The Followers

Thursday, August 25, 2011

Laksa Sarawak

Salam hari Khamis semua..
Salam Ramadhan semestinya kan..

Lip lap lip lap dah rumah kiri kanan kan...memasing sibuk kemas rumah...kalo rumah yang banyak perhiasan kristal camna lap sebijik2 ke??Hihi..Nasib baek aku duk rumah family kan.....tunggu la beradik lain balik kampung kemaskan rumah.Hahahaa...(tp biasa nya,akuuuuuuuuuuuuuuuuu jugak kena enterframe!)

Dah la...belum lagi nak feel2 raya ni..(konon la malas..) aku nak tunjuk menu2 berbuka dulu...tinggal bebrapa minit nak raya,baru publish kad raya/biskut raya yer.haha...

Hari Selasa lepas teringin la nak buat laksa sarawak.Aku siap sms kepada beradik yang lain bahawa aku nak masak laksa sarawak buat juadah berbuka.Rasional nya aku berbuat sedemikian,diorang tak la tunjuk itu dan tunjuk ini sambil melempiaskan pembaziran untuk beli juadah petang tu kan..hihi..

Okeh,masak laksa sarawak guna pes Haji Manan...'nang nyaman!'..sila tonton..

Laksa Sarawak

Aksesories kena ada...

nampak udang tu??

bila dah letak aksesories,baru curahkan kuahnya..

Yummmy!siap nak 'ngap!'

Aksesori banyak camni kena ada..kalau tak memang x sempurna rasanya......sambal belacan pun ken aada jugak,perah lagi ngan limau kasturi ni.pergghh!

Hepp!air liur tu control sket.....tadah cepat!..

Nak try,salin je resepi ni ha...malas taip banyak,ambik resepi yang lebih kurang sama ni dari sis HaSue.

Laksa Sarawak
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
shared by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 laksa(tidak terhad):
  • Bihun(yg sudah dicelur n ditoskan)
  • Isi ayam ,digoreng+ dicarik
  • Telur dadar,dihiris
  • Tauge,dicelur
  • 300g udang,dicelur
  • Telur rebus,dibelah 2 atau 4
  • Sambal belacan dan limau kasturi
Cara menyediakan sambal belacan:
Kisar(menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah+10 tangkai cili api(ikut tahap kepedasan masing2) bersama 3 sudu belacan dan sedikit garam..jika ingin menghasilkan sambal belacan lebih banyak,boleh menggunakan pengisar bahan basah..campurkan sedikit sahaja air,sekadar untuk menggerakkan mesin ye

Bahan2 kuah laksa:
  • 200g pes laksa sarawak
  • 2 liter air
  • 2 batang serai-ketuk
  • 200ml santan pekat
  • Garam n gula/perasa secukupnya
Cara menyediakan kuah laksa:
  1. Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
  2. Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah,santan,garam,gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.
Cara hidang :
  1. Masukkan bihun yang telah dicelur ke dalam mangkuk.
  2. Susun bahan2 aksesori laksa diatasnya
  3. Curahkan kuah laksa ke atas bahan dan mihun tadi.
  4. Makan dengan sambal belacan serta perahan limau,gerenti syiokkk!
Boleh juga layari resepi laksa sarawak kat SINI

Selamat mencuba!



Tuesday, August 23, 2011

Nasi Beriani Ayam Goreng

Salamm..dah raya ke belom??

Fuyooo...masing2 sebuk entri pasal raya kan....tayang beskut sana sini....meriah la raya korang kan..ni belog hijau ni pulak pesal takde upload biskut2 ni??
Sebab aku tak buat agi.Haha.

Kerja seperti biasa..demi mencari rezeki untuk beli baju raya....(sedey lak ni)..
Seronok tengok bebudak,beriya je mak bapak diorang belikan baju raya...tapi tidak pada aku...kena beli baju sendiri.Ehh,rasa cam budak lak...hihi

Okeh la..kek lapis?biskut raya?air sirap??nanti2 kita upload.....
Sekarang ni nak tunjuk la nasi beriani ni sikit...kali ni buat sendiri taw...tapi dengan bantuan serbuk beriani paket Maggi.Haha..nak wat rempah sendiri belom reti lagi..

