Salam 4 JamadilAkhir 1434H buat semua,moga ceria-ceria je hari ni.Dan tengahari kan,jangan nak monday blues sangat....Awan mendung berarak kelabu, aku rindu awan biru yang makin menjauh...Eh!.Kebetulan rajin nak buat entri hari ni...aku update kan dengan jeruk.Haa..mula nak kecur liur la tu kan....buat jeruk ni untuk suka-suka makan sendiri je...tapi tershow off kat instagram n FB,ramai lak yang inbox nak resepi jeruk.Ehh!Tak sangka jeruk pun dapat sambutan.hehee...Boleh la share resepi kan...Kalau sudi, sila cuba.Tapi mungkin resepi aku berbeza dengan jeruk-jeruk sedap yang lain...yelaaa, aku dengar ada yang bubuh kapur sireh, cuka dan sebagainya....
Lain padang lain belalang..jeruk ni aku guna buah mempelam, tapi ada juga yang panggil buah mempelam ni buah mangga, walaupun ia berbeza.cer try.....
Jeruk Mangga/Mempelam
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com
Bahan A :
*Sekiranya kandungan air jeruk terlalu berbuih, ia bermakna jeruk sudah terlalu masak.Tos air untuk mengelakkan jeruk rosak.
Selamat mencuba :)
Jeruk Mangga/Mempelam Muda |
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com
Bahan A :
- 1 kg buah asam mempelam muda (guna mangga pun boleh)
- 1 cawan garam
- 2 liter air
- 2 cawan gula
- 2 liter air
- Masak air garam sehingga larut dan mendidih.Biarkan hingga sejuk.
- Kupas buah dan bersihkan.Kalau tak nak kupas pun boleh, cuma bersihkan kulitnya.
- Belah/Potong kepada beberapa bahagian mengikut saiz buah. (4/6/8 hiris utk sebiji)
- Toskan buah yang telah dibersihkan.
- Masukkan buah ke dalam bekas/botol kedap udara.
- Tuang air garam ke dalamnya hingga menutupi permukaan buah.Biarkan sehingga 2-3 hari/malam.
- Jika perlu, gaul buah dalam bekas dengan sudu yang bersih dan kering.
- Setelah genap hari/malam yang ke-3, masak bahan B dan biarkan sejuk.
- Buang air garam, elakkan buah dari tercemar atau terkena air.
- Masukkan pula air gula, biarkan sehingga 2-3 hari/malam mengikut citarasa sendiri.
- Toskan buah,masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
- Sedia untuk dinikmati.
*Sekiranya kandungan air jeruk terlalu berbuih, ia bermakna jeruk sudah terlalu masak.Tos air untuk mengelakkan jeruk rosak.
Selamat mencuba :)
perghhhhh.... mengidam ke ryo? ahaks.. menitik air liur atas key board niii nengom jerukk..
ReplyDelete@tun_telani
ReplyDeleteHahaa..ngidam ler ni sis....mana tahan nengom jeruk kan.haha
Ryo,
ReplyDeletetengah jalan-jalan carik resepi tetiba jumpa blog ko.. ingat aku lagi tak?
@cikTari
ReplyDeleteWAH.CikTari...lama lost contact!hahahaa
okey..entry ni dah berjaya membuatkan saya telan air liur..nasib baik tak meleleh keluar kalau tak huurmm potong markah mak mertua tengok
ReplyDeleteyg nak buat Bahan B tu sme ngan A ke???
ReplyDeleteKlu nk biarkan jeruk dalam air gula bolehkan?
ReplyDeleteGula .garam .air . mcm kurang je ramuannya Betul ke tu.
ReplyDeleteSamalah resipi kita.. tapi perlu disimpan di dalam peti ais agar ianya tahan lebih lama :)
ReplyDeleteKalau nak beli jeruk buah secara online, & atas talian laman sesawang, buat pertama kami di Malaysia, perniagaan jeruk buah di pasaran online ...tempah sekarang!
ReplyDeleteINGAT JB INGAT JERUK BUAH, http://www.jerukbuah.com
Malaysia Fruits pickles delivery
Air jeruk jangan buang boleh buat aiskream malaysia
ReplyDelete