The Followers

Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Tuesday, December 24, 2013

Walimatul Urus Ady Budika & Sunah Sakura

Assalamualaikum...
Dah lama tak berjumpa rindu rasa hati....Tetibah.Yela, dah lama tak wat entri, hampir lupa terus password masuk sini. Hari nak wat entri tertunggak.(Sebenarnya banyak lagi yang tertunggak).Ini moment yang penting, wajib buat entri.

Stret to the dot,12-15hb Disember lepas, dari hari Khamis - Ahad berkampung di Bintulu, Sarawak sempena majlis walimatulurus sahabat blogger paling rapat ngan aku, Ady Budika bersama isterinya yang juga blogger masak, Sunah Sakura. Pertama kali i menjejakkan kaki ke bumi kenyalang memang teruja dengan budaya di sana.Ok, ayat ni propa.Abaikan.

Tengok gambar.

Sekali lafaz, Ady Budika sah bergelar suami Sunah Sakura.
Ambik berkat bergambar ngan diorang...
Syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar..kedua pengantin nampak sangat berseri.Majlis bertambah meriah dengan kehadiran rakan FB,rakan zaman study, dan rakan2 blogger dari semenanjung, sabah, sarawak, brunei, indonesia dan australia kan.Selamat Pengantin Baru.

:)

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Berdiri semua, Selamat Pagi Cikgu!!Rindu ucapan tu...tiap pagi jadi leader untuk beri ucapan kepada cekgu..maklum lah, hampir tiap tahun jadi ketua kelas, pastu jadi pengawas.Hihi.

Wow.....16 Mei 2013 hari ni.Selamat Hari Guru kepada semua pendidik seluruh Malaysia terutamanya.
Pengalaman menjadi guru suatu ketika dulu cukup berharga.

Jadi, jangan sesekali kita lupa tanggungjawab dan jasa seorang guru itu untuk mendidik kita menjadi manusia yang berguna, selain daripada didikan ibu bapa yang tiada tolok bandingnya.Hormati guru di mana sahaja berada.Walaupun kedudukan kita ada yang lebih tinggi pada masa ini, jangan lupa didikan yang mereka curahkan adalah titik mula kehidupan kita sekarang.

Tahun 2013 ni, tema hari guru adalah Guru Malaysia : 1 Aspirasi, 1 Agenda


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Thursday, March 21, 2013

Result SPM!!!

Assalamualaikum...
Salam tahniah kepada semua calon yang telah berjaya mendapatkan keputusan cemerlang SPM yang telah pun dikeluarkan hari ni.Keputusan STPM pulak dah dikeluarkan lebih awal.

Hari yang mendebarkan,tapi setelah dapat keputusan yang cemerlang memang terasa nak melompat-lompat gembira kan?Hmm..gud gud.

Anda parents kepada anak-anak SPM?Busy dan tak sempat temankan anak-anak ke sekolah ambik result?Err..atau anak-anak berahsia keputusan dia?Jangan risau...ada cara nak semak keputusan SPM guna sms.Semudah abc.
Taipkan SPM [Nokp][NoAngkaGiliran] hantar ke 15888.

Bagaimana bagi yang kurang cemerlang?Nak nangis, nangis la...Takpe , itu je pencapaian yang anda mampu.Ia bergantung kepada usaha kita sebelumnya.Kalau komited terhadap pelajaran, InsyaAllah berjaya.Kalau sebaliknya, kita kena redha.

Macam-macam reaksi dapat dilihat...ke mana hala tuju selepas ini?Fikirlah sendiri corak kehidupan anda dik.Pendek kata, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna...kenapa aku tulis macam ni?Haha..

Sebab aku pernah lalui dan pastinya anda juga kan...Aku dulu bukan lah cemerlang sangat walaupun percubaan membanggakan, SPM sebenar tak seberapa...Alhamdulillah, dapat sambung belajar dan dapat kerja tetap,kerja sambilan dan kerja sendiri.Aku bersyukur....Tak banyak, sedikit kekesalan pasti ada pada adik-adik kita yang kurang cemerlang tu.Bagi yang lulus dengan cemerlang, teruskan perjuangan.Masuk form 6,matrikulasi atau masuk U.Bagi yang kecundang pula, anda masih ada peluang untuk duduki semula sebagai calon luar.Tapi jangan sia-siakan peluang ke dua.

