The Followers

Tuesday, January 31, 2012

Butter Bread Pudding

Assalamualaikum...........

Halluuuuuuu!!

Phiwiett....watpe tu?Tido dah??Hehe...kali ni lewat sket taip entri...edisi penghujung bulan Januari kan.Mula nak ngentri pagi td..tp keja banyak pulak kat opis tu...tangguh ke malam pulak lah ye.Ni ha, nak tayang Butter Bread Pudding, resepi cedok dari rumah kak DJ.1st hari tu nampak kat laman kak DJ, merembesnyaaa BBP dia...tak lama lepas tu timbul pulak BBP versi Kak Nor kat laman Secubit Garam nya tu ha....Makin terdetik dalam hati nak mencuba.

Kata nak warming up kan ... nasib baek encik oven masih kenal aku dan ingat tugas2 utamanya ... boleh la baking2 balik.

Okeh,kebetulan ada bread kat rumah ni semalam...terus gi selongkar balik laman kak DJ tu amik resepi...Bread dah ada....tapi bread pandan yg warna hijau tu je ada...Boleh la kot?Nak check bahan2 lain pulak....chocolate rice dah habis rupanya...Alamakk!peanut butter xde ... takpe lah kan... kak nor pun pakai chocolate spread... aku pulak cuma ada Hazelnut Chocolate Spread....Sapuu je lahh!! Maaf ye tuan resepi .. haha.

Butter Bread Pudding

Ada gak bahan2 minor yang aku tak letak....tapi resepi ni memang mudah sangat dan sedap!Lelebih lagi chocolate spread tu... fuiyooo. Lepas ni nak try guna bread putih dan peanut butter lah..Selepas puding ni sejuk sket, aku curahkan Chocolate Syrup Hershey's yang ada dalam esbok..Lagi2 terasa kecoklatan nya mengatasi butter!Aiyarkkk..........derhaka dah BBP aku...silap2 tukar jadi CBP (Chocolate Bread Puding la nampaknya..hahaha).. Tapi maaf ya, hasilnya tak la secantik BBP diorang...ekekeke. :)


Kat atas ni macam terlebih masak pulak, mcm hangus kan... tapi still rangup & sedap.
Thanks to kak DJ & kak Nor.. :)

Butter Bread Pudding
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Shared by : ryoazhar@blogspot.com

Bahan-bahan : 4-5 orang makan
  • 8 keping roti *ryo guna roti pandan
  • 2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis
  • mentega secukupnya
  • peanut butter secukupnya *ryo guna ' hazelnut chocolate spread'
  • chocolate rice / chocolate chips secukupnya
  • kismis secukupnya
  • sedikit parutan kulit oren sunkist - optional *ryo x letak
Bahan A :
  • 2 cawan susu segar/susu cair
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B :
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional *ryo x letak
  • 1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)
Cara-cara :
  1. Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
  2. Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
  3. Potong roti kepada 4 bahagian.
  4. Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar.
  5. Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis.
  6. Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B.
  7. Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
  8. Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
  9. Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk.

Selamat mencuba!

Monday, January 30, 2012

AJL 26: Tahniah Hafiz!!

Salam ..

Entri ni nak sikit je..sebab aku tau pasti beribu2 lagi yang dah taip panjang lebar pasal keputusan AJL malam ni kan...jadi korang carik la kat pak cik gugel tu (itu pun kalo dia belom tido lagi tyme ni)...kompom ada bederet result penuh dia.

Aku x ambik port sangat bila tarikh AJL ni.... semalam keluar ngan kawan, dia duk sebut2 pasal AJL .. tu yang aku pun tengok gak malam ni.Antara lagu pilihan aku malam AJL ni, lagu Kisah hati -alyah, sedetik lebih - anuar zain (tp mlm ni Jac yg bawak), Awan nano - hafiz ,Beribu sesalan - 3 suara..Yup, aku suka 4 lagu ni... lagu lain2 tubiasa je bagi aku.

Hafiz .. ihsan google

Awan Nano menang AJL ke 26. Tahniah aku ucapkan kepada Hafiz,M.Nasir dan Budiey...lagu ni mmg indah...tambahan lagi Hafiz bawak lagu ni dengan vokal yg sempurna... Persembahan pun sempoi je, Herman Tino pun ada sekali..ala2 dalam VC Awan Nano tu la..

Beribu sesalan pulak no.2.... dan tempat ke -3 lagu dari Faizal Tahir... Sedikit hampa bila Sedetik Lebih x dapat apa, walaupun ramai yang yakin lagu tu akan menang....yup.. mmg patut masuk top 3 sebenarnya, ganti ngan lagu Karma tu pun xpa.Tp aku bukan la juri kan..hahaha.so, terima je lah!Best perfomance by Alyah mmg simple..x perlu nak serabut pentas, yang penting leh pukau audiens dengan kaw2 punya.

