Pages

Wednesday, July 24, 2013

Kek Lapis Instagram

Assalamualaikum...

Salam Ramadan ke-15 hari ni.Tak terasa dah separuh perjalanan kita dalam bulan ramadan kan?
Ikut pemerhatian aku, bazaar ramadhan pun dah mula sunyi.Tak lama lagi gaji, insyAllah akan meriah kejap.Pastu masing-masing akan sibuk buat persiapan nak sambut raya.

Korang dah apply cuti raya ke?Kalau yang dapat balik bercuti raya tu banyak kan bersabar ye, giliran orang lain pulak nampaknya tahun ni.Macam-macam jenis persiapan yang nak dibuat menjelang perayaan, ada yang beraya sakan tukar itu ini, ada yang lebih selesa untuk besederhana.Alhamdulillah, aku pilih untuk besederhana seperti biasa...dan apa yang pasti, baru je pagi tadi hantar kain kat tailor nak suh buat baju raya.Nasib tailor tu kenal aku.Dari awal tahun dah dia suruh hantar...tp tak hantar2 jugak..Ada masa nak gi tengok jugak baju2 ready made...takut tak siap lak nanti kan.Salah siapa?Tepuk dada, tanya selera...ehh!

Ramai yang dah mula buat biskut, kek dan hamper raya.....tak kurang jugak yang cari resepi-resepi kek atau biskut yang baru kat gugel.Hiks..kalau anda salah sorang dari pencari itu, terima kasih kerana tersinggah kat sini.Jom, aku kongsi resepi baru untuk kek lapis....tengok gambar ni.

Kek Lapis Instagram
Yesszza....Kek Lapis Instagram namanya..Boleh je lah ye.Gara-gara suka sangat nak belek2 gambar kat Instagram (IG) kan.Hari-hari nampak logo IG tu, timbul pulak idea nak hasilkan kek dengan warna camtu.

Logo Instagram
Hmm, bahan-bahan asas kek seperti biasa.Cuma tambah sikit-sikit untuk pelbagaikan rasa, imaginasi ja.Maaf lapis tak berapa nak kemas.Haha..

Kek Lapis Instagram (Saiz 8"x8")

Bahan A:
  • 250 mentega
  • 1 cawan gula halus *boleh juga kurangkan kpd 3/4
  • 1 tbs ovallette
  • 10 biji telur gred A
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk horlick
  • 1 1/2 cawan tepung hong kong 
Bahan B :
  • 1/2 tbs coklat emulco -warna coklat
  • 1/2 tsp pandan paste - warna hijau
  • 1/2 tsp strawberry paste - warna merah
  • Sedikit pewarna kuning dan biru - biarkan plain
Caranya:
  1. Panaskan oven pada suhu 200'c,api atas.Sediakan tin bersaiz 8"x8", sapu sedikit mentega dan alas dengan baking paper.
  2. Masukkan mentega,gula dan ovalette dalam mangkuk pengadun, pukul hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu hingga habis, pukul lagi hingga sebati.Kemudian masukkan susu pekat,horlick dan tepung.Pukul lagi hingga sebati.
  4. Bahagikan kepada 5 bahagian dengan nisbah 1:1:1:1:4.Guna sukatan cawan je, 1=1 cawan.(Warnakan 1- hijau,merah,biru,kuning dan 4 = coklat.)
  5. Masukkan 1 cawan adunan berwarna coklat,bakar hingga masak.Lebih kurang 7-8 minit bergantung pada oven masing-masing.Bila dah masak, tekan sedikit permukaan kek menggunakan penekan khas.
  6. Lapiskan dengan adunan coklat,bakar lagi.Teruskan ulang langkah dengan adunan biru,hijau,kuning, merah dan 2 lapisan adunan coklat hingga habis.
  7. Setelah masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan sejuk.Sedia untuk dipotong dan dinikmati.
Selamat mencuba, salam hormat!



Thursday, July 18, 2013

Masih ingat lagi...puasa masa kecik2 dulu

Salam Ramadhan yang ke 9..

