The Followers

Monday, April 15, 2013

Jeruk Mempelam/Mangga Muda

Assalamualaikum.....
Salam 4 JamadilAkhir 1434H buat semua,moga ceria-ceria je hari ni.Dan tengahari kan,jangan nak monday blues sangat....Awan mendung berarak kelabu, aku rindu awan biru yang makin menjauh...Eh!.Kebetulan rajin nak buat entri hari ni...aku update kan dengan jeruk.Haa..mula nak kecur liur la tu kan....buat jeruk ni untuk suka-suka makan sendiri je...tapi tershow off kat instagram n FB,ramai lak yang inbox nak resepi jeruk.Ehh!Tak sangka jeruk pun dapat sambutan.hehee...Boleh la share resepi kan...Kalau sudi, sila cuba.Tapi mungkin resepi aku berbeza dengan jeruk-jeruk sedap yang lain...yelaaa, aku dengar ada yang bubuh kapur sireh, cuka dan sebagainya....

Lain padang lain belalang..jeruk ni aku guna buah mempelam, tapi ada juga yang panggil buah mempelam ni buah mangga, walaupun ia berbeza.cer try.....

Jeruk Mangga/Mempelam Muda
Jeruk Mangga/Mempelam
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan A :
  •  1 kg buah asam mempelam muda (guna mangga pun boleh)
  •  1 cawan garam
  •  2 liter air
Bahan B :
  •  2 cawan gula
  •  2 liter air  
Caranya :
  1. Masak air garam sehingga larut dan mendidih.Biarkan hingga sejuk.
  2. Kupas buah dan bersihkan.Kalau tak nak kupas pun boleh, cuma bersihkan kulitnya.
  3. Belah/Potong kepada beberapa bahagian mengikut saiz buah. (4/6/8 hiris utk sebiji)
  4. Toskan buah yang telah dibersihkan.
  5. Masukkan buah ke dalam bekas/botol kedap udara.
  6. Tuang air garam ke dalamnya hingga menutupi permukaan buah.Biarkan sehingga 2-3 hari/malam.
  7. Jika perlu, gaul buah dalam bekas dengan sudu yang bersih dan kering.
  8. Setelah genap  hari/malam yang ke-3, masak bahan B dan biarkan sejuk.
  9. Buang air garam, elakkan buah dari tercemar atau terkena air.
  10. Masukkan pula air gula, biarkan sehingga 2-3 hari/malam mengikut citarasa sendiri.
  11. Toskan buah,masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
  12. Sedia untuk dinikmati.

*Sekiranya kandungan air jeruk terlalu berbuih, ia bermakna jeruk sudah terlalu masak.Tos air untuk mengelakkan jeruk rosak.

Selamat mencuba :)


Monday, April 8, 2013

ABPBH 2012: Shaheizy Sam menang lagi!

Salam Isnin buat semua..

Apa khabar korang??Haa...moga sehat2 belaka sambil mood monday blues kan...
Aku pulak pagi ni leh sakit mata sebelah kiri pulak..ni mesti terlebih voltage kenyit mata kat awekss.Opss!

Straight to the dot, ramai korang yang dah tengok ABP BH 2012 malam tadi kan?Kalau yang tak tengok pun, boleh jadi diorang gi tengok youtube atau carik kat google dan mungkin jugak termasuk ke dalam entri ini.Ahaks.

Bintang Popular BH 2012 : Shaheizy Sam
Amacam kekorang?Puas hati ngan anugerah utama 'Bintang Paling Popular 2012' diberikan kepada Shaheizy Sam?Alhamdulillah rezeki beliau buat kali kedua bergelar bintang paling popular.Bagi aku dia memang layak, itu bermakna peminat masih lagi teguh menyokong karier nya.Baru-baru ni pun Shaheizy Sam juga menang Anugerah sempena ASEAN International Film Festival & Award (AIFFA) yang diadakan di Sarawak kan.

Hmm..pembukaan majlis anugerah malam tadi agak pelik.Mula-mula tu aku dah panik dah kot2 la tv aku rosak, mana tak nya bunyi yang tak berapa sedap didengar dan agak kelam kabut.Bila tengok update dari rakan-rakan FB,syukur la tv aku elok lagi dan memang sound system majlis tu bermasalah.Seperti biasa, majlis agak hambar..penyampai trofi pun masih ada yang 'blur'.Pemenang anugerah kali ni kira ok, speech tak melalut sangat!

Penampilan Fara Fauzana & Jozan sebagai host pun sesuai, mereka orang yang glamour untuk majlis yang popular okeh...Fafau menang kategori Pengacara TV Wanita Popular untuk kesekian kalinya, okey ler tu.

OTAI memang OTAI!
Haaa..dah nama otai, memang superb la.Aku puji penampilan penyanyi untuk segmen lagu rock jiwang!!Saluteeeeeeee to Amir (Ukays), Zarul (Umrella), Ayai (Illusi) dan Baggio (Damasutra).Persembahan mereka penyelamat majlis yang hambarrr malam tadi.

Tahniah juga kepada kumpulan Search yang telah di beri Anugerah Sepanjang Hayat kali ini..Paling terbaek, Amy Search dalam ucapannya tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada pihak media...
Errrrr....most of pemenang malam tadi cuma berterima kasih kepada peminat,keluarga,nenek,manager,bos,penerbit....bla bla bla......tapi mereka seakan lupa, pihak media terutamanya wartawan lah yang banyak ketengahkan mereka untuk publisiti jugak kan, bukan BH aje.Ye tak?