Nasi Beriani Ayam Goreng

Wallahh!!

sedap...sedap dan sedap....

Beli beras basmathi ni dah sebulan lepas dah...tapi nak membuat tu yang malas...aku memang suka dan febret terhadap nasi beriani ni...masa gi Korea hari tu,makan la kat restoran Pakistan,perghhh!memang sedap beriani + ayam masala dia...sampai sekarang masih rindu lagi dengan nasi tu...kalau korang nak rasa,pegi la kat Usmania Restoran,di kawasan Itaewon.Memang sedap.......ahh...sedap la!

Konon nak wat la beriani ala2 gitu,tapi sebab malas nak masak ayam masala...aku goreng ayam segera jenama Ayamas je.haha..(memang betul malas la kan)..

Nak resepi??jommm cedok..

Nasi Beriani Ayam Goreng
by:ryo@ryoazhar.blogspot.com


Bahan:
  • 2 cawan beras basmathi,dicuci
  • 1 ulas bawang putih,dihiris
  • 2 tbs minyak sapi
  • 2 cawan air
  • 200 g serbuk beriani Maggi
  • secubit garam
  • 50 g kismis/sultana
  • 1 tbs biji lada hitam
  • 1 tbs biji jintan putih
  • 5 ketul ayam goreng (drummet) Ayamas

Caranya:
  1. Cairkan minyak sapi didalam periuk,tumiskan bawang putih
  2. Masukkan serbuk beriani,kacau sebati
  3. Kemudian masukkan beras basmathi,air dan garam
  4. Biarkan hingga masak,gemburkan nasi bersama lada hitam,jintan putih dan kismis.
  5. Hidang bersama ayam goreng,acar rampai dan telur masak merah.*optional.


Selamat mencuba!!!

:)




Friday, August 19, 2011

Vanilla Muffin dengan Coklat Cadbury

Salam Ramadhan sekali lagi..
Bersua kita untuk entry seterusnya,
Tiada entri sehari dua,bukan beerti laman belog hijau ini terus dilupa..
Jauh sekali melupakan anda semua.cheywaahh!

Tapi,kekangan yang berlaku selama 2 hari amat perit dirasakan.Tetiba talian internet seakan terganggu,bukan disebabkan gangguan jin serta makhluk halus (sebab diorang kan kena ikat bulan ramadhan ni kan..hihi)..mungkin gangguan berlaku selepas ribut kuat melanda daerah ini beberapa hari yang lepas.erm..

Takpelah,gigih jugak nak share entri ni ha..muffin vanila yang aku cilok dari rumah Izahdaut,namun ku adaptasikan dengan 'menjatuhkan' sepetak coklat cadbury di atasnya.hihi..

Tengok ini...

Vanilla Muffin dengan coklat cadbury

sebelum dibakar..

Ting!dah masak dah..

Meh share resepi ini..(setelah dimodifikasi)

VANILLA MUFFIN + Coklat Cadbury

resepi asal: resipicitarasawan.blogspot.com/2010/10/vanilla-muffins
sumber : Izahdaut
shared by : Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 125 gm mentega di cairkan
  • 150 gm gula kaster
  • 2 biji telur
  • 250 gm tepung kek / tepung serbaguna
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • secubit garam
  • 70 gm susu segar
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1 bar coklat cadbury *optional
Cara Membuatnya :
1. Satukan telur, esen vanila dan gula, pukul menggunakan hand whisk hingga sebati.
2. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam, kaup balikkan ke dalam adunan telur berselang-seli dengan susu sambil digaul rata.
3. Akhir sekali masukkan mentega cair, gaul hingga rata.
4. Letakkan coklat cadbury di atasnya.
5. Bakar di rak atas pada suhu 180 darjah celcius selama 20-25 minit atau hingga masak

Terima kasih ye kak Izahdaut!...

Resepi asal, KLIK SINI.

Selamat mencuba ...



Tuesday, August 16, 2011

Alamak!lagu raya??

Wallawey........