Alhamdulillah puasa masih diteruskan lagi...malam tadi hujan lebat dan angin kuat..Lena je tidur.
Siang hari ni pulak cuaca berbeza..panas membahang.Kalau bebudak, mesti muka pun dah monyo menghitung waktu untuk berbuka..hehe..tapi ada jugak yang masih bertenaga.Syukur la..

Ingat lagi..masa kecik-kecik dulu....menunggu waktu berbuka hingga ke petang memang terasa lama....nak keluar bermain pun tak larat.Penat.

Pernah jugak berpuasa setengah hari,itu perkara biasa bagi yang baru nak belajar puasa kan....
Baring-baring depan tv je.Tengok jam...hmm, lama lagi.Kalau cuaca pana sangat,alamatnya gi dapur bukak peti ais.Peti ais dulu-dulu, siap ada ais-ais yang lembut kat dalamnya....Apelagi, aku kikis la ais-ais tu, sapu kat muka....pernah jugak masukkan kepala dalam freezer atas...kira parah dah tu kan..nak ambik sejuk.haha.Duduk depan peti sejuk terbuka pun pernah.Hmm, itu lah namanya bebudak...

Rumah dulu mana ada aircond.......Ehh!Baru aku perasan, rumah sekarang pun takde aircond jugak rupanya!!!!Hahaha..

Hah!Korang mesti ade gak yang pernah wat camtu kan?

:)

Tuesday, July 16, 2013

Sardin Tumis Indah Lelapku...sardin cap ayam pon bolehhh?

Salam Ramadhan ke 7..

Ehem..harap terus cergas ye, kalau ada yang dah longlai tu perkara biasa la...cuaca pun agak panas kat sini.
Nak masak apa untuk juadah berbuka petang ni agaknya?Kalau yang duk umah tu, memang seronok la memasak juadah kan...kalau yang bekerja di pejabat, sambil buat keja tu pasti teringat2 periuk belanga kat rumah....sesekali singgah jugak ke blog2 masakan kan.Ahaks.

Kalau nak senang, singgah bazaar ramadhan je la...senang tak senang jugak sebenarnya...Nak cari parking dan bersesak...itu belum lagi melawan nafsu dan kawal diri nak beli itu ini.Elakkan pembaziran...perhati dan pilih.Apa yang penting aspek kebersihan....makanan yang bersih, menjamin kesihatan.Kadang kat bazaar ni, rupa makanan yang dijual tu bukan main nampak sedap, tapi rasa??????

Semalam, fikir memang nak masak menu sendiri...dah terbayang nak grilled ayam.Sampai rumah, tengok ayam keras pulak dalam freezer...Hmmm, masuk bilik jap...terlelappppp!!Ini antara lauk yang sempat.....main campak-campak....sayur-sayur dan ikan rebus akak dah masak awal.Hihi....

Sardin Tumis Indah Lelapku..mampu?
Salam hormat!

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan, selamat berpuasa

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa...
Tumpang lalu ye ahkak dan ahbang serta ahdik2...hari ni tiada juadah tersedia..Kalau orang sibuk penuhkan stok makanan untuk berbuka dan bersahur dalam esbok, aku pulak nak kosong kan laa esbok.Nak bagi ruang untuk stok kuih raya.Bila nak buat, tak tahu lagi

Alhamdulillah, esok umat Islam dah mula berpuasa bagi tahun 1434 Hijrah ni.Semalam dah skodeng2 anak bulan kan...tengah sibuk mak bulan nak pasangkan lampin...so anaknya tak nampak.Maka dikira2 berdasarkan rukyah dan hisab, maka 1 Ramadhan 1434 H jatuh pada hari Rabu lah ye..bukan hari ni.

Tahun ni cepat je rasanya kita dah sambut bulan Ramadhan kan...pastu pejam celik dah nak raya....nak digempakkan cerita, balang kuih raya taun lepas pun tak kering lagi.Hahaha.Itu melampao.

Baeklah, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan FB,rakan IG, rakan blogger, rakan dekat rakan rapat, ahli keluar dan sanak saudara...Moga Ramadhan kali ini terus dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus melaksanakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain.Buat yang berniaga di bazaar, berniaga lah seikhlas hati..jangan pikir nak untung je tapi terapkan nilai bersedekah juga ya.

