Pages

Sunday, August 14, 2011

Mochi jumpa Dr. Benni..

Salam hujung minggu....

Apa khabar kengkawan???wahaha...skemarism ayat itu..
Tapi takpe lah kan....sebagai rekod,sebenarnya entri ni sepatutnya keluar malam tadi..tapi tak tau la camne leh terjadi....button 'publish post' x sempat nak tekan.tekapai2 je aku,terus belayar menidurkan diri.....ehehs..kira tak sengaja lah tu kan..

Kali ni nak share bukan pasal makanan haaa...ni nak share sikit aktiviti semalam,hari Sabtu.Dah menjadi tanggungjawab la kan....hantar anak kecik no.2 ni gi klinik jumpa doktor dia..(Apeee??engat sis HaSue n Kak Rosaliza jerrr leh update anak2 diorang ke??)hahaha....aku boley gak..x mo kalah ni..cuma anak yang aku tunjuk ni lain laa sifatnya kan...hihi.Korang ingat tak ngan Mochi??

Ni haa..anak kuceng yang sis aku penah publish kan dulu.. Klik Sini .Mochi namanya..kalau nak letak fullname, Mochi Nur Zara....Amacam?okey tak??haha..so,terjawab la teka teki bahawa kuceng aku ni betina kan...Sekarang ni dah besar sikit dah..bulu pun makin gebusss.....since penjaganya (adik haku) takde ni...aku kenalah bahagi masa nak melayan diorang 3 ekor nih..kali ni biar Mochi je masuk blog ye...yang lain tunggu turn..(Ah sudah,saat ini aku duk tiarap sambil tulis entri,si Mochi datang dengan senyuman lalu bersantai kat belakang aku....)mm...

Dalam minggu ni Mochi agak kurang sehat,gatal-gatal....asyik mengadu je...jadi aku pun pujuk la dia suh tunggu weekend,baru 'papa' ada masa bawak g jumpa veterinar ye nakk...Ahaks...So semalam seperti yang dijanjikan,bawak la dia pegi...kali ni,naik keta akak aku la....

Sepanjang perjalanan,Mochi duduk je atas 'armrest' kat keta tu....x banyak songeh pun....

Dah sampai kat klinik..

Lama nyer doktor ni...

Usia si Mochi ni 5 bulan lebih...dah nak masuk 6 bulan...Berat badan dia dah 2 kg...

Dr.Denni sedang periksa si Mochi..

Bila aku explain kat doktor tentang masalah si Mochi ni,dia periksa balik la keadaan dia...katanya Mochi ni ada jangkitan 'flea',sejenis parasit yang makan darah haiwan ni...Kalau pada manusia,kira macam denggi la...Owh,kesian si Mochi.....lalu diberi ubat kat dia..

Ngaaa....makan ubat ye

Doktor tu bagi la ubat suntikan kat kulitnya,pastu ada antibiotik dan ubat tahan gatal serta ubat telinga sekali..Total RM100.00......then,aku jenjalan jap masuk kedai sebelah,nampak laaa 'pet kargo',harganya RM55.lebih murah dari satu kedai yang aku penah tengok hari tu..terus la aku belikan.Mana tau satu hari nanti aku malas nak dukung Mochi macam hari ni,aku bawak guna kargo tu je lah.hihihi......


Tido..ZZzzzzZzz

Mochi tak banyak meragam,lepas makan ubat dan ondaway balik..Mochi ni terus gulungkan diri dia ni ha.........agaknya mengantuk sebab ubat tu kot...sempat kitorang singgah bazaar ramadhan lebih kurang 30minit,Mochi masih lena tidur sampai ke rumah....Bila nak kejutkan,liat pulak dia bangun.haha.......

Moga Mochi sembuh la dan aktif macam biasa...:)


opss..nak income sambil online??try klik sini...

5 comments:

  1. Assalam Ryo...moga mochi nur zara cepat sembuh ya, sian kat pap dia kana berjaga mlm heheh, kelakar ryo ni. comel je mochi tu,

    ReplyDelete
  2. @Kak Rosaliza
    Haha betul la akak....kekadang dia x nak balik kandang...nak tido sekali.itu kalo di ngengada la.hihiho

    ReplyDelete
  3. @eqbalzack
    hihi...kuceng ni kalo tgok,muka dia cam ganas sket..tp comel gak....

    ReplyDelete
  4. kucing abg eq dah selamat orang curi...haha..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.