The Followers

Friday, March 18, 2011

Nasi Goreng Sardin Simple

Heyyy orang bujang!Meh try menu simple nih.Rasanya kalo untuk 3 orang,cukup nih...*memang sesuai bagi anda yang duk rumah sewa. :)

Nasi Goreng Sardin Simple yang dah masak..

Bahan-bahan :
1 tin Sardin (Kecil)*saya guna cap Ayam.
2 ulas bawang putih *dihiris
1 ulas bawang merah *dihiris
1 tangkai cili merah *dihiris
1 atau 2 mangkuk nasi putih
Sedikit serbuk lada hitam
Garam & serbuk perasa secukupnya.
Sedikit minyak untuk menumis

*Boleh tambahkan cili hijau & halia untuk lebih pedas.

Caranya ;

1. Panaskan minyak dalam kuali
2.Tumis bahan-bahan yang telah dihiris sehingga naik bau
3.Masukkan sardin,kacau dan biarkan seketika..
4.Masukkan nasi putih,garam,serbuk perasa,serbuk lada hitam dan kacau sehingga ramuan sebati ( sardin telah hancur)
5.Dah siap!taburkan sedikit hirisan daun bawang & bole la dihidangkan..

Gaulkan sehingga sebati warna,rasa & perisa

Selamat mencuba!

4 comments:

HaSue said...

Nasik goreng nih ko makan sensorang kaa ha? kalo wat nasi goreng dr lebihan sardin yg dimasak tp x abis makan pun sodap kan kan

Ryo Azhar Rahza said...

HaSue...aku masak je..makan sket pastu selebihnya ntah sapa makan ntah...yup,lebihan sardin yg dimasak pun boleh juga..cuma panaskan dan 'terjun'kan nasi putih ke dalamnya.

sudirman said...

ada rupanya blognya tapi ndak pernah komen2 blog ku..ekkk

Ryo Azhar Rahza said...

wahahaha..blog dah lama ada man..tp baru tahun ni aku beri penjenamaan semula.hahaa...semua aku buang tmasuk gmbr2 lepak sama c kindet.tahun ni 'bermula baru'.haha
thanks for visiting

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...