The Followers

Tuesday, October 11, 2011

Kuih Lapis Tradisi

Selamat pagi ..(eh,masih pagi lagi kan..)

Salam semuanya..harap betul2 dah bangun lah ni ye....haha...bersiaran dari opis,mencuri sedikit masa untuk menghapdet edisi Selasa,11 Oktober 2011.Waahh,siap bertarikh kan....

Jap,nak wish happy birthday kepada sesiapa yang celebrate his/her birthday hari ni.Aku hadiahkan senyuman 'rasa yang menawan' ala2 keropok moni lah ye.Tahniah diucapkan,melangkau lagi satu angka usia anda kan.

Ringkasnya,kali ni xde la makanan yang berat2 sangat..Kuih lapis je,dan bukan kek lapis ye.hihi...sesuai sangat la untuk bersarapan atau minum petang.Kos pun jimat,lagipun ianya kuih tradisional melayu...cuma bahan nya diubahsuai.

Layan dulu gambarnya....

Kuih Lapis Tradisional

Sebelum ni pernah jugak cuba buat kuih lapis ni guna resepi tepung beras,....tapi kali ni aku pakai tepung gandum,rasanya pun sedap juga.

Tetap sedap,tetap lembut ..

Adunan ni untuk sebiji loyang saiz 9x9.Kalau nak cuba untuk portion yang kecil,kurangkan adunan ye.Ehehe...minta maaf lah ye,andai kuih ni kurang berseri,bukan apa,nak buat lapisan yang lebih kecil rasa malas pulak nak melapis banyak2....hehe.

Nak rasa kuih lapis versi tepung gandum,cuba la resepi ni ye.

Kuih Lapis Tradisi
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan :
  • 800 g tepung gandum
  • 2 paket serbuk santan
  • 1 tbs garam
  • 2 cawan gula pasir
  • 2 liter air
  • 1 tbs perisa sirap ros
  • pewarna merah jambu secukupnya *optional
Caranya :
  1. Panaskan kukusan hingga mendidih
  2. Satukan kesemua bahan,gaul sebati menggunakan handwhisk.
  3. Tapiskan adunan dalam bekas berlainan.Bahagikan kepada 2 bahagian
  4. Warnakan satu bahagian dengan pewarna merah jambu dan perisakan dengan sirap rose.
  5. Biarkan sebahagian adunan dengan warna asal *optional
  6. Gliskan loyang dengan minyak masak
  7. Lapiskan adunan berwarna putih dengan senduk,*ryo guna 4 senduk untuk 1 warna
  8. Kukus sebentar,bila adunan putih dah masak,tuang pula adunan merah jambu.
  9. Ulang teknik melapis hingga adunan habis (satu adunan lebih kurang 5 minit).Biarkan hingga masak (lebih kurang 35 minit)
  10. Padamkan api dan biarkan sejuk sebelum dipotong.

*Jika terdapat air bertakung di permukaan kuih,buang dengan menggunakan senduk ye.

Selamat mencuba!

:)

6 comments:

Zaliedana said...

Amboi rajin toi anak teruna ni melapis bagai,canti lak layer tuh,sama jer,meh 2ketui nak rasa..

izahdaut said...

ryo akak mmg cari resepi guna tepung gandum je. sukee .tq tq.. tapi banyaaakkk nyer sukatan tu. cer bagi sukatan secawan je tepung. elok ler tuk akak ni. hakhak.. demanddd

ch000tz axoera said...

errrkkk laparrrr lah pulak...tapi lagi lapar tgk pic karipap kat atas tu....my fav karipap kampung yang checomey :((

Mas said...

wooooo...manyak tinggi kuih lapis tu..
cantikkkkk...
kau ni ryo, memang rajin kan bab lapis melapis ni....
tunggu mood rajin kak mas gak la nak buat kuih lapis gini..
meh 1/2 loyang dulu....
hulur bawah meja yerk ryo..
nnti kakak kau nmpk....kikikiki

tun_telani said...

ayark... kat nak sekilo tepung tuuu.. buat byk2 bawak gi sekolah ke tuu ryo?? mesti x abih lg kan? ce bui 4-5ketul ke akak.. akak sukaaa mkn kuih lapis ni, nk melapis tu yg maleh tu.

Ryo Azhar said...

kak Zaliedana > TQ.ambik ler berapa ketul nak...ada lagi..ada lagi...

kak izah > sukatan tu untuk loyang yg besau ler.kalo nak wat ikut saiz mapin,sikit je tepung tu kot.haha...

choot > karipap mana tah?dah penat dongak x nampak karipap pun.hihi

kak Mas > ok ok..duk hulur ler ni..nak kena hulur selapis2 ke?atau 1/2 loyang terus?haha

kak Tun > haha...ni nak buat banyak la..kalau tepung tu kurang nanti lembik pulak.eceli ni buat untuk tempahan..hehe.kurangkan bahan kepada separuh untuk loyang kecik k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...