Pages

Monday, November 14, 2011

Hot & Spicy Alaskan Fish

Assalamualaikum ...

Salam pagi buat semua...apa khabar ye??Moga sihat2 semuanya...alhamdulillah,demam dah reda..tapi selesema belum lagi berakhir...ubat dah makan,mungkin jugak sbb kurang rehat..tu yang lambat nak 'selesai'.Ye la,bila kesihatan terjejas ni,mmg kurang feel nak baking & cooking tau.Hihi...Selamat maju jaya diucapkan kepada calon2 SPM yang mula menduduki peperiksaan hari ni ye..

Geng dapur yang lain apa cerita??Bukan mane cemerlang lagi korang ye.haha...kiranya kalau ada buku prestasi...dapat banyak bintang lip lap lip lap dah tu..kalau belog aku ni,tanda merah je kot ye sebab selalu ponteng.hahaha.Pasti ramai yang semakin bersemangat kan.lelebih lagi musim sukan SEA sekarang ni..pasti yang berbasikal tu makin laju kayuhan nya.haha...

Okeylah,kebetulan aku masuk ni, nak tampal satu menu ringkas.Memang ringkas sgt...main campak2 je.Sedap la buat dinner malam tadi...

Hot & Spicy Alaskan Fish

Alaskan fish?Ikan Alaska lah kot dalam bahasa melayu nya...aku tengok label tulis camtu.aku ikut je....sebenarnya dijual dalam bentuk isi/fillet ikan.......sebungkus ada 2 keping..beli minggu lepas,malam tadi terniat nak try masak ikan ni.Tapi tak tau nak masak apa..nampak ada tepung goreng ayam hot & spicy,ini lah kejadiannya.Capsicum tu..hahaha....gelak jap.Hahahaha.....(okey,sambung bawah pulak..)

Hahahaha...eh,ni masih lagi sambungan gelak pasal capsicum td taw.Aku gelak sebab beli menda ni sebelum g kursus hari tu...cadang nak wat pizza.(bukan main tinggi angan2 kan..)Tengok2 malam tadi capsicum dah makin kurus dah.haha....sib baik masih ada isi.boleh la pakai.....yang lain,main campak dan campak.tak sampai 10 minit dah siap.Betul!


Hot & Spicy Alaskan Fish
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 1 keping alaskan fish fillet,dipotong
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung gorengan ayam Hot & Spicy
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato,dibelah
  • 1 cawan capsicum merah/hijau,didadu
  • 1 labu bawang besar,dihiris halus
  • secubit garam & serbuk perasa
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • sedikit minyak untuk menggoreng/menumis

Caranya :
  1. Potong ikan kepada bentuk yang kecil
  2. Celup ke dalam telur,dan salut dengan tepung
  3. Goreng di dalam minyak yang panas,hingga nampak perang keemasan.(Jgn lupa balik2 kan)Sambil2 tunggu ikan tu,boleh la hiris2 bahan yg lain.Bila dah masak,angkat dan toskan..
  4. Bawang putih tu ryo tak kupas,tekan je guna pisau.Keluarkan dan hiris sikit.Tumis dengan sedikit minyak,kemudian masukkan capsicum & bawang besar.
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa,gaul sebati
  6. Masukkan pula alaskan fish yang dah siap digoreng tadi,taburkan serbuk lada hitam.
  7. Akhir sekali,masukkan tomato..gaulkan sekejap dan padamkan api..
  8. Dah siap!
Haha..biasanya goreng ikan ni pakai tepung tempra je kan.Kali ni tukar pulak guna tepung hot & spicy.Mudah je...cer bayangkan ..tung tang tung tang masak kali ni...Takde masa nak slow motion k.Nak senyum kat kucing pun x sempat2.Hihi....

p/s: Nampaknya my sis HaSue masih 'terpaksa' lagi gigih bercuti belogging....ada musibah menimpa.Hanya satu penyebab,iaitu broadband.Tapi kali ini lebih serius...para pengikutnya harap bersabar ye.hihi...

Selamat mencuba!

14 comments:

  1. as-salam
    Look delicious, must try!!

    ReplyDelete
  2. mat pagi Ady
    menu yang simple dan sedap...

    ReplyDelete
  3. menu ni memang sesuai untuk tekak yang baru nak pulih...semoga cepat sembuh ryo dan selamat maju jaya..eh!!!..ada kena mengena ke???gasak le ryo..selalu akak dok sakat hasue..dah kakaknya tak ada adik pun jadi lah..hehe

    ReplyDelete
  4. sedap ni...tapi pcm guna Johorian fillet..ok tak?

    ReplyDelete
  5. Simple jer menu ni... Along pun kekadang masak sempoi2 macam ni jer lebih selera nak makan kan. Get well soon.

    ReplyDelete
  6. @rahel
    hye rahel....simple gini mmg sesuai utk org bujang kan.haha

    ReplyDelete
  7. @anymz
    hahaha...tu la pasal kak nim..selamat maju jaya tengok bebudak SPM ni lebih suka bersembang dr baca buku.haishh...menu gini simple..x yah lama2 duk dapur..lepas goreng ikan tu leh terus cicah sos cili n mayo pun sedap.hahaa

    ReplyDelete
  8. @Mat Gebu
    hahahaa..johorian fish??hantar sini jugak ye.haha..kalau sarawakian fish camne agaknya...letak gambir boleh?hihihi

    ReplyDelete
  9. @HomeKreation
    betul tu along..kekadang yang simple gini lebih sedap..hehe.tq

    ReplyDelete
  10. Ryo, ni menu orang sakit ke, org dah sihat nih? hehehee... Tp kalau tengok gaya, org sakit dapat makan ni jadi lg sihat la kot eh... ^__^

    ReplyDelete
  11. xsuka! asal dtg sini mesti lapar.......asal lapar mesti dtg sini...hehe

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.