The Followers

Friday, September 30, 2011

Tumis Labu Kuning

Selamat malam semua ...

Buat apa tu?
Ada yang dah tidor agak nya yer...dah kenyang la nampak gayanya...
Malam ni lambat sikit nak bersiaran.Rasa sakit2 pulak kepala ni..penat agaknya kan.hihi..

Siang tadi seronok sembang2 ngan hakak2 GMM (Geng Masak2) dalam fb aku...sambil wat keje tu jeling2 ke wall,gelak sendiri dibuat nya.

Ok,kali ni aku nak wat entry tentang gulai labu ni pulak...Oppps...nampaknya kak Izah dah terjaga balik bila cakap soal labu ni.sensitip sungguh!
Labu ni tadi dia yang baling kat aku ha..dah dapat tu terus la aku masak....wakakakak...

Kak Izah,betul la....labu ler nih...bukan nenas atau mangga taw!Ni aku masak siap2 untuk ko nih..(padahal ni menu hujung minggu lepas...ahaks.)

Tumis Labu Kuning

Lembut dan halus je rasa isinya...


Selain masak tumis gini,labu kuning boleh jugak buat bingka,pengat,kek, atau bubur labu...

Sebab malas nak naip resepi,aku copy paste je resepi akak aku lah ye....lebih kurang je pun.Hihi...


Tumis Labu Kuning
by :ryo@ryoazhar.blogspot.com
sumber : sis HaSue

Bahan2:
  • 200g labu kuning-x kisah yg tua atau muda,yg tua lg lemak ler..>Kupas dan dipotong dadu kecil
  • 1 tangkai cili merah*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1-2 ulas bawang putih*
  • Segenggam udang kering/ikan bilis* -juga boleh ganti udang segar dikupas kulitnya
  • 1/2 sudu makan belacan*
  • Perasa-garam,pak aji dan sedikit gula(jika perlu)-ryo tak letak gula.
  • minyak untuk menumis
Cara2:
  1. Bahan2 bertanda * ditumbuk lumat atau dikisar bersama menggunakan pengisar bahan kering
  2. Panaskan sedikit minyak(dalam 1/3 cawan),tumis bahan2 yg ditumbuk tadi sehingga naik bau
  3. Masukkan labu yg sudah dipotong dadu kecil dan dicuci bersih,gaul sebati..perlahankan sedikit api
  4. Kacau lagi jika perlu sehingga lagu kelihatan sedikit lembut dibahagian tepinya.
  5. Tambah air sehingga menenggelami labu dan tutup periuk.
  6. Setelah labu empuk(jika belum,tambahkan lagi air),perasakan dengan garam,serbuk perasa. Jika labu tidak manis langsung,letakkan secubit gula.
  7. Padamkan api setelah semuanya serasi dan labu benar2 lembut.

Selamat mencuba!

Sambal Petai Tumis Belacan

Salam Jumaat,
..Penghulu segala hari.Moga kita semua mendapat keberkatanNya ya.

Bersiaran sebelah petang sikit hari ni.Sebelah pagi tadi ada beberapa benda nak dikerjakan.Jap lagi balik ke opis nak wat surat berkenaan bil perkhidmatan internet sekolah yang tak sampai2..Lepas balik keja petang nanti pulak nak pecut ke RTM,ambik duty roster bagi bulan Oktober...Aiseyy

Dah lunch ke belom?Malas nak masak ke??pegi tangkap ayam kat KFC je lah ye.

Petai, itu la menu nak tayang kali ni.
Ada yang x pandai makan petai,ada jugak yang ngengada cakap x pandai makan petai tapi kat rumah hari2 dia makan petai kan.Nasib la petai ni aku masih boleh telan lagi,ikan keli...huhu..tolak tepi sikit ye. (Sian keli,x pasal2 aku heret masuk dalam ceritera petang ni kan)

Sambal Petai Tumis Belacan

Petai ni sedap buat sambal.
Tak kisah la sambal udang ke,sambal tempoyak ke.Tapi kali ni sambal tumis ngan belacan dan ikan bilis.Bagi pesakit resdung,x yah la letak belacan ye.gatal lak hidung tu nanti.huhu..
Susah nak dapat petai??x yah susah2 nak panjat..beli je.haha....