Dah 16 Ramdhan dah kan..(amboih,nampak cam menghitung hari je aku..segan.)

Hari ni macam biasa,kerja..sambil dengar radio online.Bukak satu channel,lagu raya....bukak chanel satu lagi....Arrr.lagu raya jugak.

Ye tak ye...dua minggu lagi nak raya kan...tip tap2 tip tap2 ketuk calculator nak kira bajet kunun.....okeh,dapat bajet sekian sekian.Harap boleh pakai la bajet raya taun ni..

Baju raya pulak entah apa khabar nya.siap ke tak siap...nak beli,serik!
Tapi macam nak carik jugak untuk spare.Haha..Songkok?Tahun ni nak songkok lebih tinggi...nampak cantik!Yeay!

Yang penting...nak tadah tangan mintak duet raya kat korang boleh tak??haha..

Hmm,balik kepada dengar lagu raya,sebak wo.Tahun ni aku duty kat rtm di pagi raya....tak sempat nak balik kampung beraya bersama keluarga la nampaknya...
(sebenarnya,kampung aku cuma 5 minit je dari opis ni ha...lalalaa)

Salam nak raya untuk semua!


Monday, August 15, 2011

Puding Cendol

Wallaweyyy.....dah tengahari dah ni....
Kalau bukan di bulan puasa,dah pecut ke gerai cendol/abc dah ni...huhu..

Apa juadah korang petang ni hah??jgn berbuka dengan mengorek idung je sudah lah ye....
Sekurang2nya ada la air sirap ke...korma ke...longan ke...laici ke...aiskrim ke...kuey tiaw ke...nasi kerabu ke...(wow!)...........

Alamak.alamk.takmo imagine lelebih...ni nak share dari dapur sekali lagi..kali ni wat puding cendol,cilok resepi dari rumah Kak Nor lagi...yelaaa,since kak Nor pindah rumah banglo ni...dah tentu nampak bumbung rumah dia dulu...singgah la kejap kot kot terbukak pintu dapur serta pintu hati untuk bagi det raya kat anak bujang ni kan..(amacam,simpati takk??)

Nak resepi yang aku cilok, klik sini.

Tengok dulu..

Puding Cendol

kurang santek!...

..tapi rasa tetap sedap..

mmmm....

TAPI kan..aku pelik la...napa puding cendol aku tak cantek macam yang kak nor wat tu??Hik hik...kesimpulan yang aku buat;

1. Mungkin silap aku terlebih letak cendol
2. Silap pembuat cendol tu sebab warna hijau dia mudah luntur dan meresap kedalam pati
santan.
3.Silap aku la beli kat orang tu....
4.Aku yang tak pandai buat??

hahaa....tak pe,korang nak cuba...tengok respi bawah ni.

PUDING CENDOL
resipi :Ogy@Tuntung15
sumber : K.Nor@SecubitGaram
shared by : Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )
  • Bagi Lapisan Bawah
  • 500ml air
  • 180gm gula pasir
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 500gm cendol
  • sedikit garam
Bagi Lapisan Atas
  • 500ml air
  • 200gm gula merah ~ k.nor guna campuran nisan dan gula merah
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 1 biji kuning telur *ryo tak letak
  • sedikit garam

Bagi Lapisan Bawah

  1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
  3. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan.

Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastik (saiz plastik mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

Bagi Lapisan Atas
  1. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
  2. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
  3. Kocok kuning telur didalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejap. Padamkan api.
Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan dibahagian tepi loyang. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

Tips2 Kak nor ni semua aku pakai,cuma aku x bubuh telur la...hihi.

Selamat mencuba!



Selamat pagi Isnin!yeay!

Salam pagi Isnin....
wow..hari ni dah 15 Ogos 2011,bersamaan 15 ramadhan 1432H dah kan...dah separuh perjalanan bulan Ramadhan kita lalui....mungkin ada yang x berjalan,naik speedboat la kut.hihi..

