Pages

Friday, September 30, 2011

Sambal Petai Tumis Belacan

Salam Jumaat,
..Penghulu segala hari.Moga kita semua mendapat keberkatanNya ya.

Bersiaran sebelah petang sikit hari ni.Sebelah pagi tadi ada beberapa benda nak dikerjakan.Jap lagi balik ke opis nak wat surat berkenaan bil perkhidmatan internet sekolah yang tak sampai2..Lepas balik keja petang nanti pulak nak pecut ke RTM,ambik duty roster bagi bulan Oktober...Aiseyy

Dah lunch ke belom?Malas nak masak ke??pegi tangkap ayam kat KFC je lah ye.

Petai, itu la menu nak tayang kali ni.
Ada yang x pandai makan petai,ada jugak yang ngengada cakap x pandai makan petai tapi kat rumah hari2 dia makan petai kan.Nasib la petai ni aku masih boleh telan lagi,ikan keli...huhu..tolak tepi sikit ye. (Sian keli,x pasal2 aku heret masuk dalam ceritera petang ni kan)

Sambal Petai Tumis Belacan

Petai ni sedap buat sambal.
Tak kisah la sambal udang ke,sambal tempoyak ke.Tapi kali ni sambal tumis ngan belacan dan ikan bilis.Bagi pesakit resdung,x yah la letak belacan ye.gatal lak hidung tu nanti.huhu..
Susah nak dapat petai??x yah susah2 nak panjat..beli je.haha....

Kalau sebelum ni,petai ni aku kupas dulu sebiji2,pastu baru aku kopek kulit putih nya kat dalam tu.Tapi kali ni nak cepat je.Terus belah 2,dan keluarkan isinya.Itulah cara nak bukak petai paling senang....hahaha.Tumbuk dan tumis sambal,dan siap..senang je kan.Jom buat sama2...

Sambal Petai Tumis Belacan
by:ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2:
  • 5 papan petai,setiap biji dibelah 2 dan keluarkan isinya.
  • 1 tbs belacan*
  • 1 genggam ikan bilis*
  • 2 tangkai cili merah*
  • secubit garam dan serbuk perasa,jika perlu
  • sedikit minyak untuk menumis

Caranya :
  1. Tumbuk bahan bertanda hingga lumat,tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan petai,kacau sebati
  3. Tambah sedikit garam dan serbuk perasa jika perlu. (Ryo letak secubit je sebab ikan bilis & belacan tu dah ada rasa masin2 sikit kan.)
  4. Kacau sebati dalam 3 minit.
  5. Dah siap,padamkan api.
Hidangkan dengan nasi, selamat menjamu selera.

Selamat mencuba!

:)

21 comments:

  1. walaupun mas tak makan petai..
    terliurnya nengok sambal petai tumis belacan tu..
    kutip ikan bilis jerk la..he3

    ReplyDelete
  2. sdp ni...dulu mmkn lex megaku mkn ..pada hal mmg x mkn pu..tp lah ni dah pekena sekali mcm nak aje wakakk sdp ni pekena pulak nasi panas pehhh x hingat...org lalu belakan buat dek aje heeh perli cuba tq sharing resepi

    ReplyDelete
  3. @Mas
    hahaha...sudah lah kak mas....masa serve sambal petai ni nak letak signboard 'dilarang kutip ikan bilis sahaja'...hahaha

    ReplyDelete
  4. @Sheila Shafeareen
    haha..kan dah terkena kan x ngaku nak makan petai...hehe...sambal ni kalau makan ngan nasi je pun dh sedap dah ni :)

    ReplyDelete
  5. alamakkkkk....terliurr la pulak.lama dah tak mkn petai.teringinnyaaa.

    ReplyDelete
  6. nak sambal ajer without petai boleh..? heehweeee

    ReplyDelete
  7. Assalam rio..kagum acik..anak muda macam rio pandai masak.datang dari blog norsecubit garam..

    ReplyDelete
  8. ~perggghh... sedap nih.. nk sruh mak masak la.. :)

    ReplyDelete
  9. @ibuintan
    hihi..next time ryo publish kek belacan pulak.pasti sedap!

    ReplyDelete
  10. @Acik Erna
    Tq atas kunjungan acik y..alahai.xde la pandai,reti masak sikit2 je lah...sambil2 belajar kan. :)

    ReplyDelete
  11. @Ewan
    malam dah ni..jgn panjat petai tau..kesian nanti mak awak kena masak sambal petai tgh2 malam.haha

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum...nampak sedaplah Ryo..nnt akak nak try jugak lah..

    ReplyDelete
  13. Salam Ryo..terliur pulak sambal petai nie..tengah tunggu org janji nak masakkan ..huhu

    ReplyDelete
  14. @SARINA SANGKALA

    wah..siap ada yg janji nak masakkan sambal petai ye...

    ReplyDelete
  15. nak sambal ajer without petai boleh..? heehweeee

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.