Kalau sebelum ni,petai ni aku kupas dulu sebiji2,pastu baru aku kopek kulit putih nya kat dalam tu.Tapi kali ni nak cepat je.Terus belah 2,dan keluarkan isinya.Itulah cara nak bukak petai paling senang....hahaha.Tumbuk dan tumis sambal,dan siap..senang je kan.Jom buat sama2...

Sambal Petai Tumis Belacan
by:ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2:
  • 5 papan petai,setiap biji dibelah 2 dan keluarkan isinya.
  • 1 tbs belacan*
  • 1 genggam ikan bilis*
  • 2 tangkai cili merah*
  • secubit garam dan serbuk perasa,jika perlu
  • sedikit minyak untuk menumis

Caranya :
  1. Tumbuk bahan bertanda hingga lumat,tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan petai,kacau sebati
  3. Tambah sedikit garam dan serbuk perasa jika perlu. (Ryo letak secubit je sebab ikan bilis & belacan tu dah ada rasa masin2 sikit kan.)
  4. Kacau sebati dalam 3 minit.
  5. Dah siap,padamkan api.
Hidangkan dengan nasi, selamat menjamu selera.

Selamat mencuba!

:)

Thursday, September 29, 2011

Homemade Choco Chocolates

Yeay!dah tengahari..

Salam tengahari pulak,dah lunch ke...
Sedar tak sedar,Syawal berlalu...tiba pula Zulkaedah bersama kita lalui.
Selamat menunaikan ibadah haji bagi jemaah pertama yang bertolak hari ni...

Tadi jenjalan kejap singgah ke belog rerakan blogger yang lain.Penat panjat rumah diorang yang tinggi2 belaka taw...ingatkan nak kutip labu,rupanya tuan rumah tingkat 17, kak Izahdaut dah siap sorok labu2nya tuh.

Okeh,kali ni nak tayang cokelat!
Kebetulan lalu rumah sis HaSue tadi tayang kek Coklat Lembap kan.huhu.mementang internet beliau selalu lembap,kek coklat pun terkena tempiassss.hihi

Taraaaa!!!

C.O.K.L.A.T

Homemade Chocolates (Ferrero Ryo's)

Firstime wat coklat sendiri kat rumah ni...kebetulan merayau dalam bakery shop arituh..teserempak dengan choc mould nih!Dia yang menyapa aku dulu,jadi aku bawak la balik rumah.Boleh la buat chocolate brand Ferrero Ryo!hahahaha....

Guna Dark & White chocolate compound

Nak buat choc ni kena ada chocolate compound jugak.Nak guna cooking chocolate pun boleh juga.Kita cuma acuan kan balik je pun.Nak tambah filing,lagi best.

Ferrero Ryo's .. ahaks!ko ader?

Sebenarnya banyak lagi corak mould ni.Aku beli sekeping je.Dalam sekeping tu ada dua corak dan banyak2 lubang.Cuma masukkan coklat ke dalam tu je.Simple.

versi marble pun ade...

Next time nak buat lagi.sesuai la kalo nak hadiahkan kat kengkawan atau sebagai manisan untuk majlis keramaian.Comel je..

Nak try buat gak ke?jom cuba...

Homemade Choco Chocolates (Ferrero Ryo's)
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan :
  • Chocolate compound secukupnya (Dark/White)
  • Choc Mould.(acuan)
  • Almond/Peanut/hazeknut *optional,kalau nak letak filing
Caranya :
  1. Cairkan chocolate compound dengan kaedah double boiler.Biar sejuk kejap.
  2. Masukkan ke dalam piping bag,*hati2 ye..panas lg tu.
  3. Picit ke dalam acuan coklat tadi.Nak masukkan filing boleh,x letak pun takpe
  4. Kalau guna white choc tu,boleh warnakan ikut kesukaan la.
  5. Biar sejuk,masukkan ke dalam peti sejuk.
  6. Dah siap!
Selamat mencuba !

Vanilla Cupcakes

Salam pagi!

Hari Khamis,nampak segak dan anggun je anda berbaju batik ye...tahniah.
Dah sarap?
Haaa..yang duk kat rumah tu,berkemban lagi ke??owh,baru nak mandi rupanya...

