The Followers

Friday, May 4, 2012

Super Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum...

Salam Jumaat buat semua, selamat menjalani kehidupan seperti biasa. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bercuti rehat hari ini ... ada perkara perlu diselesaikan sebelah petang nanti, beberapa urusan peribadi.

 Yesszaaa.. jangan shutdown atau close tab dulu skrin anda.. ye la, memang betul aku update belog ni.Eh eh.. macam tak caya je kan, baru semalam update, hari ni update lagi.Ahaks..
Kalau semalam dah upload ciskek yang simple... hari ni dah tentu resepinya simple juga....

Jom tengok dulu... jangan malu dan jangan sengan.

Super Moist Chocolate Cake

Wallah!Cantik nama sesedap rasanya jugak..... sebelum ni pun ada beberapa kali aku buat kek ni, dengan resepi yang sama..sebabnya, ia sangat mudah disediakan selain bahan pun tak banyak.

Lembap sangattt...rasa coklat yang enak!

Semalam, balik je dari tempat kerja tu terfikir la nak buat sejenis kek yang simple, sekadar untuk habiskan stok bahan-bahan yang ada.Cuma ambil masa 15 minit untuk sediakan adunan, dan 45 minit untuk tunggu kek ni masak.Memang berbaloi kan....kalau nak decorates, kena tunggu ia sejuk.Jadi aku biarkan ia semalaman...

Memandangkan hari ni aku cuti, kesempatan yang baik untuk bersarapan dengan kek ni... haha...yela, ingatkan nak tidur lama sikit, tapi dah terbangun seperti biasa.Alhamdulillah, boleh la berkerja di rumah sikit kan... basuh baju, kemas bilik serta meluangkan masa bersama anak-anak.....kuceng.

Yummilicious ...

Mana tahu sempena hari ibu yang akan datang, ada anak yang nak buatkan kek untuk ibu mereka, begitu juga suami atau bapa yang nak beri kejutan pada si isteri... jangan malu-malu nak berkarya di dapur..hehe...

 TQ kepada Chef Zubaidah, sis Along Roz & sis Hasue untuk resepi mudah ni...
Bagi kengkawan yang nak cuba buat.. boleh ikut resepi ni...


Moist Chocolate Cake
(Kek Coklat Lembap)

Resepi Asal: Chef Zubaidah
Sumber: HaSueAlongroz@myresipi.com
Sharing by:Ryo @ ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1 st Baking Powder

Cara membuatnya :

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

Penyediaan chocolate ganache:

Bahan2:
  • 150g coklat masakan
  • 65ml whipping cream
  • 1 sudu teh mentega
Cara2:
  1. Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api.
  2. Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.
Selamat mencuba ...

**Takziah juga diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Bob Kuman, atau nama sebenarnya Husni bin Mohd Rawi yang telah kembali kerahmatullah semalam.Umum dah tahu, arwah ada masalah kesihatan sebelum ini. Al Fatihah.

10 comments:

rahel said...

Ow..yang ni memang moist..entah berapa kali dah Rahel buat..suke sangat..
Cantek la hiasan di kek tu..suka tengok..hehe..

Sunah Sakura said...

tak pernah try lagi yang ni~ nice~ nanti nak cuba la!

Mat Gebu said...

Erkk....macam mana boleh termasuk sini pulak....ishh balik dulu lahh...

Pn.Mieza Fadzly said...

terus ngidam kek coklat tgk ni..

HaSue said...

Musnah diet aku nengok kek nih..apatah lagi terpaksa makannya..eh..ada ke org paksa ek..hahaha..kiut jek topping kek tuh

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Ryo..

Salam kenal dari kak Nadz.. Lama dah kenal dgn nama Ryo Azhar ni semenjak meletopnya resepi kek cheese pesona dulu tu..

Akak datang amik resepi kek pames tu yer. Nk letak kat blog pula w/p ramai yg dah tau.. Baru jer berkesempatan menerainya.. Mmg best!!

p/s:Aik??? Dak HaSue yg selim melim tu pun berdiet jugak??? Musyikil hakak...:0

Naz / Nadz COSK said...

Opppssss.. put yr link to my blog too..

IdaShazana said...

amboi....indahnya pandangan

Zana said...

Salam. Memang moist sangat nampaknya. Resepi Chef Zubaidah memang ngetop. Lama dah tak belajar ngan chef..

Ocean Fire said...

minyak masak tu, gram ker ml yea?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...