Pages

Tuesday, June 7, 2011

Rindukan masakan Vietnam!

Hahaaa...citer ni dah basi dah pun.

Tapi bila tengok iklan Rasa Halal Vietnam yang dihostkan oleh Farah AF tu (Astro Oasis, Rabu : 7.30 pm) maka teringat semula kenangan masa jenjalan gi Ho Chi Minh City, Vietnam bulan Mac yang lepas.

Dahtu pulak, bahasa tempatan yang aku ingat cuma satu je iaitu Kam Erng (Terima Kasih).Sian nyer kat aku..lupa lak nak guna oldskul nyer cara,tulis dalam buku kecik.Kalo note dalam hp,leh ilang nanti.ekeke..

Rasa Halal Vietnam tu memang bagus ditonton oleh sesiapa sahaja lelbih lagi yang gemar nak travel sana sini.Di Vietnam,tak susah untuk mencari restoran halal.Masa trip hari tu kitorang sempat la makan 2 buah restoran halal ni...

Salah satu nya Restoran V.N Halal yang terletak di 14 Pham Hong Thai, District 1,HCMN.Makanan kat situ,masyaAllah!!!sedappp sangat.....Masuk dalam restoran ni cam terlupa kejap kita berada di Vietnam.Mana taknya,semua pelanggan yang ada tu orang Malaysia...muahahaha....orang utara,selatan,timur,borneo,semua ada kat situ...Laaa....Sambil makan,dimainkan pulak lagu bebudak AF.Sooooooo Malaysian!

Kedudukannya tak jauh dari Benh Than Market.Benh Than Market tu pulak merupakan pusat penjualan pelbagai barangan cenderamata,kain-kain,baju,barang kemas dan banyak lagi.

Di Benh Than market ni korang jangan terkejut..diorang leh detect kita ni orang Malaysia...Pastu nanti korang akan dengar la para peniaga kat situ duk panggil2 "Abang kakak,beli-beli..murah murah tak mahal"....*Tergamam kejap.

Penat2 je duk speaking,last2 bantai je bahasa kita kat diorang....senang citer.Tapi,diorang ni liattt sangat nak ditawar.

Kabel berselirat!Pemandangan biasa kat sana...

Sebuah lagi restoran halal di daerah Ho Chi Minh City yang kitorang pegi masa tu ialah Restoran Halal@Saigon..Dimiliki oleh Dr.Shimi,seorang warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Perak.Terletak di 31,Dong Du,District 1, Ho Chi Minh City.Makanan dan layanan kat sini pun sangat memuaskan..


Menara TM ke?

Haaa,ni kalau tanya kat akak Rosaliza,mesti dia kenal bangunan ni mcm menara TM belakang padang hoki anak dia nih...Siyesly memang sebijik mcm menara TM kat negara kita,tapi aku tak tau pun ni bangunan aper.hahaa..

Antara tips bila nak bercuti ke Vietnam,tukar wang anda kepada matawang Dong atau Dollar America. (tp,ada jugak yang terima Ringgit Malaysia taw)

Sememangnya banyak sangat tempat menarik di Vietnam...tapi kitorang cuma sempat jenjalan kat town dan pergi tempat bersejarah seperti Chu Chi Tunnel,pusat kraf OKU,selain pengalaman ke Sungai Mekong dan kampung di sekitarnya.

Ada banyakk gegambar,tapi yang sempat diupload ada dalam FB : Trip to Vietnam

Enjoy your trip!

Chaooo..

4 comments:

  1. @farahin nasir
    jemput la datan gke vietnam..hihi...memang seronok taw.
    hehe

    ReplyDelete
  2. eh diorang kenal tengok muke ko orang mesia ye ryo? kalau akak tengok muke ko neh mcm muke vietnam je.. kikiki.

    psss rindu masakan ke..awek vietnam neh..ehem

    ReplyDelete
  3. @izahdaut
    ekekek...maksudnya ko nak kata muka aku ni international la jugak kan akk?ekeke..

    pstt..awek vietnam mmg cun2 wo

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.