Pagi ni malas nak memperbanyakkan percakapan.hihi...cukuplah sekadar seuntai kata untuk dirasa..ahaks

Aktiviti hari Isnin yang lalu...waktu tu aku ambik cuti rehat.Rasa mengantuk dan takut menjejaskan mood untuk bekerja.Hari Isnin memang lemau nak g keja kan.ngaku je laa......
Tapi sebenarnya aku dah bangun kul 4 pagi untuk wat deco cuppies ni!...Kek nya pulak dah disiapkan malam tu jugak...Tengah malam baru siap,tuk tak tuk tak...tido dalam 3 jam lebey je.Awal pagi buat buttercream & deconya...pukul 7 pagi dah siap semuanya.Siang tu x de lah rehat pun..duk merayau jelajah ke shopping mall.Haha...

oklah,tengok je k...

Cupcakes Delivery ..ahaks

Tempahan ni dibuat oleh guru Prasekolah untuk sambutan hari lahir murid2nya...nak bagi sorang satu lah kan.Ada 3 buah kelas pra,selebihnya buat untuk cecekgunya.

Simple Deco je...

Deco simple je,sebab request nak letak nama sorang2...kalau crowded sangat,x cantik lah kan.Hihi...

Vanilla cuppies,tapi filling nya strawbery.hihi

Cuppies ni 90 biji kesemuanya..Cakenya buat perisa vanilla,tapi filing tu aku letak perisa strawbery.Kira ada 2 perisa lah ni kan...

Destinasinya, SK Bekenu ...

Destinasi dituju, SK Bekenu ...sekolah lama aku jugak.Cuma dulu aku kat bangunan lama..Yang ni bangunan baru....tetiba teringat zaman sekolah rendah.Ahaks...

Nak buat cuppies 90 biji ni aku pakai 4 adunan.Sebab biasanya nak buat 1 set (25 biji) tu kira 1 adunan la..

Nak cuba wat cuppies ni,meh try resepi...yang ni untuk 1 adunan (boleh hasilkan 25 biji),kalau nak buat banyak,gandakan adunan dan gandakan usaha .Ahaks

Vanilla Cupcakes
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :
  • 325 g butter
  • 1 1/2 gelas gula kastor
  • 5 biji telur
  • 3 gelas tepung naik sendiri/gandum
  • 1 tbs serbuk vanilla
  • 1 tbs serbuk penaik (baking powder) *kalau guna tepung gandum
  • filing strawbery secukupnya
Caranya :
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur,pukul lagi
  3. Masukkan tepung,serbuk vanila,serbuk penaik
  4. Gaul adunan hingga rata,kemudian masukkan dalam piping bag.
  5. Picit adunan kedalam bekas kek (cup),guna sudu pun boleh,separuh bekas.
  6. Masukkan filing strawbery,kemudian picit lagi adunan di atasnya
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'c selama 25-30 minit.
  8. Dah sejuk,boleh la hias dengan buttercream.
Nak buat buttercream,
  • 250 butter
  • 250g shortening/cremello
  • 125 gula aising/kastor
  1. Pukul butter dan shortening/cremello
  2. Ayak gula ke dalamnya dan pukul lagi hingga kembang
  3. Bahagikan adunan dan warna ikut kesukaan
  4. Masukkan dalam piping bag dan corakkan cuppies anda.
p/s : katanya tak mo banyak cakap,tapi berderet jugak ye..haha

Selamat mencuba :)

Wednesday, September 28, 2011

Chicken Pie ..lagi

Hallu..

Ada tak yang jenguk belog aku di saat ini? terima kasih daun keladi..
Maaf ye,x sempat nak prepare banyak benda ni..cuma sekeping gamba Chicken Pie untuk tatapa kalian.

Taraa!!Chicken Pie ni ditempah oleh guru Penolong Kanan kat sekolah aku sempena open house yang dibuatnya semalam.Terima kasih Puan Rahayu yang menjemput kami datang...TQ jugak sebab order CP nih... :) Senang je membuatnya ni...Sebelum ni pun aku penah share resepinya kan.Tak ingat? [Klik Sini]

Chicken Pie yang pasti sedap!

Hihi...takpe2,aku share lagi sekali kat sini.Ada kelainan sikit je....

