Dah lunch ke belom ni kengkawan?
Kalau belom lunch,pegi la lunch cecepat...patutnya aku nak publish pagi tadi,sesuai untuk menu saraapan,tapi tak sempat nak post!Matahari dah naek,so...resepi kali ni boleh buat untuk minum petang la pulak ye...wah,dah mula panaskan balik kuali kan.
Rasanya tak perlu aku nak conteng banyak sangat la,lagipun banyak keja nak buat lepas ni..hihi.Pernah makan karipap tak?Alahai,kali ni dengan beraninya aku buat cubaan pertama karipap pusing...tak sangka berjaya jugak,walaupun rupanya tak secantik mana...tapi rasanya memang menepati citarasa aku..
Ingat tak entri aku pasal karipap pusing terdahulu??masa tu aku tengok je pun,entri yang ni ha.. KLIK SINI . Kali ni aku try bakat pulak dengan mencari resepinya kat gugel.
Karipap Pusing
Resepi ni aku cedok dari My Resepi hari tu...siap ada langkah-langkah bergambar lagi...cuma aku je yang malas nak letak step by step sangat...hihi.
Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )
Buat bahan intinya dulu, ryo pakai kentang je... *optional- 300 g daging ayam cincang/inti burger
- 4 biji kentang,didadu
- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 100 g serbuk kari,dibancuh
- 1 labu bawang besar, didadu
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- Sedikit air
- Tumis bawang merah & putih hingga naik bau
- Masukkan serbuk kari
- Masukkan pula ayam cincang/inti burger
- Kacau sebati,kemudian masukkan pula kentang
- Tambah sedikit air,perasakan dengan garam serta serbuk perasa
- Biarkan hingga masak (air dah agak kering dan kentang lembut)
Bahan buat doh..
A)Doh berminyak :
- 150 gm margerin
- 300 gm tepung gandum
- 700 gm tepung gandum
- satu sudu kecil garam
- air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sedikit tepung )
Cara-caranya (CnP) :
- Langkah 1 -Margerine di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
- Langkah 2 -Buat doh biasa,700 gm tepung gandum + air + air garam.
- Uli hingga licin juga dan bahagikan kpd 8 doh.
- Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
- Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
- Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya .
- Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
- Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
Selamat mencuba!!
ryo! karipap pusing inti lebih 2 doz ya.. nak yg frozen hehe
ReplyDeletePerghh..cun ah karipap pusing ko..rajin ko memusing karipap bro!aku x rajen nak pusing2 nih..tp karipap yg x pusing pun sangat laku kat umah..ko wat byk2 lg yer...pastu frozenkan..hee
ReplyDeletesinggah tgk karipap pusing yg cun melecun...tq share resepi, nanti leh cuba!
ReplyDelete@K.Nor
ReplyDeleteamboiii kak nor..kemain lagi demand ye.hahaa..nak 2 dozen je ke nih?hikhik..
@HaSue
ReplyDeletetq sis, sbnanrnya aku sampai sekaang tak sangka dan dah tak ingat camne aku leh terjebak wat karipap pusing tu....cam tak sedar je aku buat...nasib baek menjadi kan..kalo angin betul,menjadi la baking n kuking nih..kalau dah malas mmg tinggi lah lalalng dalam belog aku nih...huhu
@Sofea
ReplyDeletekalao dah try buat jgn lupa upload pic ya.TQ..