Pages

Monday, April 11, 2011

Udang Tumis Berlada

Wallaweyy!!!Biar betul aku leh online nih...*nih pun ihsan dr penggunaan internet pejabat.(syhh..)

Maaf ler kengkawan,sabtu lepas aku duk gosok2 mata,tetiber terkeluar enti tuh kan..sampai tertanya lak ke mana tujunya udang aku tuh..udang dah dimasak,tapi aku x habiskan lg..haha.

Sebetulnya,mmg aku terlampau rajin pada hari sabtu lepas..sempat la buat 2,3 menu..tapi line tenet lak lebih lembab dari keadaan muka bumi yang dilimpahi hujan rahmat pada pagi tu.

Smalam pulak aku mencuba lg,tetapi tetap gagal untuk memasukkan entri kerana memory card pulak ditimpa musibah,gagal dibaca oleh USB port!...tanpa melengahkan masa aku tetap mencuba tapi cubaan serta asakkan yang dilakukan tetap gagal...

Last2,aku redha dengan ketentuan Illahi...ok,aku nak upload cepat2 ni.hahaaa...

Taraaaa...posing maut!

Udang Tumis Berlada

Tumis bahan2 yg dihiris...*febret hiris menghiris nih

Masukkan udang tuh ..


Dah siapp!Posing cam ni pulak..

Bahan2:
  • 500 gram udang
  • 5 sudu cili kering kisar
  • 2 tangkai cili merah*
  • 5 tangkai cili padi*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 keping asam gelugur (guna asam jawa boleh gak)
  • 1 btg serai-ditumbuk
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
**Ryo x letak belacan ...

Caranya :
  1. Hiris,kemudian tumis bahan bertanda serta serai sehingga naik bau
  2. Masukkan udang dengan ikhlas hati
  3. Kacau dan biar seketika
  4. Masukkan asam gelugur dan perasakan dengan garam & serbuk perasa.
  5. Jika perlu,tambah sedikir air.
  6. Tunggu sehingga masak,padamkan api
  7. Dah siap...
Ok.ok..kenapa aku x letak belacan???sbb kalau letak belacan dah jadi macam sambal ler pulak...sbb aku nak rasa original dari udang.hahahaha...

Selamat mencuba!! :)

4 comments:

  1. tu diaa.....udang berposing..leleh air liur ku

    ReplyDelete
  2. owohh..kat umah aku ada udang galah nih..meh laa dtg sini..nko masak ye bro

    ReplyDelete
  3. HaSue : udang galah kalo masak tumis bercili + halia tu sedapp

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.