Sekian,salam hormat!

Thursday, July 4, 2013

Sebenarnya aku bukan siapa-siapa....

Salam Khamis,

Lewat sikit masuk entri.Ambik masa lunch hour jap tadi...
Rasa kekok pulak hari ni....Tengok cincin, ada.Tengok jam tangan, ada jugak.Cuba hidu badan sendiri (ehh, camne tu cuba bayangkan ye)Ok, memang pakai perfume seperti biasa.Hmmm...ape yer yang buat aku kekok?

Bangun kejap, nak ambik file kat rak tepi.Lorrrr.alamak, alamak..aku terlupa pakai belt!Tali pinggang la...hahaha.Nasib baik hari ni Khamis, pakai batik.So tak nampak lah kan.Jangan ada yang selak dah la...memang rasa tak lengkap kalau takde belt ni.Rimas, maklum laa badan sixpack!Haha... (Ini menidakkan kenyataan kalau tak pakai belt, seluar terlondeh ye!)

Dan ini pulak aku print screen ptg semalam...........Errrrr......diam-diam ada stalker.Motipppp???
Pastu tetiba teringan komen mesra dari pcm tempoh hari.Pak Cik Matttttttttttttt!!!!!! (sinsing lengan)

Keywords bikin gelak..
Haaaa...hari tu ada komen dari sifu Mat pasal tunang2 ni...mungkin dari situ la bermula pencarian itu melalui google.Kalau cari pun tak jumpa dik, aku bukan siapa-siapa.Ko ingat aku retisss?Taip-taip terus keluar gamba??Sentapp!

Aku sendiri nak carik calon guna cik gugel pun tak jumpa.Bila dah jumpa yang berkenan, diambil orang lak...lagi sentap! Hahahaha..Ok abaikan.

Terima kasih lah kepada pcm, tak pasal-pasal ada stalker nak carik siapa tunang aku.Err..

Sebenarnya saya masih single... *kbye!

Salam hormat!

Monday, July 1, 2013

Cappucino Mousse Sexy Cake

Assalamualaikum..

Salam hormat,hari ni monday blues yang teramat..terpaksa ambik nescafe O peng untuk segarkan mata.Errrr...untuk diminum ye, bukan dititis kat  mata.

Hmm..dah masuk bulan Julai dah pun kan.Tak lama lagi kita berpuasa, iklan kurma pun dah banyak, kalau jalan kat shopping mall sini dah mula nak deco raya.Kalau bahan-bahan untuk baking memang dah tersusun dah..Cuma sentap sikit nengok harga butter yang naik 'menjulang tinggi'.Contohnya butter golden churn yang biasa diguna untuk kek lapis, dulu-dulu rega bagi saiz 454g cuma RM9 hengget...naik RM10 hengget.... pastu tahun lepas RM12.50....lepas pulih dari isu halal, naik 14.50......dan terkini nampak reganya RM 17.50 !!Pengsannnn!!So, jangan heran kalau rega kek lapis atau biskut raya yang guna butter berkualiti pun akan naik harga ye.Boleh guna margerin atau lepa susu...tapi memang tak sesedap butter.

Okeh, lupakan dulu soal projek raya.Ni nak tayang kek dari resepi Mocha Mousse Sexy Cake oleh Mat Gebu....kalau nak tunggu bulan puasa baru nak tayang, takut rasa bersalah lak nanti.Layan kan aje...

Cappucino Mousse Sexy Cake 
 Ingat lagi tak, pertengahan bulan Jun hari tu aku gi jumpa pelakon teduha kasih? Klik Sini, ehhh.. sebenarnya entri tu kat bawah entri ni je.Scroll down kan aje...masa tu sifu mat hidangkan kek yang sangat sexyyy!So, aku pun try la buat jugak.Nak buat, tapi kejar masa ....ini lah kejadian nya...Kurang kemas...jaring coklat nampak cincai je,bertaburan umpama bunga rampai yang ditabur2 atas pelamin.Ehh!