Info untuk duduki peperiksaan boleh rujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Nak sambung belajar lagi?Haa..orang rajin mana kenal erti penat.Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan..... Jom semak untuk permohonan UPU, atau Politeknik.

Bagi yang nak terus cuba isi peluang pekerjaan pulak, layari Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia  atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran atau Jobstreet.Com 

Semoga berjaya!


Thursday, August 30, 2012

Entri raya yang delayed ....

Assalamualaikum...

Sebelum terlambat, nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam kemerdekaan yg ke 55 .. mohon maaf zahir dan batin kepada semua.Tak kira lah blogger, rakan fb , sahabat , kenalan lama dan baru mahupun pengunjung blog hijau ni ye.Maaf juga blog ni buat kesekian kalinya tidak dikemaskini dek kerana tugas serta komitmen yang lain.

Doa dan harapan agar Aidilfitri kali ini lebih bermakna serta anda semua sentiasa berada dalam keadaan yang sihat sejahtera.Tak sempat nak upload ekad raya melalui blog... hanya sekadar timeline cover di fb je sempat aku publish.Memadai la sekadar ucapan aidilfitri gitu kan..Jauh disudut hati, ingin rasa nak bersua dengan semua kenalan yang ada termasuklah anda yang sedang membaca blog hijau ni.

Bila nak kawin lagi?? ehh..silap soalan tu..
Bila lagi nak kawin, itulah soalan ayahanda selain daripada pesan untuk jaga solat ...


Raya tahun ni biasa saja, aku pun belum bertukar status...tetap bujang dan InsyaAllah akan menamatkan zaman bujang andaikata ada jodoh ditakdirkan buat diri ini.. (amboiii....maknanya belum lagi lah ye) Mana tidaknya, lenguh la nak jawab soalan pasal jodoh ni tiap kali datang beraya ke rumah saudara atau sebaliknya.Eeeee...

Dahh dah.. crita sikit pasal raya lah....
Aku ambik cuti awal sikit tempohari sebab nak siapkan tempahan kek raya.Terima kasih kepada mereka yang sudi buat tempahan...Kalau sedap, tempah la lagi.. huahua.Alhamdulillah juga tempahan berjaya disiapkan dan dihantar sebelum raya. Sambil siapkan tempahan tu jugak buat 2-3 jenis biskut rya yang simple...buat juga kek lapis untuk sendiri2.Ermm..Cuti awal tu untuk tugas hakiki tau... tapi untuk tugas partime DJ tu, xde istilah cuti... kena jugak datang konti.Pasang lagu raya untuk pendengar, baru syok nak gentel biskut dan kepok telur!Haha..

Sedikit berbeza untuk raya tahun ni... aku x sempat nak keluar masuk bank pegi tukar duit baru sambil mintak sampul raya pun..nak beli baju raya pun ringan2 je.Takde nak excited sgt.... Tapi duit raya untuk anak2 buah tetap ada...dah tu kan, persediaan untuk raya pun aku tak banyak sangat terlibat macam tahun sebelumnya...mana tidaknya, malam raya pun aku masih kat konti lagi... siarkan takbir raya,tetiba sebak dalam konti.... teringat kat arwah bonda dan pagi raya tu kitorang ziarah kuburnya seperi biasa.


Pasang pelita...
Haaa.. ni memang antara tugas wajib aku setiap kali raya.Pasang pelita!
Ingatkan taun ni nak suruh la anak2 buah pulak ambil alih kan...tapi diorang pulak lambat sikit nak balik kampung.Mujur ada abg ipar yg balik awal, siap isi minyak dan pacak ke tanah sekali...Pelita tahun lepas ada lagi, guna je lah.. tapi aku tetap beli jugak beberapa batang sebab pelita tu cantek!

Merdeka raya ..
Disamping sambutan raya ni.. semarakkan juga untuk kibarkan jalur gemilang.... siap2 tampal bendera kat rumah tau.Dua-dua semangat bersatu........heee.

Pergi beraya ..
Lepas ziarah kubur, aku x ziarah mana2 dah.. lepak dalam bilik sampai tertidur.Mungkin penat...memang penat pun....sekali sekala buat spot check dan mendisiplin kan anak2 buah yang lain agar tak sepahkan rumah.Ye lah, kadang diorang suka je beraya di rumah sendiri...tengok2 kuih dah berkurangan sebab ada tangan-tangan nakal tu... bila tetamu sampai, aikkk baru nak pegi menambah...tapi tu la antara kemeriahan beraya sebenarnya kan...bukan nya selalu.Tak kurang seronoknya, bila hari raya ni rumah memang meriah la dengan budak-budak.