Chicken Pie (Pai Ayam)
by:Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan;
  • 1kg kentang
  • 125 g butter
  • 1 gelas fresh milk
  • 200 gram daging/ayam cincang
  • 1 labu bawang besar *dipotong dadu
  • 3 ulas bawang merah *dihiris
  • 5 ulas bawang putih *dihiris
  • 1 tin button mushroom *dihiris
  • 2 batang celery *dipotong kecil
  • 1 batang carrot *dihiris
  • 4 keping cheese slice/ cheddar/mozarella cheese
  • 1 kiub ayam maggi
  • Secubit garam
  • Air untuk merebus
Caranya :

  1. Rebus kentang,biarkan masak.Sambil tu buat intinya...
  2. Buat inti : Tumis semua bawang sehingga naik bau.Kemudian masukkan daging/ayam cincang.Biarkan agak kering,masukkan button mushroom,celery dan carrot.Pecah-pecahkan kiub ayam maggi,..Kacau dan biarkan sehingga kering.
  3. Dah masak inti,ketepikan.Tos & lenyekkan kentang bersama butter,fresh milk dan masukkan secubit garam.
  4. Tuang inti ke dalam loyang/casserol/bekas aluminium.Kemudian lapiskan kentang yang telah dilenyek.Ratakan..kemudian koyak-koyakkan cheese slice dan parutkan cheddar cheese dan tabur juga mozarella di atasnya.*lagi banyak lagi sedapp!
  5. Ketuhar dipanaskan pada suhu 180'c selama 10 minit.Kemudian masukkan pie tadi,tambahkan lagi masa 20 minit..Gunakan api atas je.
  6. Bila cheese dah cair dan berwarna perang....masak ler tuh.
  7. Dah siap.
Boleh la korang masak untuk potluck,dan bawak ke opis!hihihi

Selamat mencuba

:)

Kisah semalam : Blackviper terluka

Selamat petang...

Petang2 gini mesti penat bekerja kan,tak kurang yang penat keluar masuk kelas,attend kursus atau pun uruskan perihal rumah tangga..

Dah urus diri ke?maksudnya bukan ler nak kata korang ni tak terurus....hihi..dah mandi ke?solat ke?makan malam ke?pegi massage2 ke?siram pokok bunga ke....masak2 ke....
Tak pun ada yang bersiap nak gi dating ngan pepakwe dan aweks memasing kan...Hepp!Darah muda ler tuh.

Anyway,sebelum gerak keluar rumah...kena check dulu kondisi kenderaan korang taw.Tak kisah ler nak keluar naek keta mahupun motorsikal.Ada yang naek lrt/erl tu..penat pulak kalau nak periksa gerabak kan.haha...

Ok,nak share lah sikit...kisah benar.Benar2 berlaku..
Kali ni bukan ttg makanan.Bukan juga masakan.Siyes,ini bukan hidangan...

Kalau yang nampak FB aku,sejak semalam sibuk update ttg keta aku.Blackviper namanya.Tayar nya pecah/meletop.
Masa nak balik dr opis tu,aku jenguk2 la tayar sebelum masuk keta.Aku tengok biasa je...oklah.start engine dan drive macam biasa.Keluar simpang,belok kiri,jalan lurus,pastu keluar lagi simpang,belok kanan.jalan lurus lagi..masuk simpang,belok kiri...jalan lurus dan Poffffffff!
Terhuyung hayang,tengok lori kat belakang dan terus la aku sadaikan ke tepi...

Errrr,pancet!Tayar pecah.........emmm..emmm.
Kebetulan ada sorang cekgu yang bertugas sama sekolah lalu..Cekgu Ali namanya.Dia tanya la kenapa.Aku pun gitau perkara sebenar.(Takkan nak tipu saat2 camni kan..)

Yeayyy!nampak tak..

Alhamdulillah,dia berhenti & bantu aku...kejap je dah siap bukak tayar lama dan pasang tayar spare.Comel je...kuning warnanya.

Tayar spare kuning yang comel

Nak gi bengkel,dah tutup dah...so,kena tunggu keesokan hari lah (hari ni).Pagi2 kurang semangat nak gi keja mengenangkan tayar belom tukar lagi.Aku pun segera gi bengkel dan mintak diorang tukar tayar tu...

Alamakk...1 jenama je yg sama macam spesifikasi tayar lama.Nak carik kedai lain..buang masa.Ala,ukar sebijik jelah dulu.3 lagi masih elok tu..nak tak nak,kena jugak setuju.Harga RM228,mintak diskaun...tolak 8 hengget je!Okla ...kalau nak buat tayar sendiri lambat pulak kan.RM220 deal je.

Gamba pertama tu kesan koyaknya.mungkin kena batu
Gamba kedua tu masa fresh lagi ambik keta dulu.

