Hari ni nak buat free show aktiviti aku malam tadi...sedang aku buat eksperiment nak try resepi yang baru aku culik dr myR ni..opismate call ajak gi training badminton...Tangan sedap elok je duk gaul bahan,tak kan aku nak tinggalkan pi gelanggang lak kan??Tak sampai ati gak nak angkut bekas tu sekali...buruk ropanya..haha
Ahh,aku tak leh nak gi ler....len kali je yer....Terus la aku 'mengapam'....
Kemain lagi aku tengok setiap belog mesti ada tayang apam polka dot ni...sedap ke beliau??Lebih kurang apam mekar je kan..malah lebih senang membuatnya,main campak dan mix all of the ingredients!hahhh..ko mampooo???Hok alor,aku terjumpa resepi ni pun kat my resepi.Copy n try je la...lepas ni aku pastekan pulak resepi nya yer...
Layan dulu...
Hah!malas sangat la kan...penat nak wat dot dot...jadi la celoreng2....
Kat dalam tu sebenarnya aku guna filing strawbery sebagai inti.....lupa nak buat pembedahan ke atasnya.. :)
APAM POLKA DOT
Source : Shelly@myR
Shared by:ryo@ryoazhar.blogspot.com
Bahan2:
- 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus
- 150 ml susu segar@susu cair
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovalette
- 3 tsp serbuk vanila *ryo tambah
- filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa dan pewarna
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
- Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
- Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
- Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
- Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
- Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
Selamat mencuba!
:)
Ngeri tengok apam dot dot ni. Akak buat jadi kecut koo. Bukak pengukus rasa nak pitam time time tu jugak. Hahaha
ReplyDelete@izahdaut
ReplyDeletelorr..tokey mapin leh ngeri pulak ker nengok apam ni..haha...ni pun kebetulan jadi je kak izah uii..kalo wat kedua kali rasanya jadi apam mekar dah kot..lagi dasyat kalo apam bertukar kepada puding tembikai.huhu