Nanti cerita dan gambar lain akan ada di entri akan datang ... :)

Sekian, selamat menyambut hari merdeka.

MERDEKA! MERDEKA ! MERDEKA !

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru Cikgu & Cikgi ....

Assalamualaikum ...

Tanggal 16 Mei setiap tahun kita tak lupa untuk menghargai guru-guru kita kan... Aku sendiri pun sentiasa ingat ngan cecekgu aku yang telah mendidik dari seorang anak kecil hingga menjadi seorang manusia.Alhamdulillah.

Selamat Hari Guru 2012

Masing-masing ada kenangan manis zaman sekolah yang sukar untuk dilupakan...Selamat hari guru kepada semua warga pendidik termasuk la pensyarah2 yang pernah mencurahkan ilmu kepada aku...juga kepada sesiapa saja yang mendidik aku secara langsung ataupun tak langsung...Tema hari guru tahun 2012 ni ialah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.

Selamat Hari Guru!
:p

Thursday, May 10, 2012

Entri Kad Hari Ibu

Assalamualaikum ...

Salam hari Khamis buat semua..seperti biasa, genap seminggu baru la blog hijau ni ada entri baru kan. Kali ni tiada menu nak di sajikan ... sempena hari ibu yang akan datang, hanya kad ni je sebagai pengganti diri.Hehe.

So kepada rakan2 blogger tak kira di mana saja anda berada, terima la kad ni.Free je.


Happy Mother's Day

Selamat menyambut hari Ibu buat semua ibu-ibu sedunia, khususnya di Malaysia dan rakan2 blogger yang bergelar ibu.Kalau sudi, sesiapa saja boleh ambil kad yang tak seberapa ni ye...kebetulan lalu ladang tulip ku yang dah lama x bersiram...berbunga pulak.Ku petik la untuk korang sebagai penghargaan buat anda....Ahaks.

Happy Mother's Day juga kepada keluarga rakan-rakan. Al-fatihah buat bonda tersayang Naidah Sahari yang telah lama kembali ke Rahmatullah meninggalkan anak-anaknya ini.

Selamat hari Ibu!

Friday, December 30, 2011

Entri hujung tahun ...

Assalamualaikum ..

Wahh!!gempak x tajuk entri kali ni....curik2 masa ni nak wat entri hujung tahun.
Bila dah lama x blog ni..segan lak kan.Tapi nak wat camana....ada benda lain yang kena buat pulak...InsyaAllah tahun baru 2012 nanti ada la sinar baru untuk menyerikan lagi belog hijau ni kan...

Happy New Year 2012!!!

Terima kasih buat pengunjung yang terus support belog aku.Selamat menyambut tahun baru 2012 kepada semua.....maaf andai ada kekasaran bahasa,tergurau serta tercurik makanan anda disini dan disana....ehehhe...next time kita masak sama2 lagi lah ye.Ada jugak yg PM tanya perkembangan..hik3....nampaknya sekarang ni aku bertapa lah kan....peralatan nak membaking pun berehat,cuma otak dan anggota badan je terus bekerja ..kan..

Selamat tahun baru!(tua mengejar kita...)

:)

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha 1432 H

Assalamualaikum semua..

Apa khabar ye?Moga sihat semuanya...
Maaflah sbb belog hijau dah lama tidak bersiaran.Walaupun telah habis berkursus,tugas2 lain tetap ada untuk dijalankan.Sebab tu lah kurang masa untuk menjalankan aktiviti dapur.hihi..Tapi tetap gigih aku menyusuri laman2 belog lain,sekadar membaca.Banyak cerita ingin dikongsi,cuma masa kurang sesuai untuk menulis..

InsyAllah bila dah bersedia nanti,belog hijau akan tayang balik menu2 yang best bukan sahaja dari dapur sendiri,tapi juga resepi2 geng2 yang lain ye.

