The Followers

Thursday, March 21, 2013

Result SPM!!!

Assalamualaikum...
Salam tahniah kepada semua calon yang telah berjaya mendapatkan keputusan cemerlang SPM yang telah pun dikeluarkan hari ni.Keputusan STPM pulak dah dikeluarkan lebih awal.

Hari yang mendebarkan,tapi setelah dapat keputusan yang cemerlang memang terasa nak melompat-lompat gembira kan?Hmm..gud gud.

Anda parents kepada anak-anak SPM?Busy dan tak sempat temankan anak-anak ke sekolah ambik result?Err..atau anak-anak berahsia keputusan dia?Jangan risau...ada cara nak semak keputusan SPM guna sms.Semudah abc.
Taipkan SPM [Nokp][NoAngkaGiliran] hantar ke 15888.

Bagaimana bagi yang kurang cemerlang?Nak nangis, nangis la...Takpe , itu je pencapaian yang anda mampu.Ia bergantung kepada usaha kita sebelumnya.Kalau komited terhadap pelajaran, InsyaAllah berjaya.Kalau sebaliknya, kita kena redha.

Macam-macam reaksi dapat dilihat...ke mana hala tuju selepas ini?Fikirlah sendiri corak kehidupan anda dik.Pendek kata, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna...kenapa aku tulis macam ni?Haha..

Sebab aku pernah lalui dan pastinya anda juga kan...Aku dulu bukan lah cemerlang sangat walaupun percubaan membanggakan, SPM sebenar tak seberapa...Alhamdulillah, dapat sambung belajar dan dapat kerja tetap,kerja sambilan dan kerja sendiri.Aku bersyukur....Tak banyak, sedikit kekesalan pasti ada pada adik-adik kita yang kurang cemerlang tu.Bagi yang lulus dengan cemerlang, teruskan perjuangan.Masuk form 6,matrikulasi atau masuk U.Bagi yang kecundang pula, anda masih ada peluang untuk duduki semula sebagai calon luar.Tapi jangan sia-siakan peluang ke dua.

Info untuk duduki peperiksaan boleh rujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Nak sambung belajar lagi?Haa..orang rajin mana kenal erti penat.Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan..... Jom semak untuk permohonan UPU, atau Politeknik.

Bagi yang nak terus cuba isi peluang pekerjaan pulak, layari Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia  atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran atau Jobstreet.Com 

Semoga berjaya!


Wednesday, March 13, 2013

Takziah buat Perajurit Muda


Salam Takziah buat perajurit yang gugur...

PETALING JAYA 13 Mac - Jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Ops Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini.

Pesawat C-130 milik TUDM yang membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi antara yang menyambut ketibaan kedua-dua jenazah.

Najib dan Ahmad Zahid memasuki pesawat dan memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua wira negara itu. Allahyarham Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah bermula 12 Feb.

Anak kelahiran Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi semalam yang turut menyaksikan seorang lagi perajurit cedera dan dua musuh terbunuh.
Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan bersenjata itu manakala 56 musuh ditembak mati. - BERNAMA

Al-Fatihah

Friday, March 8, 2013

Blueberry Egg Tart sedap!

Salam Jumaat semua,

Haaaa...cakk!suspen je kan.
Tengok thumbnail konon macam aku baru je lepas uli dan baking egg tart.Jangan nak 'ngetart' sangatlahhh..

Nahhh..tatap puas-puas....abaikan kesan gigitan tu.

Blueberry Egg Tart KFC
Maklum la pagi-pagi macam ni, perut kosong.Kalau ada minuman panas atau makanan panas sedap jugak.Tetiba duk teringat kak egg tart perisa blueberry yang aku pernah beli kat KFC Bukit Bintang..Ye lah, beli je kot....Abang tak mampu nak buat dik!Haha

Rasanya tahun lepas aku pernah rasa egg tart biasa kat situ.Sedapp!Kalau nak cari KFC yang ada kat Sarawak ni, memang takde la yang jual egg tart macam ni haa.Rasa memang sedap.Rangup-rangup je kulit nya.Nanti nak godek la dapur tuan guru yang comel tu....mana tahu ada terselit resepi egg tart macam ni kan!

Hmm...semalam, awal pagi dapat call dari klinik.Jap lagi nak gi jumpa doc sebab medical report dah ada.Nervous jugak..harap takde apa2 lah.

: )

Thursday, March 7, 2013

Penyanyi Nouri Ramli ditahan bunuh suami

Hurm, bila syaitan menguasai diri...manusia akan hilang pertimbangan.Siapa sangka, dari seorang penyanyi boleh membunuh pulak kan.Ish, minta dijauhkan perkara mcm ni.

Sebelum ni ada entri tentang berita ni.[Baca berita]


PETALING JAYA: Seorang suspek iaitu penyanyi tahun 1990-an Nouri Ramli telah ditahan polis berhubung kematian suaminya yang dipercayai mati selepas bergelut dalam kejadian di kondominium Ampang Utama, dekat sini pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.
"Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman.
"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Akhbar pada Rabu melaporkan seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun.
Gambar kenangan Nouri bersama suaminya.
Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat.
Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak.
Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran.
Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses perceraian.
Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999. 
Sumber : mStar Online

Kek Lapis Tembikai

Hai korang!

