Pages

Monday, April 25, 2011

Pandan Slice Cheese Cake

Yehaaaaa!akhirnya raptai dah habis.dah kembali semula ke dalam opis dengan nyaman serta dingin berbanding bahang padas di tengah padang.Dengan suhu 16'c,terasa diri ini menghirup udara segar di Genting Highland!*errrrr....xper,biar aku tampar muka sendiri...

PAPPPP!adeh sakit!*okey,aku dah sedar balik

Hasil dari raptai tadi,ada sedikit ayat2 yang perlu aku edit...*xpe,itu biar aku yg buat.korang x perlu susah2 k.

Yeayyyy!
2 hari aku x update blog,mmg banyak benda dalam kepala ni...nafsu nak on9 mmg berkobar,tapi line broadband kat rumah tak berapa nak merangsang.*Opssss!

Disamping beberapa agenda peribadi yang tak dapat nak dielakkan...

Dahh dah...meh tengok apa yang terjadi!!!
Ni hasil penyelongkaran lemari sis HaSue ni...Ini diaaa..baru je nak 'menguak' pintu lemari dari Courts nya,tetiba resepi ni surrender di depan mata.

Hahaaaaa......jom layan,hati bila memandang...kalau terliur,seperti biasa la...my advice,tadah buat yogurt je.huhu...


Pandan Slice Cheese Cake


Lembut & gebus!

Nak cuba???

Pandan Slice Cheese Cake
Sumber : sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila
  • 1 sk pes pandan

Caranya :

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.*ryo x hias pun..
Paling best masa buat meringue tu!lembut jee....rasa nak sapu2 kat muka ni ha...nak kulit licin halus balik macam baby Zhariff.Boleh tak?Hahaaaa....

Kek yg aku buat tu tak la cantek macam sis HaSue buat,tapi sedap jugak rasanya...mcm nak buat lagi dan lagi..

Nak tengok > http://sue-hasue.blogspot.com/2009/06/pandan-slice-cheese-cake.html

Korang patut cuba sebelum menyesal ditengah jalan.Hahaha...

Selamat mencuba!

:)

8 comments:

  1. sedap n comel je kek tu...ijau lg tu yg tambah beshhh

    ReplyDelete
  2. Kak Rosaliza : mmg sedap..lembut sgt!haha..

    ReplyDelete
  3. Kak izahdaut : mmg superbbb kan..kan

    ReplyDelete
  4. wahh..santek n gebus kek ko nih..aku teringin gak nak buat..slice cis nak expayet dah tuh..hoh..bile tah nak rajin nih..
    nih kalo ko deko2 lg sure MA BAKER surrender nih..haha

    ReplyDelete
  5. mana sempat nak deko2,ambik pic ni masa nak g keja...masa baking ni,aku tinggalkan je biar dia masak sendiri.aku pulak tetido.hahaha....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.