Malam tadi tido punyer sedap,nak bersahur pun liat je rasanya..gosok gigi je,malas nak basuh muka.Nanti kalo basuh muka,hilang feel tido dah...9poyo tak)..4.30 am,ryo bersahur seperti biasa,dengan buah pisang je..Biasa ambik 2 biji pisang,tapi pagi tadi sebab malas nak kunyah,ambik sebiji je...pastu minum 2 gelas air kosong..Ok dah,tido balik........

Sekali lagi malas,peluk2 bantal sambil berfikir...(apesal laa pagi Isnin ni yang sejuk dan bukan hari sabtu atau ahad)..kalau ikutkan,nak je aku cuti..haiyo...
Lepas menggeliat baru rasa sedap sikit,g mandi dan bersiap gi opis....
Opp..oppp....tanggungjawab hampir terlupa.Gi bagi makan anak2 kecik tuh...

Mochi...masa untuk makan ubat ye....nganga dan ngap,telan antibiotik dan sejenis lagi ubat yang aku pun dah lupa nama ubat tu...
Sampai opis dan.........bekerja....

Dah dah....takat ni dulu

Sunday, August 14, 2011

Sigtune hilang....

Salam semua..

Kali ni entri luahan perasaan ni ha..boleh tak aku tulis kat sini??
Alaa..aku tulis je lah ye kat kapet ni.huuu

Ni kisah masa duty hari ni...yelaaa..kan ke pernah bagitau sebelum ni wat partime kat RTM kan...
Nak story la ni..tapi sikit je taw..malam ni sejuk lak,rugi kalo lengah2kan tido.kang habis pulak sejuk tu.haha....(apedaaa..)

Tadi sampai konti,semangat nak mulakan siaran seperti biasa...Rutin sebelum on air,kena prepare lagu n sigtune.Sigtune tu menda???
Sigtune tu nama penuhnya 'Signature Tune'..muzik latar yang dj2 radio gunakan semasa sedang keudara...Bila dengar muzik tu kira pendengar dah tau la siapa dj yang duty kan....

Tapi kan,tetiba tadi sigtune yang aku biasa pakai,tetiba lesap dari sistem....siaran berita masih ada lagi 2 minit sebelum aku on air..Alamak..alamak...camne nih xde sigtune.haduyaiii........Cuak!Akhirnya terpaksa la guna sigtune ntah sape ntah........so,rasa kurang best la sebab kena pinjam orang lain nyer sigtune.huhuhu...sedey...tapi tetap maintain untuk bertugas selama 3 jam tadi..hihi..

Haaa..sebelum ni ingat senang je keja dalam konti kan,tp bila dah rasa sendiri memang seronok...kena alert dengan benda2 yang x dijangka akan berlaku.

Moral of the story...jangan berumah ditepi pantai kalau takut dilambung ombak....(eh,x kena ke...)

Mamai :)

:)

Mochi jumpa Dr. Benni..

Salam hujung minggu....

Apa khabar kengkawan???wahaha...skemarism ayat itu..
Tapi takpe lah kan....sebagai rekod,sebenarnya entri ni sepatutnya keluar malam tadi..tapi tak tau la camne leh terjadi....button 'publish post' x sempat nak tekan.tekapai2 je aku,terus belayar menidurkan diri.....ehehs..kira tak sengaja lah tu kan..

Kali ni nak share bukan pasal makanan haaa...ni nak share sikit aktiviti semalam,hari Sabtu.Dah menjadi tanggungjawab la kan....hantar anak kecik no.2 ni gi klinik jumpa doktor dia..(Apeee??engat sis HaSue n Kak Rosaliza jerrr leh update anak2 diorang ke??)hahaha....aku boley gak..x mo kalah ni..cuma anak yang aku tunjuk ni lain laa sifatnya kan...hihi.Korang ingat tak ngan Mochi??

Ni haa..anak kuceng yang sis aku penah publish kan dulu.. Klik Sini .Mochi namanya..kalau nak letak fullname, Mochi Nur Zara....Amacam?okey tak??haha..so,terjawab la teka teki bahawa kuceng aku ni betina kan...Sekarang ni dah besar sikit dah..bulu pun makin gebusss.....since penjaganya (adik haku) takde ni...aku kenalah bahagi masa nak melayan diorang 3 ekor nih..kali ni biar Mochi je masuk blog ye...yang lain tunggu turn..(Ah sudah,saat ini aku duk tiarap sambil tulis entri,si Mochi datang dengan senyuman lalu bersantai kat belakang aku....)mm...

