jelesnya aku tengok org2 lelaki masak2 sedap2 ni......hehehe

RYOVZHVR said...

Fadzli Amir : salam kenal gak,masak2 ni mmg seronok bro.Boleh cuba :)

EmbunRosaliza said...

assalam ryo...wah bestnya kalo ada adik lelaki gini, mesti rajin nulung time raya, buat sekuk raya ni.

dh cantik tu ryo,

RYOVZHVR said...

Kak Rosaliza : belum puas hati lg nih...hahaha...buat kek raya??Hahaha...memang dah biasa kak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...