Pages

Friday, October 7, 2011

Ikan Kembong Rebus Kunyit

Salam hari Jumaat ye..

Apa khabar semuanya??harap semua berbahagia lah ye walaupun hari raya dah berlalu...hehe..sah2 lahari Jumaat ni penghulu segala hari kan,mujur tak tersesat tadi..sampai jugak ke laman belog sendiri..hihi

Maaf la,kurang menghapdett entry 2-3 hari ni..maklum la,sekarang ni musim bebudak PMR kan.apa kaitan ngan aku lak?ehehs...ada lah tu...tak banyak,sikit pun ada jugak.Bukan tak online langsung..tapi ada jugak la aku berjogging ke laman2 belog yang lain...

Hari ni nak masukkan ikan ni je...layan je lah ye.Sebelum ni pun pernah gak aku post menu yang sama,bukan apa...ni salah satu cara masak ikan kembong yang menjadi febret aku...Klik sini untuk lihat entri terdahulu.


Ikan Kembong Rebus Kunyit

Meh aku share lagi sekali resepinya kat sini ...

Ikan Kembong Rebus Kunyit
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :
  • 2 ekor ikan kembung
  • 1 btg serai
  • 2 ulas kunyit hidup*(maksudnya bukan kunyit serbuk ler)
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 tangkai cili merah*
  • 5 tangkai cili padi*
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
  • Air untuk merebus

Caranya :
  1. Siang/bersihkan ikan terlebih dahulu,kemudian dipotong 2 dan masukkan dlm periuk/kuali
  2. Masukkan air untuk merebus secukupnya
  3. Tumbuk bahan bertanda sampai lumat,kemudian tumbuk serai sekali
  4. Masukkan bahan ke dalam periuk/kuali bersama ikan,rebuskan
  5. Bila dah mendidih,perasakan dgn garam,serbuk perasa dan masukkan asam gelugur.
  6. Biarkan seketika...seimbangkan rasa dan padamkan api

P/s : jgn rebus terlalu lama sbb nanti ikan akan hancur dan anda cuma leh menyantap tulangnya saja...

6 comments:

  1. ryo...
    beso kembung tu kan..
    banyak isi..
    buat laksa best tu..he3

    ReplyDelete
  2. sedapnyeee.
    chemay dah la tak makan lagi dari pagi niee
    >.<

    ReplyDelete
  3. @Mas
    kak mas,laksa apa pakai isi ikan kembong ni??laksa penang ke...

    ReplyDelete
  4. @Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot
    salam kak ros....betul sgt..yang mudah dibuat tu wat kita semangat nak makan.opss..hihi

    ReplyDelete
  5. @chemay
    chemay...maaf ye.dah 3 hari berlalu bru sempat reply..g makan ye.hihi

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.