Sebelum nak pasang tayar tu tetiba perasan air radiator mengalir...ehh ehh..sorang lagi pasang tayar,sorang lagi mekanik tu periksa keadaan radiator aku.Mana ada aku langgar tiang ke,anjing ke.....tidakkkkkk!Radiator bocor katanya...nak kena bukak & check lagi.Kalau boleh 'weld',tak pe jugak.tapi kalau nak ganti radiator terus.. RM300 lebih woooo!!!Tambah air radiator sket...cecepat aku pegi bengkel yang satu lagi.Lebih dekat ngan rumah aku duduk ni...Aku explain,dia check mmg ada leaking...Dah lewat,tinggal keta situ dulu sebab dia nak fix the problem.Aku balik umah dan amik Blackpaparazi (Motosikal honda je..) vrommmm terus gi keja.Sian kan..haha.Balik keja tadi terus jenguk & dah siap pun..Nasib baek charge RM40 je..huhu.kalau bebetul kena ganti the whole part..melayang lagi 3 lebey kan........huwaa :(

Nasib baik kena waktu siang & x jauh sangat dari rumah kan..Bayangkan kalau kena masa aku balik duty kat konti lewat malam??Seram!Nauzubillahuminzaliqq....

Hati memandu,jaga keselamatan ye :)

Pisang Goreng Berkeju

Salam..

Selamat pagi,dah dipenghujung bulan Syawal nampaknya kan.Balang2 biskut raya masih penuh atau tinggal seserdak je lagi?Kompom ramai dah kemas dan susun rapi dalam lemari kan.Erm..

Bulan raya dah habis...tapi gegamba raya lom lagi upload.Camna tu??camtu la jadiknya...balik2 posponed je kan.Takpe2,kita tengok menu untuk hari ni...eh,bukan la menu hari ni.Menu 2 hari lepas..

Buat suka2 je..

Pisang Goreng Berkeju

Selepas bayam,pisang pun nak tunjuk bakat jugak nampaknya...pernah makan tak pisang goreng camni?Kali ni tak goreng dengan tepung pun.Cuma pisang dan keju je..masa berkursus tahun lepas,aku & geng2 kursus sempat melepak kat sebuah restoran di Kuching.Kitorang minum2 sampai kul 2 pagi,order la menu yang lebih kurang macam ni.Sedap jugak....hihi

Kalau ada pisang 2-3 biji kat rumah tu boleh lah korang try ye.Bahannya ofkos la simple

Pisang Goreng Berkeju
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan sikit je:

3 biji pisang emas yg masak
1 tbs mentega
keju cheddar/mozarella secukupnya

Caranya sangat la mudah ...
  1. Panaskan non-stick frying pan.
  2. Cairkan sedikit mentega (ryo tambah sedikit mozarellah ke dalam mentega tu)
  3. Kemudian golek2 kan pisang hingga masak.(Kalau suka,biar hangus sikit)
  4. Parutkan keju cheddar/mozarellah di atasnya semasa pisang masih panas.

Selamat mencuba !

:)

Tuesday, September 27, 2011

Kenyang!syukurlah ...

Kenyang,Kenyang, & Kenyang

Alhamdulillah...

Kekorang dah makan ke belom ni?Daku dah!

Sebagai makluman,tengahari empat g lunch open house jap,
Makannya sekejap,tapi kenyang nyer syukur sgt,harap sampai ke malam kan.

Tahniah kepada aku yang 2 kali makan hari ni...pagi tadi bfast nasi lemak,tghari pulak bantai sup tulang.Hihi..

Masok opis, jadi malas ler pulak ... errr,keja mesti diteruskan..

Helo Jaring,sila hantar bil utiliti sekolah kami!*tetiber

:)

Variasi Kek Lapis

Salam hari Selasa..

Wah,kali ni salam2 hari pulak kan...mana tau kot2 lepas ni semangat update belog tiap hari.hihi

Hari ni aku dah kembali bertugas seperti biasa.Pejam celik pejam celik lah kan,rupanya kita dah pun berada di ambang2 penutup bulan Syawal yang mulia.Tapi alhamdulillah,petang ni masih ada jemputan ke rumah terbuka,penutup ler nih.hihi...

Pagi ni entri agak ringkas lah ye.nak tunjuk gegamba kek lapis yang aku sempat amik masa gi beraya rumah kengkawan,sedara mara serta kenalan..Kalau pegi beraya,aku memang akan tengok sambil rasa kek lapis dulu...wajib tuh!

