The Followers

Thursday, April 7, 2011

Blog Award: dapat dari HaSue

My 1st Award!!ngeee..dapat dari HaSue ...



Biar betull??dapat award?ala2 ABPBH ke??ada red kapet tak??
PANGG!!tetiba kena lempang..berangan ye.Ni ha..aku dapat award dari sis HaSue nih...
Memula tak perasan la,sebab mata tak berkelip tengok menu terbaru darinya...

opp.opp..biasa kalau dapat award,kena la bg ucapan kan..

test..test...*ketuk2 microphone ala2 Dato' Rosnani Jamil ambik award hari tuh...

Terima kasih x terhingga kepada sis HaSue yang sudi memilih saya untuk disenaraikan dalam 15 org-org yg baru ditemui sekaligus membolehkan saya bawa pulang trofi ni.*ehh,trofi?

Tapi untuk mendapatkan award ini, kena penuhi beberapa syarat.*hoh,ada syarat jugek ye

1. Kena link balik kepada orang yang memberi award ini
Blog HaSue : http://sue-hasue.blogspot.com

2. Berkongsi apa jua mengenai diri dengan semua :
  • Nama komersial biasanya dipanggil Ryo je...zaman sekolah bebudak panggil abg ryo.
  • Memasak salah satu bakat yang ada,tempahan2 merupakan rezeki sampingan.*syukurr
  • Jika belum mengenali,sukar didekati dan akan dilabelkan sebagai sombong tetapi sebaliknya,peramah,gila2 dan menyeronokkan walaupun mungkin dibelakang ada yang rasa bosan.*huh!ye ke
  • Pemilik tegar kereta yang diberi nama BLACKVIPER & ahli Proton Persona Elegance Owner Club (PPEOC) . *kini masih gigih mencari ahli di kawasan borneo
  • Satu-satunya pemilik dari Sarawak yang menyertai konvoi PPEOC dari Putrajaya ke Melaka pada 1.1.2011
  • Tidak suka ditipu*sapelahhh yg suka kan
  • Pernah melawat jakarta,hong kong,singapura,brunei,vietnam..dan akan dtg...dot dot dot
  • Sanggup terbang ke Kota Kinabalu & KL bagi memenuhi kehendak untuk berkaraoke di hujung minggu.Wahh!
  • Mudah bergaul kalau kena tempat dan orangnya....
  • Berfikiran terbuka,suka menolong sedaya upaya dan cuba memahami orang lain
  • Sering mengacarakan majlis rasmi,sukan,makan malam..ect
  • Sporting dan boleh dibawa berbincang
  • Lebih banyak ketawa,tetapi kalau ada yang tak kena...menakutkan jugak orangnya.
  • Lebih suka sikap ceria
  • Belum berkahwin a.k.a bujang lagi ni!
  • eee....dah banyak ni..yang lain,rahsia.*opssss!derhaka syarat
3. Berikan kepada 15 blog lain yang baru ditemui.:

MUNGKIN BLOG ANDA TERPILIH!!!!
Ni kira baru ditemui gak laa sepanjang berblogging ni yer..yang tak tersenarai jangan ada yang kecik ati tau.. :)
  1. http://mamanoriz.blogspot.com/
  2. http://cahayanurqasih.blogspot.com/
  3. http://irrahady.blogspot.com/
  4. http://kringg.blogspot.com/
  5. http://sicempakabiru.blogspot.com/
  6. http://sudirman1809.blogspot.com/
  7. http://kupukupukecik.blogspot.com/
  8. http://potpetpotpet-zieha.blogspot.com/
  9. http://embunrosaliza.blogspot.com/
  10. http://encikpeluang.blogspot.com/
  11. http://thegoldenrosereturn.blogspot.com/
  12. http://pelangindahekin.blogspot.com/
  13. http://ingklate.blogspot.com/
  14. http://erinzezryana.blogspot.com/
  15. http://catchytiramisu.blogspot.com/
Sudi2kan lah amik award nih yer.

p/s : sambung wat keja japp..
: )

Program Realiti : Masterchef Malaysia???

Selamat petang...

tadi duk merayau ke blog-blog lain nampak la satu link pasal program realiti anjuran astro nih...saja nak share ngan kengkawan yg suka memasak,pakar pegang senduk,sukat timbang belacan,gula serta menghiris bawang tanpa sentuh 'chopping board'....

Haaaa..apalagi,x de bakat nak join Akademi Fantasia apa salah tunjukkan skill memasak korang tuh!!

"Adakah anda seorang yang minat memasak? Berpengetahuan luas dalam pelbagai ramuan dan rempah ratus masakan? Mampu memukau dengan aroma dan hidangan masakan anda?

Kini anda berpeluang untuk menonjolkan bakat masakan dalam MasterChef Malaysia, suatu program realiti hiburan berkonsepkan masakan yang bakal menemui anda di Malaysia.

Rancangan ini akan mencungkil bakat baru dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman di dalam industri masakan. Rancangan ini juga memberi inspirasi dan membuka ruang kepada chef-chef amatur untuk mengubah kerjaya, impian dan aspirasi kehidupan mereka ke suatu tahap yang boleh dibanggakan.

Jika anda rasa anda mampu menjadi MasterChef Malaysia yang PERTAMA, muat turun borang uji bakat, lengkapkan borang ujibakat beserta lampiran gambar berukuran 4R atau passport dan hantar ke masterchef@astro.com.my. Tarikh tutup penyertaan pada 6 pg, 18 April 2011."