Dalam minggu ni Mochi agak kurang sehat,gatal-gatal....asyik mengadu je...jadi aku pun pujuk la dia suh tunggu weekend,baru 'papa' ada masa bawak g jumpa veterinar ye nakk...Ahaks...So semalam seperti yang dijanjikan,bawak la dia pegi...kali ni,naik keta akak aku la....

Sepanjang perjalanan,Mochi duduk je atas 'armrest' kat keta tu....x banyak songeh pun....

Dah sampai kat klinik..

Lama nyer doktor ni...

Usia si Mochi ni 5 bulan lebih...dah nak masuk 6 bulan...Berat badan dia dah 2 kg...

Dr.Denni sedang periksa si Mochi..

Bila aku explain kat doktor tentang masalah si Mochi ni,dia periksa balik la keadaan dia...katanya Mochi ni ada jangkitan 'flea',sejenis parasit yang makan darah haiwan ni...Kalau pada manusia,kira macam denggi la...Owh,kesian si Mochi.....lalu diberi ubat kat dia..

Ngaaa....makan ubat ye

Doktor tu bagi la ubat suntikan kat kulitnya,pastu ada antibiotik dan ubat tahan gatal serta ubat telinga sekali..Total RM100.00......then,aku jenjalan jap masuk kedai sebelah,nampak laaa 'pet kargo',harganya RM55.lebih murah dari satu kedai yang aku penah tengok hari tu..terus la aku belikan.Mana tau satu hari nanti aku malas nak dukung Mochi macam hari ni,aku bawak guna kargo tu je lah.hihihi......


Tido..ZZzzzzZzz

Mochi tak banyak meragam,lepas makan ubat dan ondaway balik..Mochi ni terus gulungkan diri dia ni ha.........agaknya mengantuk sebab ubat tu kot...sempat kitorang singgah bazaar ramadhan lebih kurang 30minit,Mochi masih lena tidur sampai ke rumah....Bila nak kejutkan,liat pulak dia bangun.haha.......

Moga Mochi sembuh la dan aktif macam biasa...:)


opss..nak income sambil online??try klik sini...

Thursday, August 11, 2011

Ikan Terubuk Bakar!!!

Salam....

Hah!posa tak??posa tak???Berani tak layan entri ni??tahan-tahankan la iman yer...
Bertemu lagi kita pada entri bersempena 11 Ogos,11 Ramadhan tahun 2011/1432H ni yer...hehe.

Kali ni nak kongsi juadah berbuka petang semalam...yelah,kebetulan ada je yang rajin bertanya apa juadah berbuka kan...tak salah juga aku berkongsi....Kalau siang-siang gini,harap2 tahan la sikit iman didada tu ye...semalam,menu utama aku Ikan Terubuk bakar...memang tiptop bagi penggemar ikan macam aku ni ha...

Dah lama intai2 ikan terubuk segar camni...dah sebulan balik duk tanya2 kat Kak Jura,(opismate)pasal ikan terubuk ni ha...kebetulan dia duk kat area yang membekalkan ikan-ikan segar,selain tu jugak familynya kadang-kadang gi ke laut untuk tangkap ikan..masa gi rumah sis HaSue ari tu aku dah merasa ikan terubuk segar ni masak kukus...mmg tiptop jugak(Izahdaut,ko jeles tak??)..tapi..aku nak lagi dan lagii....hahahaha

Syukur laaa,rezeki bulan ramadhan...semalam Kak Jura bagitau kat aku family dia dapat ikan terubuk...RM35 sekilo katanya...Ahhh..ape lagi,aku kalo dah nak...aku nak jugak!Ambik 3 ekor.nak yang besar2 tawwwwwww.....
Jeng3....dapat la 3 ekor seperti yang diidamkan..kira punya kira,1 kg lebeyy....RM63.Pastu dapat diskaun lagiii.....Fuhhh...Terima kasih banyak ye Kak Jura!!

