The Followers

Tuesday, May 21, 2013

Goji Berry dan khasiatnya....

Salam semua....
Selamat bersantai dilaman hijau..dah lunch ke?Harap sihat walafiat lah ye sebab entri hari ni mengenai kesihatan.Korang penah dengar ke buah Goji a.k.a 'Gou Zhi'?Aku pasti, ada yang baru pernah dengar dan terbaca mengenainya kan.Salah satu ubatan herba kering orang cina.Ehh, tak tak ...saya bukan racist!Haha...

Tengok ni tengok....

Goji Berry / 'Gou Zhi'
Perkenalan aku dengan buah goji ni bermula apabila terbaca entri masakan sifu Mat Gebu menerusi resipi Gojiberry Moist Butter Cake. Sifu Mat ada juga kaitkan khasiat goji ni sebagai antioksidan dan baik untuk mata.Kebetulan masa baca entri tu, aku sedang 'dalam pantang' selam 1 bulan setengah berikutan masalah kesihatan yang dialami bermula Februari lalu.Antaranya, doktor pakar menyarankan aku untuk ambil makanan yang mengandungi antioksidan seperti sayuran brokoli,bayam,kailan,bawang putih, anggur,stawberry,redberry,blueberry kecuali handpon Blackberry je aku tak telan lagi.Ok, yang tu overr.
Alhamdulillah, semakin positif kesannya...Harap-harap, lepas cuba Goji Berry ni nanti semakin sehat lah....


Cuma RM16 untuk 500g

 Kebetulan hari tu lalu depan kedai ubatan cina, aku pun masuk la dan tanya pasal 'Goji-goji' ni.Memang banyak khasiat, antara yang disebut untuk hati dan mata.Menarik!

Boleh dijadikan masakan, minuman atau dimakan begitu sahaja....mmphh!
Belum ada kesempatan nak masak menu-menu menarik menggunakan bahan Goji Berry ni....selain dibuat sajian makanan, boleh juga dibancuh untuk dijadikan teh atau dikisar untuk dijadikan jus.Tapi buat masa ni, aku kunyah begitu sahaja.InsyaAllah,dengan izin Allah kita harapkan kesihatan yang baik.

Aku kongsikan di sini, khasiat-khasiat yang ada pada buah Goji Berry a.k.a 'Gou Zhi'.Sumber dari SSP2u.
  1. Mengandungi Protein. Mengandungi asid lemak utama, yang diperlukan untuk Produksi Hormon Tubuh dan untuk kecerdasan Minda serta Sistem Saraf.
  2. Sumber terbesar Vitamin A. tidak mengejutkan kerana warnanya benar-benar merah.
  3. Mengandungi Vitamin B Komplex (B1, B2, dan B6) yang diperlukan untuk mengubah makanan menjadi energi.
  4. Mengandungi Vitamin C pada tahap yang lebih tinggi berbanding buah oren.
  5. Mengandungi Vitamin E (sangat jarang ditemukan dalam buah, hanya dalam biji-bijian atau kekacang.
  6. Untuk Amalan Seisi Keluarga
  7. Membekal tenaga dan stamina
  8. Merawat Diabetes (kencing manis), Darah Tinggi. Hipetitis B. Gout
  9. Menghindari risiko penyakit jantung dan Luekimia
  10. Untuk kelancaran fungsi otak (minda), Merawat masalah Saraf
  11. Mengurangi rasa tidak Nyaman ketika Haid
  12. Meningkatkan sistem Reproduktif wanita
  13. Merawat Fabroid (sengugut dan penyakit Luekhoria (Keputihan)
  14. Membantutkan sel Kanser, Merawat Kanser Servik, Kanser Payudara dan kanser Prostat
  15. Melambatkan proses Menopause dan Andropause
  16. Mengekal kesihatan mata dan penglihatan yang baik serta mencantikkan kulit
  17. Meningkatkan sistem Imunisasi Badan melawan penyakit
  18. Meningkatkan kemampuan seksual dan kesuburan
  19. Merembes Hormon Tumbesaran dan Awet muda
  20. Mengatasi masalah Contipatien (sembelit)
  21. Mengawal Stress dan Emosi
  22. Anti kuman dan Bakteria
  23. Kaya dengan Vitamin A. B komplex, vitamin C dan vitamin E.
  24. Boleh dibuat jus
Selamat mencuba!

5 comments:

Anonymous said...

Banyak Khasiat..lapor plk tgok benda makanan

http://shafiqhashim.blogspot.com/2013/05/kelab-kipas-blogger-dan-iklan-jualan.html

*cik cempaka* said...

ape rse nyer?? masam ke manis???skali pndang mcm kismis...2 kali pndang mcm jeruk plk...haishh kecur air liuq...

ShahKB said...

sy suka goji....buat jus

jusinfiniti said...

Salam…Sy ada menjual buah goji bery gred A..berat sekitar sekilo angaran ribuan biji di sebabkan buah ini seperti biji bery or kismis jadi bilangan ribuan biji walau sekilo sahaja..memang berbaloi baloi untuk kesihatan seisi keluarga rasanya yang masam manis mesti menjadi kegemaran termasuk anak anak kecil untuk menambah darah dan kesihatan badan dan otak dengan vitamin yang hebat hebat sebungkus harga cuma rm80 free wang pos….cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi) Kebaikan buah goji bery sangat dasyat…………………….
buah super food…rahsia rahsia orang terdahulu untuk kekal sihat..
diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik. Buah yg sy jual adalah asli…bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk sebiji sebiji yang sudah kering dan terus di kunyah…..amat menyelerakan dan rasa nya membuatkan anda kecur air liur..fuhh sihat dan sedap…itu terbaiklah
sehari 60 biji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan… Keluaran sy adalah asli..nama syarikat sy JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

edi suhaidi said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...