Pages

Thursday, March 21, 2013

Result SPM!!!

Assalamualaikum...
Salam tahniah kepada semua calon yang telah berjaya mendapatkan keputusan cemerlang SPM yang telah pun dikeluarkan hari ni.Keputusan STPM pulak dah dikeluarkan lebih awal.

Hari yang mendebarkan,tapi setelah dapat keputusan yang cemerlang memang terasa nak melompat-lompat gembira kan?Hmm..gud gud.

Anda parents kepada anak-anak SPM?Busy dan tak sempat temankan anak-anak ke sekolah ambik result?Err..atau anak-anak berahsia keputusan dia?Jangan risau...ada cara nak semak keputusan SPM guna sms.Semudah abc.
Taipkan SPM [Nokp][NoAngkaGiliran] hantar ke 15888.

Bagaimana bagi yang kurang cemerlang?Nak nangis, nangis la...Takpe , itu je pencapaian yang anda mampu.Ia bergantung kepada usaha kita sebelumnya.Kalau komited terhadap pelajaran, InsyaAllah berjaya.Kalau sebaliknya, kita kena redha.

Macam-macam reaksi dapat dilihat...ke mana hala tuju selepas ini?Fikirlah sendiri corak kehidupan anda dik.Pendek kata, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna...kenapa aku tulis macam ni?Haha..

Sebab aku pernah lalui dan pastinya anda juga kan...Aku dulu bukan lah cemerlang sangat walaupun percubaan membanggakan, SPM sebenar tak seberapa...Alhamdulillah, dapat sambung belajar dan dapat kerja tetap,kerja sambilan dan kerja sendiri.Aku bersyukur....Tak banyak, sedikit kekesalan pasti ada pada adik-adik kita yang kurang cemerlang tu.Bagi yang lulus dengan cemerlang, teruskan perjuangan.Masuk form 6,matrikulasi atau masuk U.Bagi yang kecundang pula, anda masih ada peluang untuk duduki semula sebagai calon luar.Tapi jangan sia-siakan peluang ke dua.

Info untuk duduki peperiksaan boleh rujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Nak sambung belajar lagi?Haa..orang rajin mana kenal erti penat.Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan..... Jom semak untuk permohonan UPU, atau Politeknik.

Bagi yang nak terus cuba isi peluang pekerjaan pulak, layari Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia  atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran atau Jobstreet.Com 

Semoga berjaya!


2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Abg eq pun nangis 'sikit' bila tengok anak buah dpt 9A...touching! haha

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.