Taraaaa!!!

Ikan Terubuk Bakar

1,2,3 ekor!

Semalam aku masak yang nombor 2 tu la...memang nak masak atas 'grilled pan' ala sempoi gitu je..takmo rempah2...(teringat masakan 'bekas bakal mertua' masa duk study dulu..opss)

Bakar hingga masak...

Masak gini je...baringkan atas grilled pan yang dioles sedikit minyak haa...


Tomatoes...
Bila ikan dah masak,angkat dan letak kat piring,kemudian tu goreng sikit tomato (kalau suka la..)..kejap je tau...hehe

Siap dahh...

Terubuk Bakar & Air Asam..Pergghhh!

Memang kecur liur la nengok kan...apakata korang try test pulak...ni makan dengan nasi panas-panas memang syokkk ni.Cicah pulak dengan air asam camni...fuhhh!
Sebelum masak ikan ni,jangan lupa tarik!supaya tulangnya tak selerak sangat...

Meh ushar bahan2 simple ni..


Ikan Terubuk Bakar (cicah Air Asam)
by:Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan:
  • 1 ekor Ikan Terubuk
  • Sedikit minyak untuk membakar
Caranya :
  1. Bersihkan ikan ,tak perlu buang sisiknya.(Nak potong dua pun boleh)
  2. Panaskan 'grilled pan', letakkan sedikit minyak. (Kalau takda 'grilled pan',boleh guna kuali.)
  3. Letakkan ikan, kemudian tutup dengan tudung kuali,biarkan seketika.
  4. Pastikan grilled pan tak kering...basahi dgn sedikit minyak lagi.
  5. Terbalikkan ikan tu...kemudian biar hingga masak.. (Masa untuk ikan ni masak dalam 20-25 minit je...bergantung pada saiz ikan kottt..)
  6. Kalau suka,potongkan buah tomato(optional) dan goreng kejap kat atas 'grilled pan' tu tadi.
  7. Dah masak,siap ler tuhh.
*Kenapa x pakai garam??Sebab ikan ni jenis ikan laut....lebih enak tanpa garam..

Nak buat air asam pulak??

Bahan:
  • 10 tangkai cili padi*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1oo ml kicap masin/manis
  • Limau kasturi/limau nipis

Caranya:
  1. Potong kecil bahan yang bertanda
  2. Campurkan ke dalam kicap
  3. Perahkan jus limau.
  4. Siap untuk dihidangkan
*Kenapa xde bahan perasa??Sebab kicap tu dah ada rasa..hehe


Selamat mencuba!!!!Selamat menjamu mata....

Wednesday, August 10, 2011

Ayam Goreng Berempah

Salam...

Hihi..mesti korang terkejut jap tengok tingkap kan,tetiba belog aku muncul wat entri baru.....kikiki...

Memang melampau la aku rasakan kemalasan kali ni...nak kata letih berpuasa,kang korang labelkan aku cam bebudak ler pulak kan.Haha...siyesly...memang malas aku nak wat entri semenjak dua menjak ni taw..camna tuh??

Okey la..malas nak menaip lebih2..sekadar pembuka untuk come back aku kali nih...(dah brapa kali come back daaa....)

Kali ni aku tak pergi jauh,cukup la aku curik resepi kat rumah sis HaSue aku tu ha....kebetulan dia sibuk duk mandikan Zhariff,aku masuk ikut pintu depan la...(nak masuk ikut pintu dapur,kunci tak repair lagi yer tak sis??)..

Khabarnya GMM semua demam Cajun tempohari,aku nak kidnap la sekali...tapi rupanya cajun kesayangan beliau tu dibawak sekali ke bilik mandi....adoyaii..memang berharga la menda cajun tu ye.Tapi takpe...aku dapat gak resepi Ayam Goreng berempah ni ha..boleh gak buat juadah berbuka semalam....mentang aritu sis aku sempat gorengkan,balik keja semalam aku nak test try la jugak. :)

Ayam Goreng Berempah

yummy....

mmmm..wordless..

Kalo dah cilok resepi,mesti nak paste kat sini jugak kan...


