Pages

Wednesday, May 30, 2012

Sedihnya kisah abang tertembak adik ...

Assalamualaikum..

Apa khabar semuanya?? Harap-harap sihat walafiat dan semuanya menjalani kehidupan seharian dengan lancar ya ... Aku pulak, kurang sihat beberapa hari ni... Sejak hari Isnin lagi badan tak bermaya,lesu, penat , sakit dada, sakit kepala dan sakit belakang... Tetiba lak tu kan .... mintak dijauhkan benda tak elok datang menyerang.

Semalam, hari Selasa aku terpaksa jugak ambik cuti sakit (mc) sebab tak dan nak bekerja....dapat la cuti 2 hari termasuk hari ni.Ni pun belum sihat sepenuhnya.. masih ada lagi rasa sakit, sebab tu kalau duk rumah ni aku lebih selesa berbaring saja.

Okey lah.. hari ni takda entri masakan...cuma nak berkongsi beberapa kisah yang berlaku disekitar tempat aku ni ha..Semalam, ada kes kemalangan yang berlaku dekat-dekat sini... membabitkan 4 orang terbunuh termasuk pemandu kereta viva yang bertembung dengan sebuah treller di atas jalan yang sering aku lalui.Hampir tiap hari lalu jalan tu....Kira 5km je dari rumah ni..Aku tak tengok keadaan yang sebenarnya, cuma dengar cerita dan tengok gambar je.Memang teruk!Sama-sama kita sedekahkan alfatihah kepada mangsa.Selain dripada itu, sama-sama juga lah kita beringat supaya sentiasa berhati-hati dalam pemanduan.

Untuk berita tu .. boleh baca BERITA .


 Satu kes lagi ...malam tadi dapat SMS dari kawan sepejabat apabila anak kepada sorang lagi opismate kitorang masuk ICU sebab tertembak oleh abgnya sendiri!Astagfirulahalaziiimm....
Cuakk!
Petikan gambar akhbar tempatan ...
 
Pagi ni pulak terbaca status fb HOT FM pasal perkara yang sama....tak sangka, kes anak yang bermain depan mata ni jadi topik.Anda juga boleh baca DI SINI.Kejadian berlaku semalam dan sehingga sekarang, adik Nurul Afifah belum sedarkan diri lagi..


Memandangkan kenal rapat ngan ibu mangsa sebab jadi rakan sepejabat aku, dan juga rakan sekolah kpd sis HaSue, sebelah petang tadi kitorang pun pergi lah ke hospital untuk ziarah... sis aku ikut sekali dengan sorang lagi member nya.Sampai kat depan ICU  memang ramai giler ahli keluarga menunggu di luar.Alhamdulillah, kami berkesempatan untuk masuk tapi 2 orang je boleh ziarah dalam 1 masa.


Melihat keadaan adek pipah (nama panggilan mangsa), memang sayu hati melihat keadaannya...kritikal dan hanya bergantung kepada oksigen sahaja.Mohon agar adek pipah sedar dan sembuh seperti biasa.Allah maha berkuasa ...Amin.

p/s : Tiada gambar dirakamkan di ICU kerana enggan melanggar peraturan serta menjaga hati keluarga mangsa.


Sekian ..





5 comments:

  1. Memang menyedihkan..semoga adik pipah sembuh semula.. Allah maha mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya..semoga Janiah sekeluarga tabah dan cekal smngt.

    ReplyDelete
  2. Kesiannya kan.....pcm dgr juga kat Sinar FM....huhu moga cepat sedar dan dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah!!!!sedihnya bila berlaku kejadian2 mcm ni yg melibatkan budak2. Yang ralatnya bila adik beradik plak tu. sedihnya parents dia kan. Sama2 doa semoga adik pipah sedar & dpt pulih sepeeti biasa. amin3x.....

    ReplyDelete
  4. Moga adik Pipah akan kembali ceria seperti selalu.. gerun dan sedih teramat.... :((( terima kasih Ryo kerana sudi berkongsi...

    ReplyDelete
  5. Moga adik Pipah akan kembali ceria seperti selalu.. gerun dan sedih teramat.... :((( terima kasih Ryo kerana sudi berkongsi...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.