The Followers

Friday, March 23, 2012

Musim 'bubok' kembali!

Assalamualaikum..

Salam Jumaat buat semua...selamat bertugas bagi yang berada di pejabat....selamat bekerja pulak bagi suri rumah yang berada kat rumah..walaupun dikatakan tidak bekerja, sebenarnya suri rumah lebih banyak kerja dan tugas menguruskan rumah tangga kan.. terima kasih kepada mereka. :)

Belog hijau dah lama dilanda kemarau ... kemarau dek kerana tuan nya sangat malas nak update serta nak meng upload kan gambar dan cerita.Ada sedikit masa tu kalau boleh nak diguna untuk santai2 je.haha....

Tapi takper la..kebetulan masuk ni nak jugak mengarang sebaris dua kan...
Pagi ni nak story sket pasal musim 'bubok'... Itu istilah digunakan orang2 tempatan di negeri aku Sarawak..Bubok juga dikenali sebagai udang geragau....udang halus yang digunakan untuk membuat belacan atau pun cencaluk.(Pergghh..sedap tuuu cencaluk!)

'Memakak' / Menyauk 'bubok' ... gambar ihsan google


Opis aku duduk ni bukan la tengah bandar...luar bandar la sikit kan,jadi tak mustahil boleh terhidu aktiviti masyarakat setempat.Sok sek sok sek sana sini heboh sekarang ni musim 'bubok' ni ha...masing2 ambil peluang dan ambil rezeki depan mata untuk 'memakak' ... iaitu istilah tempatan yang digunakan bermaksud menangkap/menyauk.Alhamdullillah ramai yang dapat berguni-guni...Nampaknya ramai la yang buat belacan lepas ni..maklum la harga semasa belacan sekarang ni RM50 per kg.Boleh kaya jual belacan ni tau.

'Bubok' yang telah dikeringkan....gambar ihsan google


Bila dengar sana sini orang menyauk/memakak ni aku pun macam excited....walaupun kurang cenderung bidang ni tapi kekadang kita excited nak tengok serta nak mencuba...Panas memang la panas kan...kan laut mana ad bumbung.Haha....tapi seronok!Aku pernah cuba sekali je dulu ... dapat sikit je.Hihi...

Selain buat belacan atau cencaluk, udang bubok/geragau ni ada jugak yang masak tumis, buat cucur atau jadikan ia sebagai bahan kering.Semalam x sempat nak ambik gambar udang ni .... nasib baik jumpa dalam lemari Pakcik Google.Dapat la nak gambarkan rupa udang ni kan.

InsyaAllah nanti kita share resepi2 pulak...

Jumpa lagi ..

Sunday, March 18, 2012

Salam pagi Ahad

Assalamualaikum...Salam pagi.

Pagi ni bangun awal sket...terniat la nak bukak blog kejap....x brapa sehat ni, tido pun x syok..Jap lagi ingat nak ke pasar minggu...nak cari apa yang patut.Nak ikut skali x?

Terima kasih kepada anda yang jenguk blog ni..entri masakan semakin kurang...begitu juga entri lain kan...ni dah nak bukak sesi persekolahan ni mesti parents pun sibuk hantar anak2 ke asrama ..kekadang gak student yang last minit baru nak siapkan homework.Alalala.dulu aku pun pernah buat gitu...haha..

Tapi kan memang betul kata org..pengalaman mematangkan kita...makin meningkat umur dari tahun ke tahun...diri sendiri boleh menilai...Kita semakin menghargai masa.Justeru, syukur la kita masih lagi boleh meneruskan kehidupan seperti biasa, cuba kita harapkan yang terbaik dimasa akan datang.

Kepada akak2, abang2, adek2 blogger..teruskan la semangat anda untuk berbelog...tapi jgn dilupa tugas yang lebih penting yer.Jumpa lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...