Jaring coklat tak memuaskan ..
Stoberi tu pulak, gedabakkk besar.Malas pulak nak potong dua...kalau sifu mat guna mocha untuk mousse, aku taruk cappucino ye.Sebab takde stok mocha pulak.hehe..Kira adik beradik la cappucino dan mocha tu...Paling tak pun sepupu sebelah bapak.Kira olah sikit ja dari resepi asal.Haaa...

Sedappps...
Baeklah, nak kata soal rasa.....aku nak pejam mata lama-lama.. Ya Allah sedappppnyerrr!Kek ni kena letak dalam fridge, kalau letak kat luar lama-lama nanti mousse tu cair.Terima kasih sifu mat untuk resepi yang mabelesssss ini.

Cappucino Mousse Sexy Cake

Bahan-bahan kek:
  • 125g mentega
  • 2 camca besar penuh serbuk koko
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 camca teh mocha flavour **aku guna Cappucino Emulco, **wink2 kpd sifu mat
  • 2 biji telur gred A
  • 3/4 cawan gula halus (cm kurangkan 2 camca besar) ** aku kurangkan jugak
  • 1.2 camca besar ovellete
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)

Bahan-bahan untuk mousse:
  • 140g coklat masakan
  • 1 camca besar halal gelatin
  • 100 ml air suam
  • 2 putih telur
  • 200g whipping cream (simpan dalam peti sejuk)
  • 40g gula kastor

Bahan untuk hiasan:
  • Buah strawberry segar secukupnya
  • Sedikit piping jelly
  • Parutan coklat secukupnya
  • Parutan coklat putih secukupnya**aku tak letak
  • Serbuk koko secukupnya
  • Roll Wafel**aku tambah je

Cara membuatnya:

Kek : 
  1. Panaskan oven pada suhu 180'c, lenser tin bulat 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minya, lenser juga kertas tadi.Ketepikan.Satukan mentega, susu segar dan serbuk koko dalam periuk.Masak dengan api kecil sambil dikacau hingga mentega cair dan kesemua bahan larut.Tak perlu mendidih.Matikan api, masukkan perisa cappucino* kacau rata dan biar sejuk.
  2. Putar gula dan ovellete hingga rata, masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat seperti adunan kuih bahulu.Perlahankan kelajuan, masukkan bancuhan koko dan tepung secara berselang seli hingga habis, gaul rata.Tuang dalam tin dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.Keluarkan kek dan biar sejuk atas jaringan.
Mousse : 
  1. Satukan gelatin halal dengan air suam, kacau rata dan  biarkan sekejap.Cairkan coklat secara double boiler, kacau rata dan masukkan bancuhan gelatin.Gaul hingga sebati, ketepikan dan biar sejuk.Putar telur putih hingga berbuih, masukkan gula kastor dan putar hingga kental (Meringue).Ketepikan.Kemudian putar pula whipping cream sejuk hingga kental dan jangan terlebih putar bagi elakkan ia cair.
  2. Satukan whipping cream dengan coklat, gaul dengan kaedah kaup balik hingga sebati.Masukkan pula meringue dan gaul hingga sebati.Bahagi kepada 2 bahagian sama banya.Ketepikan
Cappucino Mousse Sexy Cake:
  1. Kek dipotong kepada 2 kepingan.Sediakan cake ring berukuran 8 inci.Letak atas cakeboard.Ambil sekeping cake dan alas ke dasar acuan, tuang 1 bahgaian mousse ke atasnya, ratakan. Berhati-hati lapiskan dengan sekeping lagi kek dan tuang baki mousse tadi.Ratakan dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.
  2. Panaskan pisau nipis, kemudian sisipkan pada sekeliling kek, berhati-hati tanggalkan kek ring tadi.Tabur serbuk koko di atasnya.Kemudian hias dengan parutan coklat,strawberry sgar yang terlebih dahulu disapu piping jelly untuk mendapatkan kesan berkilat dan segar.Simpan kembali dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.


Terima kasihhh kepada sifu Mat Gebu untuk resepi yang owsemmm ini.

Selamat mencuba, salam hormat!