Ehh..macam gedik lak mamat ni kan.haha...
Wallawaeyy..tetiba keluar kek lapis lak ni apehal...rajin lak celah-celah malas.

Hari tu, walaupun ada beberapa urusan termasuk appointment doktor segala, alhamdulillah matlamat tercapai siapkan beberapa juadah untuk tetamu dari jauh.Hehe...Salah satu nya Kek Lapis Tembikai ni la...

Rasanya kek ni simple sangat dari bahan dan cara membuatnya.Terdapat juga pelbagai versi kek lapis tembikai yang pernah di kongsikan blogger yang lain sebelum ni kan.Kali ni aku guna bahan asas je..orang bujang kan suka simple...yang penting sedap.Dah habis siap adunan kek aritu, panik kejap bila baking paper kehabisan....so, inisiatif bila takde baking paper boleh la guna teknik gris butter dan tabur tepung je kan.Abaikan lapisan yang tak berapa nak stabil itu..hiksss..

Kek Lapis Tembikai
Kek Lapis Tembikai
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 454g butter
  • 1 cawan gula halus
  • 1 st ovelette
  • 10 biji telur gred A
  • 1 cawan susu krimer manis
  • 1 st esen vanila
  • 1 cawan kismis hitam
  • 2 cawan tepung hong kong
  • 50g strawberi emulco
  • Pewarna merah dan hijau secukupnya

Caranya:
  1. Panaskan oven pada suhu 240'c terlebih dahulu.
  2. Pukul butter,ovelette dan gula hingga kembang
  3. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati
  4. Masukkan pula susu dan esen vanila.Kemudian masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
  5. Seterusnya, bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
  6. A-3 cawan diwarnakan hijau, B-2 cawan tanpa warna dan C-Adunan selebihnya masukkan strawberi dan warnakan merah.
  7. Griskan tin pembakar dengan butter dan alas dengan kertas pembakar.Boleh juga gris dan tabur tepung
  8. Masukkan 1 gelas adunan A, bakar hingga kekuningan di atasnya.Tekan sedikit menggunakan alat penekan kek atau gunakan belakang sudu, kemudian ulang hingga habis adunan A dan B.
  9. Bagi adunan C, bakar berselang 2 cawan dan taburkan kismis hitam di atas nya.
  10. Setelah lapisan yang terakhir masak,tukar kepada api atas bawah dan turunkan suhu kepada 160'c selama 10 minit.
  11. Bila dah masak, biarkan penutup oven terbuka seketika.Ini bagi mengurangkan suhu yang boleh menyebabkan kek hangus/terlebih masak dan kurang 'moist'.
Updated: Kek bakar macam ni sebenarnya makin lama simpan, makin sedap ...

Selamat mencuba .. :)

Wednesday, March 6, 2013

Penyanyi 90an bunuh suami?

Alahai...opocot!alamak?...terkejut pulak tetiba nampak berita ni tadi,rebut anak sampai bunuh suami?Penyanyi pulak tu?Siapa agaknya ye..

Ampang: “Saya rindukan anak-anak.” Itulah kata-kata terakhir Mohd Khairul Azmi Jaafar, 39, kepada rakan baiknya sebelum dia ditemui mati disyaki selepas bergelut dengan isterinya yang juga seorang penyanyi popular lewat 1990-an di sebuah kondominium di Ampang Utama, di sini, kelmarin.
Hasil bedah siasat, mangsa mati akibat serangan jantung berikutan pergelutan dan kekasaran.
Mangsa sebelum itu mengajak rakan berkenaan ke rumah penyanyi terbabit untuk berjumpa anak perempuan mereka berusia setahun.

Difahamkan, sebaik tiba di rumah itu jam 5 petang, berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mangsa dan isterinya sebelum dia pengsan dalam sebuah bilik dengan keadaan kedua-dua tangan dan kaki terikat dan disahkan mati.
Foto
KONDOMINIUM tempat mangsa ditemui tidak sedarkan diri dipercayai akibat serangan jantung.

Isteri mangsa berusia 39 tahun dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya itu dengan bantuan dua anak saudara angkara tidak puas hati pertengkaran bermotifkan perebutan anak.- Sumber : Harian Metro 6/3/2013

Tuesday, March 5, 2013

Salam Takziah buat Si Wira

Assalamualaikum..

Aduyai, dalam beberapa hari ni sayu je hati bila tengok update dalam fb dan jugak blogs kan.Risau pun ada terhadap nasib pejuang-pejuang negara yang bertarung nyawa mempertahankan kesejahteraan negara di Lahad Datu,Semporna dan Kunak di Sabah.

Takziah diucapkan kepada mereka yang telah terkorban.Semoga ahli keluarga terus tabah.Apa yang pasti, pejuang-pejuang negara kita telah berjuang bermati-matian.Bagi kita, orang biasa yang tak tahu strategi perang dan getar tangan nak pegang senapang tu...elok la kalau kita terus berdoa daripada terus mengeluarkan kutukan yang kurang membina.Mereka ada cara sendiri untuk selesaikan, macam tarik rambut dalam tepung...rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.Jangan pulak kerana kecuaian dan keceluparan, lebih ramai anggota terkorban dan negara tergadai.Nauzubillah..

Al-Fatihah..kedua-dua mereka terkorban dalam serangan penceroboh di Lahad Datu


Moga Allah terus melindungi hambaNya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...