Jom semak semula result malam tadi : Sumber dari blog BUKAN CINCAI.

Artis Baru Lelaki Popular

1) Aiman Hakim Ridza
2) Izzue Islam
3) Jimmy Palikat
4) Shah Iskandar
5) Taiyudin Bakar

Artis Baru Wanita Popular

1) Ainan Tasneem
2) Emma Maembong
3) Hanez Suraya
4) Nad Zainal
5) Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular

1) Black/Malique
2) Hafiz/Adira
3) Mojo
4) Jimmy Palikat/One Nation Emcees
5) Sleeq/ Najwa Latif

Penyanyi Lelaki Popular

1) Aizat
2) Hazama
3) Black
4) Faizal Tahir
5) Hafiz

Penyanyi Wanita Popular

1) Jaclyn
2) Najwa Latif
3) Shila Amzah
4) Stacy
5) Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular

1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Beto Kusyairy
4) Fahrin Ahmad
5) Johan As'ari

Pelakon TV Wanita Popular

1) Fasha Sandha
2) Izara Aishah
3) Nabila Huda
4) Neelofa
5) Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular

1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Bront Palarae
4) Shaheizy Sam
5) Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular

1) Neelofa
2) Nora Danish
3) Lisa Surihani
4) Maya Karin
5) Yana Shamsudin

Artis Komedi Lelaki Popular

1) Angah
2) Jepp
3) Johan
4) Nabil Ahmad
5) Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular

1) Aliza Abdullah @ Enot
2) Didie Alias
3) Jihan (Raja Lawak)
4) Norkhiriah
5) Sharifah Shahira

Pengacara TV Lelaki Popular

1) Datuk Aznil Hj Nawawi
2) Dato' AC Mizal
3) Awal Ashaari
4) Faizal ismail
5) Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular

1) Adibah Noor
2) Fara Fauzana
3) Sharifah Shahira
4) Neelofa
5) Didie Alias

Penyampai Radio Lelaki Popular

1) AG (Hot FM)
2) Johan (Era FM)
3) Faizal Ismail (Hot FM)
4) Halim Othman (Suria FM)
5) Nabil (Suria FM)

Penyampai Radio Wanita Popular

1) Abby Fana (Sinar FM)
2) Fara Fauzana (Hot FM)
3) Linda Onn (Suria FM)
4) Raja Azura (Sinar FM)
5) DJ Lin (Suria FM)

KATEGERI ONLINE (DALAM TALIAN)

Watak Jahat Dalam Filem Atau Drama Popular

1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Bront Palarae
4) Sofi Jikan
5) Zizan Razak

Gandingan Di Layar Serasi

1) Aaron Aziz/ Nadiya Nissa
2) Adi Putra/ Nora Danish
3) Aiman Hakim Ridza/ Izara Aishah
4) Johan/ Zizan Razak
5) Shaheizy Sam/ Yana Samsuddin

Watak Animasi Tempatan Popular

1) Anak-Anak Sidek
2) BoboiBoy
3) Kacang
4) Upin & Ipin
5) Usop Sontorian

Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial

1) Aaron Aziz
2) Shila Amzah
3) Stacy
4) Yana Shamsuddin
5) Zizan Razak

Artis Lelaki Stailo

1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Awal Ashaari
4) Shaheizy Sam
5) Zizan Razak

Artis Wanita Stailo

1) Lisa Surihani
2) Melissa Francis
3) Nora Danish
4) Stacy
5) Yana Samsuddin

Artis Asia Paling Popular

1) Aaron Aziz
2) Big Bang
3) Shila Amzah
4) Super Junior
5) Zizan Razak

Anugerah Sepanjang Hayat: Kumpulan Search

Bintang Paling Popular ABPBH 2012: Shaheizy Sam


*Senarai yang BOLD adalah Pemenang Bagi Kategori Tersebut.


Tahniah kepada semua!

Monday, April 1, 2013

Pertukaran Guru (EgTukar) dan Bukan Guru (eTukar) KPM

Halluu!!

Amboi, tajuk entri bukan main lagi yer...sensitif ala2 kempen PRU13 pulak.Maaf la...entri ini tiada kaitan ngan pilihanraya yang tak tiba-tiba lagi okeh!Pejam celik pejam celik lagi, dah masuk bulan April kan..

Entri kali ni nak share ngan semua warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sama ada cikgu/cikgi atau Staf Sokongan yang nak bertukar stesen bertugas tu boleh dah buat permohonan bermula hari ni 1 April 2013 hingga 30 April 2013.Itu tarikh tutup peringkat kementerian, manakala tarikh tutup bagi peringkat sekolah dan PPD masing-masing mungkin berbeza.Bagi yang dah banyak kali memohon tapi gagal, apa salahnya terus mencuba...sape tahu kali ni rezeki anda untuk bertukar kan. >_<

EgTukar Sesi Jun 2013
Permohonan pertukaran GURU sesi Jun 2013 > KLIK SINI

Permohonan pertukaran BUKAN GURU sesi 2/2013 > KLIK SINI

Semoga berjaya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...