The Followers

Tuesday, April 12, 2011

Mudahnya buat Nasi Ayam

Morning kengkawan ...

Semalam aku dah tayang udang & cheesetart kan...ni satu lg menu yg aku buat hari sabtu lepas...mmg simple untuk sediakan nasi ayam*saje nak peram gegamba nih.haaa...

Kan aku dah kata,hari sabtu lepas statistic rajin tu melambung2 je...siap buat nasi ayam ni pulak...simple je pun...

Nasi Ayam Steam

Opps...titisan sos cait tuh wat 'spoil' lak kat atas nasi tu kan..kan..

Walaupun x seberapa ,tetap nak share resepi nih...

Nasi Ayam Steam
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan Nasi :
  • 3 cawan beras
  • 3 cawan air rebusan ayam
  • 3 ulas bawang putih*diketuk/hiris
  • 1 sudu butter/margerin
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit garam,jika perlu

Caranya :
  1. Cairkan butter dlm rice cooker,tumis bwg putih yg diketuk
  2. Masukkan beras dan air rebusan/stok ayam
  3. Masukkan daun pandan,biar hingga masak
Bhn Ayam Steam
  • 500 g ayam
  • 5 keping halia * dihiris
  • 3 ulas bawang putih *dihiris
  • Sedikit serbuk lada hitam/lada putih
Caranya :
  1. Susun ayam di dalam bekas
  2. Tabur bahan-bahan di atas nya
  3. Kukus sehingga masak
Simple jer kan..haa..bg sos pulak,terpulang kepada kegemaran masing2..

Selamat mencuba~

Monday, April 11, 2011

Cubaan kedua Cheesetart lebih meriah!

Psttt..pstt..meh sini..meh sini..

Ok,ni ada kesempatan ni aku nak tunjuk cubaan kedua aku wat Cheesetart lagi....ni kira kesinambungan daripada cubaan pertama yg aku buat sebelum ni ha...Klik sini >Nak tengok

Tu cubaan pertama la gamaknya yer,kali ni much better than that!.lebih berperisa,bukan setakat perisa megi kari dan asam laksa.ahaks.

'Mengetart' ni la projek aku malam td..tup2,sis HaSue pun wat jugak rupanya...huhuuu....cam sama je instinc nak wat tart.huhu

Jom cuci mata jap..

Tengok tu..tengok tu..

Cantek!

Lulus tak kalo ambik order nih?

Bayangan dari ukiran2 sis HaSue.

Haha..sebelum nih wat blueberry & strawberry kan...tapi kali ni...Kiwi pun dah join ventured gak ngan projek 'ngetart'.Hahaha...

Masa buat nih pun agak ngantuk gak sebenarnya,sbb petang tuh bz siapkan tempahan last minit untuk Donut Durian (210 biji) .Nak melepak ngan kengkawan pun x sempat.haha...

Camna ler nak habiskan banyak2 nih kan??so,seperti biasa beramal la jawabnyer...bawak g opis..habis lah ia.Syukurr ...

Kepada kengkawan yg jeles nak merasa tapi cuma dapat cuci mata,meh ler cuba try ...Klik Sini

Resepi yang sama je ...yang penting ada OVEN.Opss..Cheq Anna harap x terasa ye..lalalala

"Anak nyonya mukanya cantek,
Bapa kekura pergi belayar.
Kalo nak cheesetart silakan ambek,
Epp..epp.hujung bulan sila byr"

Selamat mencuba! :)

Udang Tumis Berlada

Wallaweyy!!!Biar betul aku leh online nih...*nih pun ihsan dr penggunaan internet pejabat.(syhh..)

Maaf ler kengkawan,sabtu lepas aku duk gosok2 mata,tetiber terkeluar enti tuh kan..sampai tertanya lak ke mana tujunya udang aku tuh..udang dah dimasak,tapi aku x habiskan lg..haha.

Sebetulnya,mmg aku terlampau rajin pada hari sabtu lepas..sempat la buat 2,3 menu..tapi line tenet lak lebih lembab dari keadaan muka bumi yang dilimpahi hujan rahmat pada pagi tu.

Smalam pulak aku mencuba lg,tetapi tetap gagal untuk memasukkan entri kerana memory card pulak ditimpa musibah,gagal dibaca oleh USB port!...tanpa melengahkan masa aku tetap mencuba tapi cubaan serta asakkan yang dilakukan tetap gagal...

Last2,aku redha dengan ketentuan Illahi...ok,aku nak upload cepat2 ni.hahaaa...

Taraaaa...posing maut!

Udang Tumis Berlada

Tumis bahan2 yg dihiris...*febret hiris menghiris nih

Masukkan udang tuh ..