Mujur dah terpacak depan lappy ni,tuan punya belog ni pun nak ucapkan Salam Aidiladha buat semua ya...Maaf zahir & batin ...Kalau ada yang terima daging korban,jangan lupa kongsi resepi memasaknya pulak ye ..hihi

" daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, bahawa tidak ada amalan anak Adam (manusia) di hari raya haji yang paling disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Ternakkan yang dikorbankan itu akan datang kepada Mereka yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan asalnya iaitu, lengkap dengan tanduknya, bulunya, kukunya, darah korban itu lebih dahulu jatuh kesuatu tempat yang disediakan Allah sebelum dia jatuh kebumi ( yakni pahalanya disegerakan Allah ). Maka dengan sebab itu hedaklah kamu dengan rela dan ikhlas hati melaksanakannya untuk keuntungan diri sendiri " .

( Hadis Riwayat Tirmizi )

Sekali lagi,salam aidiladha buat semua...petang ni masuk konti 6-9 PM [Dengar]

:)

Tuesday, October 11, 2011

Al-Fatihah, Datuk Ahmad Jais dalam kenangan ...

Assalamualaikum,Al-fatihah....

Sambil buat2 bz td,ternampak lah dari tingkap Isteri Encik Bard, tentang berita kehilangan seorang lagi seniman tanah air,Datuk Ahmad Jais.Allahyarham ni cukup sinonim dengan lagu raya Selamat Hari Raya yang cukup menimbulkan suasana raya kita setiap tahun kan,selain lagu Budi Segunung Setahun Intan,duet bersama Kartina Dahari.

Dalam kenangan...
Datuk Ahmad Jais (1936-2011)


Antara lagu2 allahyarham ....
  1. Berilah Jawapan
  2. Berpisah Jauh
  3. Budi Setahun Segunung Intan (duet Kartina Dahari)
  4. Bukti Jadi Sejarah
  5. Dewi Rindu
  6. Dikau Sumber Ilhamku
  7. Doa Ikhlas Mereda Tangisan
  8. Hujan Semalam
  9. Jauh-jauh
  10. Jumpa Mesra (duet S. Effendi)
  11. Kau Pergi Tanpa Relaku
  12. Keagungan Tuhan (S. Effendi)
  13. Kembali Untukku
  14. Khayal Penyair (S. Effendi)
  15. Lagu Rindu
  16. Lambaian Terakhir
  17. Menanti Di Esok Hari
  18. Mungkin Bersama
  19. Nikmat Hujan
  20. Potong Padi
  21. Rayuan Hasratku
  22. Rindulah Rindu
  23. Si Baju Merah
  24. Si Buyung
  25. Sumpah Setia
  26. Tak Ku Sangka
  27. Tari Inang Pulau Kampai
  28. Untuk Bunga Mu
  29. Waspada
  30. Tiada maaf bagimu
  31. Jangan ditanya bila ku berdua
  32. Mengharap sinar menalan kabus
  33. Kucupan azimat
  34. Gelisah
  35. Azizah
  36. Bahtera Merdeka
  37. Berpisah Jauh
  38. Budi Setahun Segunung Intan (Duet dengan Kartina Dahari).
  39. Bungaku Puja Dipetik Orang
  40. Di Ambang Sore
  41. Gelisah
  42. Juwitaku Sayang (Duet dengan Allahyarham Datin Rafeah Buang)
  43. Ke Mana Di Mana.
  44. Kucupan Azimat
  45. Lembaran Terakhir
  46. Mengharap Sinar Menelan Kabus
  47. Selamat Tinggal Bungaku
  48. Takwa Iman.
  49. Umpan Jinak Di Air Tenang
  50. Mata Duitan
Anugerah yang diperolehi ...
  1. Juara lagu asli 1959 & 1960
  2. Juara lagu pop 1961
  3. Juara lagu asli 1962
  4. Anugerah Artis Sepanjang Zaman Papita 2002
  5. Anugerah Biduan Veteran pada Anugerah Biduan Veteran daripada Berita Harian menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2002.
  6. Dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada 3 Jun 2006.
Sumber : wiki/gugel
Salam takziah buat ahli keluarga beliau.Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.Al-Fatihah.

Friday, September 16, 2011

Salam Hari Malaysia!

Yeayy!

Salam pagi,salam Hari Malaysia buat semua warganegara..

Huwarggghhhhh....(menggeliat jap)
Hihi.maklom la,cuti umum kan..syok je rasanya bersantai bawah selimut ni ha,lelebih lagi pagi Jumaat yang mulia ni kan.

