The Followers

Showing posts with label Aiskrim. Show all posts
Showing posts with label Aiskrim. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Aiskrim Goreng

Assalamualaikum..

Selamat tengahari,salam Isnin buat semua ya.
Bermula lagi minggu baru hari ni.masing2 sibuk dengan tugasan agaknya kan.
Apa khabar kekorang semua?Moga sehat hendaknya,kalau ada yang kurang sehat tu banyakkan berehat,moga cepat sembuh ye.

Hari ni agak malas jugak sebenarnya nak mengentri.Hihi..tapi tetap jugak nak buat entri sebelum kemalasan melarat ke taraf yang lebih serius.Nanti tak pasal2 semak samun je belog hijau ni kan..selepas ini nak prepare masa slide show yang telah dihantar oleh cecekgu kepada aku,nak tayang sebagai rujukan saat akhir bebudak PMR esok.TQ buat cecekgu yang bertungkus lumus siapkan slide untuk anak2 murid yang dikasihi.Harap murid pun kasih kepada cecekgu diorang lah kan.

Aiseyy..hari ni aku hangin sket.Pagi2 dah kelaparan,(maaf ler,pepagi x rajin nak wat bfast kan)....biasanya kitorang g je kedai berdekatan untuk tapau brunch. (bfast sekali utk lunch)..Dah siap2 call kedai tu order nasi ayam,lepas kitorang g ambik.Tapi bila sampai sana,semua lom ready.tunggu lama.Bila dah siap,air sup nya pulak x de.Menu x lengkap....gi mintak sup pulak,tunggu lagi...nak bungkus sup pun lama ke?Sebab rasa buang masa,kitorang pun blah je la...Nak tunggu tapau nasi ayam je dekat 1 jam ke....banyak benda kita leh buat kan?Haha..next time rasanya perlu gak sound tokey kedai tu (ala2 kak ummi sound tokey kedai cilok gegamba dia.hihi)

Okey..cool down,tayang ni dulu..

Aiskrim Goreng

Haaa?Aiskrim goreng?Yer lah..aiskrim goreng....sedap ni.
Mesti korang dah pernah buat kan..huhu....Sebenarnya menu ni salah satu hidangan yang dipertandingkan masa kitorang join pertandingan memasak sempena Pesta Sukan & Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) bulan Julai yang lalu.Ikut pembahagian,aku masak ikan kukus,pucuk ubi masak lemak ikan masin & bancuh air.Puan Salmah masak ayam...mgm sedap!.Resepi ni pulak disiapkan oleh Cikgu Roberstson,aku tolong buat deco ja.Haha...

Nak share lah resepi ringkas ni kat sini untuk rujukan di masa akan datang.

Aiskrim Goreng
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan :
  • 300 g tepung gandum
  • 50 g mentega
  • 100 ml air
  • secubit garam*kalau guna unsalted butter
  • Aiskrim berperisa secukupnya*yang ni pakai strawbery

Caranya :
  1. Satukan tepung dan mentega,masukkan sedikit air
  2. Uli hingga menjadi doh lembut.
  3. Bahagikan doh,bentukkan dan masukkan 1 scoop aiskrim
  4. Buat la seberapa banyak yang cukup
  5. Goreng hingga keperangan.
  6. Hidangkan bersama coklat ganache.

Rasanya boleh la menjadi ye.hehe...next time aku buat lagi.Haha....

Selamat mencuba!

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...