Dah siapp!Posing cam ni pulak..

Bahan2:
  • 500 gram udang
  • 5 sudu cili kering kisar
  • 2 tangkai cili merah*
  • 5 tangkai cili padi*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 keping asam gelugur (guna asam jawa boleh gak)
  • 1 btg serai-ditumbuk
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
**Ryo x letak belacan ...

Caranya :
  1. Hiris,kemudian tumis bahan bertanda serta serai sehingga naik bau
  2. Masukkan udang dengan ikhlas hati
  3. Kacau dan biar seketika
  4. Masukkan asam gelugur dan perasakan dengan garam & serbuk perasa.
  5. Jika perlu,tambah sedikir air.
  6. Tunggu sehingga masak,padamkan api
  7. Dah siap...
Ok.ok..kenapa aku x letak belacan???sbb kalau letak belacan dah jadi macam sambal ler pulak...sbb aku nak rasa original dari udang.hahahaha...

Selamat mencuba!! :)

Saturday, April 9, 2011

Errr..Nak rajin ke nak malas?

Gud morning!haaa..awal korang bangun ye?
Skodeng menda pagi2 nih?dh bfast dah ke??..

Aku???(still on the bed)...

Entri pepagi nih x tayang menu lg...ingatkan nak g pasar awal..ada benda nak beli skt...tp..errrr,hujan ler pulak kat luar tuh..sbb tu la dlm kepala nih duk pikir...Nak Rajin kee...nak Malas ke??

Wahahah....,tau tak..tau tak..smalam aku sempat g satu kedai coldstorage.Ternampak la pulak udang yang melambai2 sakan ke arah aku...Tngok harga, mak aiiiiii.....murahnya! Rm13.90 sekilo..aku ambik.

Dah tu,nampak jiran si udang ni pulak...sotong harga RM6.90 sekilo..lagilah murah!!!(biasa aku dpt harga sotong Rm14 skilo.)..aku ambik jugak*teruja ler aku dpt harga tu sbb udang n sotong tuh fresh

Bangun2 je terus nak share entri pasal harga udang kan..tahu knapa?sbab malam td mimpi g mancing udang galah la...pasal hajat x kesampaian ler nih nak mancing since aritu.. :(

Oklah!dah tau nak pilih mana..

Aku pilih RAJIN!so,nantikan hasilnya ....

:)

Friday, April 8, 2011

Bingka Labu Kuning

"lancang kuning..lancang kuning berlayar malam..berlayar malam..."

erkk..tetiba nyanyi lagu lancang kuning lak kan bila terpandang tajuk tuh..

Yeahhh!!
Selamat pagi, slm satu malaysia..

salam Jumaat yang penuh rahmat dan berkat...dah minum pagi ke?kalau belum silakan menjamu mata mcm biasa.ekeke...

smalam aku tayang cookies,adee je yang terliur yek..siap PM nak soh kirim pun ada..hari ni pulak aku tayang menu berasaskan buah labu pulak....bukan nak wat parti halloween,wat bingka je pun.haha

Ni malam td punya projek,weekdays ni kalo nak 'baking membaking' kena wat malam sbb siang2 hari nih kena g keja.Takkan aku nak angkun oven g opis kan.maunya aku dibuang kerja...terpaksa la aku menjaja tepi jalan raya nanti..eheh.

Balik smalam,ternampak pulak buah labu duk posing tepi pintu..mintak perhatian ler tuh...terus aku tepikir nk buat menu guna labu ni la pulak..

Bingka Labu Kuning

Tingg!Dah masak*loyang 9"x9"

Sedap sebagai juadah sarapan/minum petang

Ok,skarang share resepi yang tak berapa nak rahsia ni pulak *sebab ramai mmg dh tau buat kan..

Bingka Labu Kuning
by:Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :
  • 500g labu kuning *dipotong dadu
  • 2 cawan santan pekat*ryo guna santan kotak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu margerin/butter
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • secubit garam *optional
Caranya :
  1. Panaskan oven15 minit (180')
  2. Rebus labu sehingga lembut (10 Minit).Tmasukkan sikit garam kalau perlu,toskan.
  3. Lenyek labu di dalam bekas bersama margerin*akan cair sbb labu masih panas
  4. Masukkan santan,gula,telur,tepung gandum..pukul menggunakan hand whisker hingga sebati
  5. Tuang adunan ke dalam loyang 8"x8"/9"x9" yg telah disapu sedikit minyak masak.
  6. Bakar selama 1 jam menggunakan api atas bawah (180'c)
  7. Dah siap....
Selamat mencuba!

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...