Eh,ada yang tak tau ke?atau buat-buat tak tahu ni??
Jom imbau sedikit sejarah..(adoii,terpaksa aku masuk setor carik buku-buku sekolah lama).

Gambar:Ihsan Google


Haa..16 September dinamakan Hari Malaysia bersempena dengan pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963 yang telah diisytiharkan oleh PM waktu itu, Tunku Abdul Rahman.Masa tu bersatunya Persekutuan Malaya,Singapura,Sabah (juga dinamakan Borneo Utara)dan Sarawak.Brunei pada mulanya ingin menyertai Malaysia,tetapi mendapat tentangan dari sebahagian masyarakatnya sendiri.Namun begitu,Singapura menarik diri daripada Malaysia pada tahun 1965.

Hari ni jugak diadakan sambutan kemerdekaan negara yang ke 54 tahun kan...ah.makin meriah la nampaknya sambutan tahun ni.Ingat lagi dulu-dulu tak sabar tengok perarakan melalui tv..Tercetus la sifat patriotisme disitu kan...haha.

Selamat Hari Malaysia buat semua!!
(Bajet nak sambung tido jap)

Thursday, September 15, 2011

.:: Salam Raya ::.

-STICKY POST -
(Sila scroll ke bawah untuk entri terbaru)
Tuan belog hijau (http://ryoazhar.blogspot.com) serta krew2 produksi(ada ke?)ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua blogger,follower,pembaca,pendengar2 MiriFM serta pengunjung blog ini.Terima kasih atas sokongan anda.




Sila copy paste kad raya ini.Khas untuk semua. :)

Wednesday, June 22, 2011

Happy Birthday Sis HASUE!!

Selamat pagi!!!

Wahhh..macam mimpi je aku berjaya untuk bersiaran semula..(yelah,dua tiga hari ni macam malas ler pulak)siaran kali ni dipancarkan melalui rangkaian celcom,syarikat telekomunikasi tempatan.Wah!cam iklan ler pulak...

Maaf segala maaf, mesti korang pun dah bengang tengok entri aku yang tak habis2 'bersalam' dari Korea kan.Macam tak balik2 dah pulak aku...ngee...Alhamdulillah,aku dah selamat sampai di KL jam 4 pagi hari Ahad hari tu...pukul 4 petangnya pulak,aku terbang balik ke Miri,Sarawak pulak.

Haaa..hari ni aku kena rajin gak nak post entri..sebab nak publish menda special ni untuk sis aku.Hari ni bufday dia!!!wahhh!makin tua!...

So,nak jugak aku menayangkan kek biru nih untuk beliau...bukan hasil dari dapur aku pun taw.jangan lak korang carik resepi kek biru ni dalam lemari aku pulak...aku dpt dari dapur cik gugel je tuh.ekekek...


Happy Birthday to sis HaSue

Ni aku nak tag sis HaSue soh ambik kek biru nih.....ajak ler GMM yang laen mamam ye....Happy birhday once again...

Hahaa..bila nak balik Miri lagi?kalau tak leh gak gi makan luar duduk semeja kan....ye laha...kot2 ko nak belanja aku makan ke..apa ke..wakakak

Ok..entri ni sesi pemanasan badan sebelum aku berbelog seperti biasa.. :)

Salam.. :)

Sunday, May 8, 2011

Award Hari Ibu untuk anda

Haaaaa..

Ni bersempena ngan hari ibu ni,sebagai penghargaan kepada para ibu,aku nak bagi award,kalau boleh untuk SEMUAAAA blogger yang bergelar ibu kepada anak2nya..(errr..kalo ibu ayam tu sambut jugak ke?)

Nak tagged semua,x larat..tapi seikhlas hati aku nak bagi kat semua..
Senang je,korang copy & gantung kat blog memasing & linkkan sekali dari mana award di ambil..
Itupun kalo sudi la...mode : merendah diri


AWARD HARI IBU


sis HaSue,Cheq Ana, Kak Rosaliza,Kak LinaPg, Kak IzahDaut & semua geng2 blog yang bergelar ibu...apa lagiiii,ambik & gantung award korang ni..pastu sebarkan ler kepada sesapa yang korang nak bagi...

