The Followers

Monday, September 26, 2011

Sayur Bayam Simple

Salam Isnin lagi,versi malam pulak ye..

Dah dinner ke?
Dah masak ke belom ni?alahai,dari tadi ngadap lappy sampai x makan pulak??
Kalau yang bujang tu kot2 dah ada yg menyuap maggi sebentar tadi kan..(mandai je aku..),tapi ramai orang2 bujang yang hebat memasak sekaran ni taw.Kekedai mamak pun kurang customer la nampaknya.

Kalau sesuri rumah lak pasti masak yang best2 untuk sesuami diorang.huhu...
Aku kira bujang la jugak kan..(mmg bujang pun:bajet iklan)
Sebab tu masak pun nak yang simple je.

Pernah makan sayur bayam?Ni ha..dalam bahasa omputehnya 'SPINACH'..Eleh,sebut spinach terus teringat kat Popeye the sailor man kan??Haaa.kalau nak kuat cam popeye kena lah makan bayam banyak2..(aik,cam pujuk bebudak lak)

Sayur Bayam

Setakat ni aku cuma pernah makan sayur bayam gi masak tumis gini je la....tak pernah pulak jumpa sayur bayam masak kari,masak korma atau sweet & sour.Napa nak susah2 kan,sayur2 hijau gini sedap kalau ditumis dan buat sup sayur je lah.Lain2 belom try lagi...hihi.Cara masak sama macam masak tumis sayur sawi ari tu.Masak sayur kangkung pun camni.Kali ni tak mau pedas sangat,ala2 chinese gituh!Pedas pun lite2 je..


Sayur Bayam Simple (Masak Tumis)
by:ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan nya ringkas:
  • 1 ikat sayur bayam, dipotong & bersihkan
  • 1 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 tangkai cili merah*
  • 1 inci belacan *optional
  • Segenggam ikan bilis*
  • Secubit garam dan serbuk perasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Caranya mudah je :
  1. Tumbuk bahan bertanda,tumis hingga naik bau
  2. Masukkan sayur bayam yang telah dibersih/ditoskan
  3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  4. Kacau hingga daun nampak layu,padamkan api
  5. Ehhh!dah siappp!!!!

*Biasanya kalau dah guna belacan/ikan bilis,ryo tak guna banyak garam sebab belacan& ikan bilis tu dah ada rasa masin.
*Masak sayur berdaun hijau camni elok masak kejap dan jangan sampai berubah warnanya.Tak sedap!Dah nak makan baru masak...segar rasanya.(Masak sayur ni tak perlu lama...hehe)


Selamat menumis!

:)

6 comments:

Mas said...

wahh..ni sayur peberet kak mas tau..
makan ngan ikan goreng dan sambal belacan...perhhhh
selain buat tumis bayam ni..rto try masak bayam lemak putih..
sedapp gak tau..

Ryo Azhar Rahza said...

@Mas
wah.tak sangka ada rakan 'sefebretan' dgn ku...sedap ke bayam lemak putih??
nak trylahhhhh!

Ummi said...

Assalamualaikum Ryo...waaahh sayur bayam, sedap dihirup kuah, diratah sayurnya begitu jerk...agak2 boleh kurus kot makan ni jerk...tp kuat mcm Popeye bila wat keje rumah nnt...hehe

Ryo Azhar Rahza said...

@Ummi
wsalam kak ummi,hihi..sayur bayam ni simple.nak buat pun x perlu nak buang itu ini.petik2 daunnya je....kalau dah kuat nanti senang wat keja kan.hihi.

Anonymous said...

pandai masak ...my favourite nih..

Saffa Adiza said...

Thank u for this info.. hari ni baru nak masak nayam..2st time..hehe.. new blogger,ada masa jenguk2lah blog saya yea..

www.miyamimayuko.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...