Pages

Friday, June 10, 2011

Light Cheese Cake + almond nibs

Jeng..jeng..jeng...

Chakk!!!

Ape jelir-jelir lidah nih??terliur ke?
Ngee....cepat amik bekas,tadah yogurt tuh..

Yezzaa....ni projek balik keja smalam...sis HaSue aku dari hari tu lagik soh cuba wat menda ni,bila aku ingat balik...macam pernah je aku buat camni ha??Kan ke wat Kek Slice Pandan ari tu.
Bezanya kali ni,aku pakai Philadelphia Cream Cheese,bukan slice cheese.

Cer layan jap..kita tengok menu hari ni...

Light Cheese Cake

with almond nibs..

soft & light ...

Sudah??

Ok,kembali ke meja makan..kita sembang kejap.

Syukur lah sangat,bahan masih ada kat rumah...sambil aku duk carik bahan dan mengacau susu+cheese tu.....PADAMMMMM!dengan selamba dan tanpa pesanan sms,letrik padam ler pulak..serta merta lak tuh,xda slow motion pun.sesi mengacau tu... takpe jugak.Tapi nak buat meringue tu camna???Takkan aku nak wat guna handwhist je??Maunyer lenguh tangan nak ngepok jadi meringue.Kak izahdaut, cer ko bayangkan dulu ye..

Terpaksa aku 'gendalakan' niat murni aku tu..padam api jap.Tak lama lepas tu la kejadian tayar pancet seperti yang aku cakap kat bawah tadi ha..Tunggu kemain lama,sampai 2 jam baru ada letrik...terus la aku sambung membaking pulak.Hooyeaa..

Dah dah..aku dah buat,cer korang try pulak.

Light Cheese Cake

Sumber:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Sharing by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 125g cream cheese
  • 300 ml susu segar
  • 80 g mentega atau marjerin
  • 80 g tepung gandum
  • 80 gram gula halus
  • 3 biji telur saiz A
  • beberapa titik esen vanila/jus lemon
  • 50 g almond nibs*optional

Caranya :
  1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
  2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
  3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
  4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
  5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Taburkan almond nibs.Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
  6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
  7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
Selain tu,korang leh jugak jenguk tutorial dan hasil sis HaSue di SINI (Tutorial) atau hasil tangan sis izahdaut .

Selamat mencuba!

:)

7 comments:

  1. ko kalau buat lawak tak hengat ye..sesambil ngunyah cekodok je niha. trasa2 cekodok pisang aku niha rasa cheese..melawan gamaknya... hahahha

    bertuah awek ko, bila pakwe pandai buat kek..eh susah nyer nak jumpa dak jantan mcm ko neh.. muekekekee..

    ReplyDelete
  2. pssss nak tanya neh, adik bradik ko yg sorang lagi tu aala ala abang bob gitu, ala yang suke tangkap gambar sendrik dlm FB tu... aa yang tuu..yang muke garang2 chabi tu.. aa yang tu la.. dia pun pandai masak gak ek?

    ReplyDelete
  3. @izahdaut
    ekekeke..sis,jgn puji lelebih.kang terlebih rasa bertuah lak awek tuh..jadi malas lak dia..x susah nak jumpa mcm aku ni..masuk laman belog ni jumpa la..eh..bukan gitu ke?

    ooo abg chabi tu ke?haha...mesti la pandai masak.teringat lak dedulu zaman skola kekadang kalo xde nak wat dia masak,aku makan je.tapi maen tikam2 je la.janji masak.tp since dia dh kawen ni jarang ler kot.Semua adik bradik laki mmg leh masak.dari menjerang air,masak nasi serta ayam ikan...kalo yang complicated tu tak la.yg sesimple je....

    ReplyDelete
  4. semlm x smpt nk minta2 cis kek, pc padam heheh.. mmg pandai ryo msk2

    ReplyDelete
  5. @Kak Rosaliza
    tq.masak simple je akak,ada resepi kan.ehehe

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.