Ayam Goreng Berempah
by:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
shared by: Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2:
  • 6-8 ketul chicken wings-potong 2,bersihkan dan toskan*Ryo pakai 2 ketul paha ayam,dipotong
  • 1 cm halia*
  • 4 ulas bawang merah-potong dadu*
  • 4 ulas bawang putih-potong 2*
  • 3 batang serai-potong bulat*
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu*
  • Kunyit hidup/serbuk kunyit
  • 2 sudu mkn sos cili
  • Garam dan serbuk perasa(optional) secukupnya
Cara2:
  1. Masukkan bahan2 bertanda * ke dalam pengisar bahan kering,kisar sehingga lumat. Kalau tak ada pengisar tumbuk menggunakan lesung batu sehingga lumat-jika menggunakan kunyit segar hendaklah ditumbuk dengan lesung batu untuk mengelakkan kesan kuning pada pengisar..
  2. Gaul ayam bersama bahan2 yang dikisar tadi dan tambahkan sos cili serta bahan2 perasa-garam dan serbuk perasa(jika mahu)
  3. Perap didalam bekas tertutup dan diletakkan dalam peti sejuk..
  4. Adalah disyorkan perap ayam sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng agar rempahnya bergaul mesra bersama ayam tadi..semakin lama diperap,semakinnn enak!
Semalam sempat buat sambal penyet untuk cicah makan ayam ni...perghhh!memang sedap la...insyaAllah,next time kongsi sambal penyet pulak ye. :)

Nak resepi yang aku copy tu??Klik Sini

**Kali ni Ryo buang je kulit dan lemak ayam tu...hehe...Kurang nampak berkilat lak ayam ni kan??

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan ..

Salam...selamat pagi...
Wahhh..hampir seminggu dah tak update.Ramadhan pun telah melabuh tirainya kan...
Hah!tu tu....wat per tuh duk sorang kat meja makan tu...dah imsak la weyyy.....telan cepat2 nasik tu.Dah kul 8 pagi dah ni.Haishhh....

Sibuk dua tiga menjak ni...kalau yang jauh memang tak x perasan,tapi kalau rakan terdekat kompom paham apa yang berlaku.ngeeee....malam tadi pun baru balik dari rumah sis HaSue aku kat Mukah tu haaa....kat sana dapat la aku melantak ikan terubuk dan laksa sarawak.Sama cam tayangan2 yang telah dibuatnya.Hiksss....

Sempena ramadhan ni lagi laaa berat rasa nak upload entri2 makanan ni ha...tak pasal2 ada yang jilat skrin komputer.Aku sendiri pun tak berani nak jenguk rumah Izah Daut, sis HaSue, kak Rosaliza...Takut lak terbatal puasa aku nanti bila termakan hidangan2 atas meja tu ha.....Tapikan,tadi jenguk2 je dari tingkap, rumah banglo baru Kak Nor.Fuhhh....dari jauh masih bau cat 'nippon paint' lagi.(terbayang lak iklan bola warna cat yang gelek2 badan kat dinding tu)..Bukan tu saje..siap ada fresh flower hasil deco bersama eric.huhu...yeayy..Kak nor melangkah lebih jauh....rumah banglo full furnished.heheTahniha Kak Nor.

Segan nak cakap,tadi kan...jenguk rumah IzahDaut,tapi sebab aku lambat sangat sampai ke sana..dah habis dah mapin yang dibeli dari google tu..alaaaa,yang dibeli sempena follower beriban2 tu la kan.hik hik....Tahniah Kak Nor & Izah Daut.

Ermmm...mode tengah geram ada jugak ni.Memory kad aku rosak.habis semua gegambar dalam tu hilang entah ke mana.Gegamba kat Sabah,sikit je yang selamat.gegamba kat kuching pulak memang hilang terussss......penat je posing kan.Sempena bulan ramadhan ni,korang doa2 la memory kad tu sembuh balik ye..

Oh yaa,tadi aku semak balik jadual tugas konti.Kalau ikut jadual,aku kerja di pagi hari raya.hahahahahahahaha....beraya di konti??seram seram......

Selamat berpuasa :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...