Yang bertanding ialah lagu..bukan penyanyi.Hehs...betol2... tapi malam ni lagu Sedetik Lebih agak bingit bila Jac bertalu2 guna high note...xde feel plak aku dengar..mmg susah bila perform lagu org laen kan.... Huhu.Tahniah kepada semua yang menang..yang belum berkesempatan nak menang tu sila cuba lagi...Aku puas hati ngan Hafiz mlm ni!Hahaha...

Sekian, tido.

Saturday, January 28, 2012

1st entri tahun 2012? 1st anniversary...(warming up)..

Assalamualaikum ...

Yeahhh!!aku kembali......Nampak nya inilah entri pertama untuk tahun 2012 kan... dah 'berkelapuk' entri hujung tahun tu...macam x sedar2 diri lak aku nak wat entri baru.Kalau aku ni jenis yg entrikan story tiap masa, mmg banyak la benda nak dimasukkan.hihi....tp sayang nya semua yang berlaku tu berlalu gitu je kan.Mula2 x leh nak terima hakikat bila sis HaSue dah terupdate belog beliau.....x leh jadi ni....kena wat sesuatu jugak.hahahaha....Rindu dengan kengkawan belogger sekalian....masih ada yang ingat pada aku tak?hehe.

Wallaweyyyyyy!!!!dah nak habis bulan January nih...apeda punya malas... mmg nak kena tenyeh ni.hihi.Dah lama nak update entri,kalo boleh nak update masa bufday aku 4 January hari tu....terima kasih x terhingga kpd yang sempat wish...ramai sgt yg wish me luck, yang duk wish soal jodoh pun ramai jugak.. bila la agaknya nak naek pelamin ni kan.cam excited pulak!haha.

Okeh!!saja ambik kesempatan hari ni...nak jugak la wat entri bulan January kan....better late then never...Hari ni juga genap lah setahun usia belog hijau ni.Sebenarnya belog ni diwujudkan pada tahun 2008.... sebaya dengan blog my sis HaSue tu ha..tapi disebabkan faktor hangat2 t**k ayam masa tu.... blog terbengkalai tanpa penyelenggaraan yg sempurna.Maka pada 28 January tahun lepas, aku jenamakan semula belog ni nak masukkan apa yg patut masuk, buang apa yg perlu.

Mula dari "0" balik...yang pasti, kalau dirujuk arkib, hanya 2 entri utk bulan January... agaknya tahun ni pun sama lah kot ye?haha...Alhamdulillah, sejak penjenamaan semula tu bergerak lah jugak belog ni dan setakat entri ni ditulis, 526 follower. Angka yang agak perlahan, tapi syukur la sekurang2nya ada yg membaca kan... Biar sikit lama2 jadi bukit.camtu ke?haha.Tahniah jugak buat KJEE pemilik blog Dunia Dari Dapur KJEE yang turut menyambut ulangtahun pertama blognya pada 26 Januari lalu.Moga rakan2 blogger sekalian akan terus mantap berkarya!

Sekadar selingan ... hihi

Dunia masakan...Seriously, rindu pada dunia masakan serta blogging ni....kekadang aku menyusup jugak masuk ke blog korang, selongkar ape2 yang patut..cuma intai2 je..heheh...Lepas ni mmg nak mula aktif balik....ni pun baru nak kenal2 balik ngan oven..agaknya dia kenal lagi tak kat aku kan...kadang2 tu ada la masak, baking jarang sket....bz.heheh!Masa x sesuai.. ada order pun tolak cara baik...takut tak larat nak buat, nanti penat ngantuk pulak kan...terbawa2 sampai ke opis leh jejaskan kerja pulak nanti.

Kelab kereta ... yesszzaaa! Sebagai Honour of Region (HOR) kawasan Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak...aku mengalu-alukan pemilik2 kereta Proton Persona Elegance untuk join club kitorang...begitu jugak ngan pemilik2 di semenanjung......club kitorang terbahagi kepada 5 Region ( Central,Northern,Eastern,Soutern & Borneo).. keterangan lanjut sila lawati laman web Proton Persona Elegance Owner Club di www.ppeoc.my .

On air ..yessza... sekarang ni masih lagi part time ngan RTM... job untuk Radio Malaysia Mirifm..frekuensi di Miri 95.7fm atau 98.0 fm...boleh jugak didengar melalui online di blog radio. Tapi aku x lah bersiaran sepanjang masa....huahua. Sebelum ni mmg dah buat jugak job jadi emcee majlis2 jabatan/sekolah kan....lepas ni nak test market untuk emcee berbayar pulak!so, wish me luck!

Woww!!entri kali ni macam berkenalan semula pulak kan...hahaha..yelah, takpe2..mana tau kot2 ada yg lupa kewujudan aku...Hye pcm CMG.Aku nak kemas dapur ni....pinjam penyapu jap#okbai.

Sekian dulu ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...