The Followers

Wednesday, August 10, 2011

Ayam Goreng Berempah

Salam...

Hihi..mesti korang terkejut jap tengok tingkap kan,tetiba belog aku muncul wat entri baru.....kikiki...

Memang melampau la aku rasakan kemalasan kali ni...nak kata letih berpuasa,kang korang labelkan aku cam bebudak ler pulak kan.Haha...siyesly...memang malas aku nak wat entri semenjak dua menjak ni taw..camna tuh??

Okey la..malas nak menaip lebih2..sekadar pembuka untuk come back aku kali nih...(dah brapa kali come back daaa....)

Kali ni aku tak pergi jauh,cukup la aku curik resepi kat rumah sis HaSue aku tu ha....kebetulan dia sibuk duk mandikan Zhariff,aku masuk ikut pintu depan la...(nak masuk ikut pintu dapur,kunci tak repair lagi yer tak sis??)..

Khabarnya GMM semua demam Cajun tempohari,aku nak kidnap la sekali...tapi rupanya cajun kesayangan beliau tu dibawak sekali ke bilik mandi....adoyaii..memang berharga la menda cajun tu ye.Tapi takpe...aku dapat gak resepi Ayam Goreng berempah ni ha..boleh gak buat juadah berbuka semalam....mentang aritu sis aku sempat gorengkan,balik keja semalam aku nak test try la jugak. :)

Ayam Goreng Berempah

yummy....

mmmm..wordless..

Kalo dah cilok resepi,mesti nak paste kat sini jugak kan...


Ayam Goreng Berempah
by:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
shared by: Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2:
  • 6-8 ketul chicken wings-potong 2,bersihkan dan toskan*Ryo pakai 2 ketul paha ayam,dipotong
  • 1 cm halia*
  • 4 ulas bawang merah-potong dadu*
  • 4 ulas bawang putih-potong 2*
  • 3 batang serai-potong bulat*
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu*
  • Kunyit hidup/serbuk kunyit
  • 2 sudu mkn sos cili
  • Garam dan serbuk perasa(optional) secukupnya
Cara2:
  1. Masukkan bahan2 bertanda * ke dalam pengisar bahan kering,kisar sehingga lumat. Kalau tak ada pengisar tumbuk menggunakan lesung batu sehingga lumat-jika menggunakan kunyit segar hendaklah ditumbuk dengan lesung batu untuk mengelakkan kesan kuning pada pengisar..
  2. Gaul ayam bersama bahan2 yang dikisar tadi dan tambahkan sos cili serta bahan2 perasa-garam dan serbuk perasa(jika mahu)
  3. Perap didalam bekas tertutup dan diletakkan dalam peti sejuk..
  4. Adalah disyorkan perap ayam sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng agar rempahnya bergaul mesra bersama ayam tadi..semakin lama diperap,semakinnn enak!
Semalam sempat buat sambal penyet untuk cicah makan ayam ni...perghhh!memang sedap la...insyaAllah,next time kongsi sambal penyet pulak ye. :)

Nak resepi yang aku copy tu??Klik Sini

**Kali ni Ryo buang je kulit dan lemak ayam tu...hehe...Kurang nampak berkilat lak ayam ni kan??

10 comments:

Tholeha Mustapa said...

sedapnye! okay nak cube lar nanti :D

Ryo Azhar Rahza said...

@Tholeha Mustapa
TQ...coba jangan tak coba yer..hehehe

Rs Ida said...

wah....senangnya..kena try buat ni utk bukak pose..=)

Ummi said...

Waaaahh saudara Ryo..sedapnya ayam goreng berempah...mmg fav anak2 nih.. :)

cik cek said...

ratah je ayam goreng ni bestnya...:)

Ryo Azhar Rahza said...

@Rs Ida
hah..dah try ke belom nii??heheee

Ryo Azhar Rahza said...

@Ummi
kak ummi...memang sedap ler..x rugi buat ni.hehe

Ryo Azhar Rahza said...

@cik cek
ohohoiiii....memang sedap diratah,simple pulah dibuat....cicah ngan sambal penyet...pergghhh!

Rs Ida said...

@Ryo Azhar Rahza

sudah try..memang sedap..xsia2 buat..hehe

Adha Jumadi said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...