The Followers

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Berdiri semua, Selamat Pagi Cikgu!!Rindu ucapan tu...tiap pagi jadi leader untuk beri ucapan kepada cekgu..maklum lah, hampir tiap tahun jadi ketua kelas, pastu jadi pengawas.Hihi.

Wow.....16 Mei 2013 hari ni.Selamat Hari Guru kepada semua pendidik seluruh Malaysia terutamanya.
Pengalaman menjadi guru suatu ketika dulu cukup berharga.

Jadi, jangan sesekali kita lupa tanggungjawab dan jasa seorang guru itu untuk mendidik kita menjadi manusia yang berguna, selain daripada didikan ibu bapa yang tiada tolok bandingnya.Hormati guru di mana sahaja berada.Walaupun kedudukan kita ada yang lebih tinggi pada masa ini, jangan lupa didikan yang mereka curahkan adalah titik mula kehidupan kita sekarang.

Tahun 2013 ni, tema hari guru adalah Guru Malaysia : 1 Aspirasi, 1 Agenda


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...