Buat anak2 yang nak gantung jugak,ambik la n gantung untuk ibu anda.heheeee...

Ibu-ibu sekalian,anda amat dihargai di dunia ini..melahirkan,membesarkan dan mendidik...

Once again,selamat hari ibu

:)

Selamat Hari Ibu

"Ibu mithali ibu yang sejati..kasih sayangmu,kasih yang suci..pengorbananmu disanjung tinggi jasamu tetap disanubari"

Sempena hari ibu ni,aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di seluruh dunia..yang telah berkorban untuk kebahagiaan anak-anaknya..

Yelah,bila tiba hari ibu camni,rasa sebak pulak sambil menaip lirik kat atas tuh..tetiba mengalir pulak air mata berharga insan macho nih.(ahaks..)sensitif bila terkenang arwah yang telah lama di rindui.

Sis HaSue,ko pun mesti rindu gak kat dia kan...(ni x pasal2 basah kibod ko nanti..)

my late beloved moms

Alfatihah,aku x sempat nak membalas jasa ibu..x sempat nak membahagiakan beliau,Allah lebih menyayanginya... Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh ibu dan semoga roh ibu ditempatkan bersama roh-roh orang yang beriman.

Banyak perkara yang aku lalui tanpa ibu...18 tahun sudah berlalu..walaupun masa tu aku kecik lagi,tapi kerugian kasih sayang antara ibu dan anak tu aku dirasa sepanjang hayat..Bagi yang masih ada ibu,hargailah mereka..cuba buat yang terbaik.Berilah satu senyuman pada mereka,itu cukup membahagiakannya..

Cheq Anna
,alfatihah jugak buat bonda mu.... :)

Terima kasih kerana melahirkan,membesarkan dan mendidik...Selamat Hari Ibu

:)


Monday, May 2, 2011

Ucapan Khas

Selamat malam....

Entri khas ni saja je terselit sbb nak wish Selamat Pengantin Baru buat member club PPEOC aku,sedara Muhd Izamin & wife beliau Sedari Suzana....

Sedara Izamin ni siap post kad jemputan kat aku ari tu..terharu siot.
Mula memang aku cadang nak pegi,tp bila fikir balik lepas tengok harga tiket yang luar biasa,banyak pulak benda nak kena spend bulan ni & bulan depan,terpaksa la aku batalkan hasrat hati tuh..Maaf ye bro..

Semoga berbahagia..

Geng2 PPEOC..

Gambar2 ni aku cedok dari member club ni jugak,haha.....bila tengok jer pic2 diorang,memang tak tertahan rindu kat geng-geng nih...Kalau leh nak jugak aku ada sama kat situ..

Entri ni jugak menyelitkan ucapan Hepi Besday kat Tuan Presiden club kitorang..Bufday dia sebenarnya semalam,tapi geng2 yang lain pakat nak 'meneluri' beliau hari ni.Haha...Biasalah tu kan..saja nak brseronok.Haha...

Mr.P sedang potong kek....

Semoga dipercepatkan jodoh yer Tuan presiden.haha....Beliau ni la yang duk jemput aku kat airport hari tuh..,masa konvoi gi Melaka ari tu pun aku join beliau gak..aku sangat menghargainya.Pendek kata,semua geng PPEOC aku sangat baik perwatakannya,Terharu siot..

InsyaAllah,ada kelapangan nanti boleh la melepak lagi yer..Once again,Happy birthday Fakri!

Iklan : Bagi korang terutamanya pemilik2 keta Persona Elegance tu,boleh la join kami di www.ppeoc.my .Boleh juga cadangkan kelab kami kepada jiran mahupun sedara mara yg berkenaan.

TQ

:)

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja!

Salam pagi!!


Hari ni 1 Mei kan?Nak wish Selamat Hari Pekerja buat semua..tak kira apa jua pekerjaan,anda adalah pekerja.....Semua pekerjaan amat penting,jadi bg yg belum bekerja tu jangan la terlalu memilih pekerjaan yer..bagi yang dah ada kerja tu,sama-sama kita meningkatkan prestasi dan mutu kerja yang cemerlang...

Eppp..bagi majikan/bos pulak..anda pun pekerja juak.Bekerja untuk diri sendiri..gitu jugak ngan suri rumah,bekerja untuk keluarga.kan..kan..

Yang best nya,esok cuti werhh!yeshh yeshhh

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...