Cerr cuba cerr cuba klik

Ehemm..to my beloved sis HaSue x nak join ke??Huhuhuhu..

BEN ASHAARI BUAT GILA LAGI

Klik untuk JOIN

Apa?????
Ben Ashaari buat gila lagi??sememang nya dah memang hobi beliau 'berkemenjadian' camtu.so,aku join segmen sebab nak join jadi gila gak..

Tapi, sejak bila beliau gila dan kenapa mengaku tentang perilaku gila tu mungkin suatu idea yang gila-gila...sajaaa untuk hiburkan blogger yang 'gila' memblog.

Jangan salah faham,entri ni bukan bermaksud aku nak cerita pasal gila,kegilaan atau rumah org gila...cuma saja-saja nak panjang ayat ni je (korang perasan tak,sehingga perkataan warna merah,aku dah dapat 62 patah perkataan,termasuk ayat berwarna hijau ni...90)

Lastly,ni perenggan keempat.aku nak join segmen Ben Ashaari sebab belog beliau meletopp Bengg boong bengg sentiasa!...Mata mengantuk pun jadi terjaga,dari menangis jadi ketawa,last2 dapat la jugak follower sorang dua...Hahahaha

(+ -125 patah perkataan)*wakakkaa,siap letak simbol 'lebih kurang'.


Pstt....udah2 la baca..entri ni untuk penuhkan syarat jer pun.lalalalalala

Chocolate Chips Cookies

Selamatttt pagi!

wallawey...ngantuk pulak rasanya masuk keja ari ni...
mlm td sdg lena diulit intan berlian, tekejut pada tahap 2.2 scala richter....tuk tanggg..tuk tangg je bunyik nyer.ingatkan jiran sebelah buat rumah tgh2 mlm.

potong stim betul!aku pun jenguk jap..
ooo..orang tgh sibuk nak naikkan poster serta signboard rupanya...gigihhh ler korang nak kempen kan..lantak la korang... :)

ok..ok..biar diorang dgn dunia dia..
hari ni nak share sikit projek mlm td.buat cookies!cam x caye je kan...
seperti biasa ni aku try wat cookies yg mcm kat blog sis HaSue ler...mana yg aku nampak,tu la yang aku buat,nak geledah lebih mendalam,x sempat la pulak.

Bahan lain semua dah ada,cuma gula perang je xde stok...balik keja smalam singgah la beli kat mini market.

Chocolate Chips Cookies

Sedapp!rangup!mantap!..

Nah..ambik sorang sebijik..kalo x cukup korang wat sendiri la ye. :)

Chocolate Chips Cookies
Source: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Sharing by : ryoazhar.blogspot.com

Bahan2:
  • 1 cwn butter/margerine *ryo pakai margerin
  • 3/4 cwn gula perang
  • 2 cwn tepung gandum*ryo tambah secubit-hahahaha
  • 1 1/2 sk baking powder
  • 1 sk vanilla *ryo pakai vanilla powder
  • 1 cwn chocolate chips
  • 1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)*x letak pun
Caranya:
  • Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan vanilla dan pukul lagi.
  • Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati.
  • Masukkan pula chocolate chips dan gaul sebati lagi.
  • Sudukan atas loyang (Tun x letak gris sbb cookies bila bakar dh sedikit berminyak). Jarakkan sbb dia akan mengembang.*haah,mmg betul tu
  • Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven). Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara.
  • * **Cookies agak lembut ketika panas dan akan mengeras setelah sejuk.*ni pun betul jugak
Sedap tau cookies ni..lepas ni nak try guna butter pulak.mesti cookies lebih harum semerbak kan..cam biskut famous amos.
Boleh jugak korang view cookies sis HaSue kat SINI .

Selamat mencuba :)

Wednesday, April 6, 2011

Pilihanraya dah tiba .

" Marilah mari..kita mengundi,jgn lupa kewajipan pada negara..."

Wakakaka..
tetiba lak nih nak entrikn pasal election nih..
skang ni musim demam pilihanraya wo...umum dah tau,*tp mesti ada yg x minat nak tau pun..

Aku caya ramaiii sgt yang belum daftar lagi jd pengundi kat Malaysia ni kan..hoho.tepuk dada,tanya selera korang nak makan apa..bubur kacang,donut,kek,chewing gum??*lari topik sket..

Hari ni adalah hari penamaan calon untuk pilihanraya negeri Sarawak yang ke 10..
Tempat aku pun terkena la tempiasnya lor.. DUN N.61 & DUN N.62 ..hoho..

*aku pun x tau sape yg bertanding punn lg..

semangat je dorang nih..cett!

..bibit-bibit menyesakkan jalan..depan tuh aku kena belok kanan,sedappp je diorang jadikan jalan sehala

pagi tadi nak gi keja,sukeeee je dorang geng2 bendera biru putih nak block jalan aku....jalan yang 2 hala dah jadi sehala....x nampak ke sticker logo PPEOC berkepala rimau kat cermin keta aku hah??Overrr sgt.

Agaknya balik keja petang nih mula la nampak diorang duk gantung sana sini segala...

Ermm..selamat mengundi warga Sarawak,tentukan la pemimpin yang betul2 layak,bukannya haprak!*opsss

p/s : practice lukis katun kat kertas undian leh tak...

................................. n.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...