Jom layan sama2..

Variasi Kek Lapis

Colourful gituh!

Haha..nak mention satu2,malas pulak sebab x ingat nama2 kek nih...tapi lumrahnya kalau hari raya kat Sarawak ni,terutamanya Aidilfitri,memang menu wajib kek lapis sarawak ni ha...kebanyakan rumah yang kitorang pegi ni wat lapis2 biasa je.(aku pun suka lapis biasa camni)..Kalau lapis yang tunggang terbalik ala2 kek lapis tikar getah tu,memang complicated sikit la.Maunya setengah hari duk depan oven.hihi...

Oklah,aku ada sikit resepi2 kek lapis buatan sendiri,cuma belum di masukkan lagi kan.Haha...tunggu je lah.

Senyum selalu ...

:)

Monday, September 26, 2011

Sayur Bayam Simple

Salam Isnin lagi,versi malam pulak ye..

Dah dinner ke?
Dah masak ke belom ni?alahai,dari tadi ngadap lappy sampai x makan pulak??
Kalau yang bujang tu kot2 dah ada yg menyuap maggi sebentar tadi kan..(mandai je aku..),tapi ramai orang2 bujang yang hebat memasak sekaran ni taw.Kekedai mamak pun kurang customer la nampaknya.

Kalau sesuri rumah lak pasti masak yang best2 untuk sesuami diorang.huhu...
Aku kira bujang la jugak kan..(mmg bujang pun:bajet iklan)
Sebab tu masak pun nak yang simple je.

Pernah makan sayur bayam?Ni ha..dalam bahasa omputehnya 'SPINACH'..Eleh,sebut spinach terus teringat kat Popeye the sailor man kan??Haaa.kalau nak kuat cam popeye kena lah makan bayam banyak2..(aik,cam pujuk bebudak lak)

Sayur Bayam

Setakat ni aku cuma pernah makan sayur bayam gi masak tumis gini je la....tak pernah pulak jumpa sayur bayam masak kari,masak korma atau sweet & sour.Napa nak susah2 kan,sayur2 hijau gini sedap kalau ditumis dan buat sup sayur je lah.Lain2 belom try lagi...hihi.Cara masak sama macam masak tumis sayur sawi ari tu.Masak sayur kangkung pun camni.Kali ni tak mau pedas sangat,ala2 chinese gituh!Pedas pun lite2 je..


Sayur Bayam Simple (Masak Tumis)
by:ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan nya ringkas:
  • 1 ikat sayur bayam, dipotong & bersihkan
  • 1 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 tangkai cili merah*
  • 1 inci belacan *optional
  • Segenggam ikan bilis*
  • Secubit garam dan serbuk perasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Caranya mudah je :
  1. Tumbuk bahan bertanda,tumis hingga naik bau
  2. Masukkan sayur bayam yang telah dibersih/ditoskan
  3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  4. Kacau hingga daun nampak layu,padamkan api
  5. Ehhh!dah siappp!!!!

*Biasanya kalau dah guna belacan/ikan bilis,ryo tak guna banyak garam sebab belacan& ikan bilis tu dah ada rasa masin.
*Masak sayur berdaun hijau camni elok masak kejap dan jangan sampai berubah warnanya.Tak sedap!Dah nak makan baru masak...segar rasanya.(Masak sayur ni tak perlu lama...hehe)


Selamat menumis!

:)

Kek Lapis Cheese Persona

Salam Isnin...
Apa citer kekorang hari ni?hari ni aku saja ambik cuti...
Ada beberapa perkara aku nak settle kat luar.

Ni ha,lagi entri yang terperam.Kek Lapis Cheese Persona namanya.Antara resepi yang ditunggu2 oleh kengkawan,keluarga dan sanak saudara.Alah,lepas raya pun boleh lagi buat kek kan....Kek ni aku buat masa sis HaSue aku balik kampung baru2 ni.Sempat la jugak dia tengok cecara aku buat serta merasanya sekali.Hihi..

Taraaa!!..

Kek Lapis Cheese Persona

Korang ingat lagi tak entri aku pada bulan Mac lepas??Klik SINI .Kat situ aku ada tayang jugak kek ni ha,namanya panjang sikit kat situ.Sebenarnya kek ni banyak permintaan resepi sejak 1stime aku buat dan bawak ke majlis ramah tamah tahun lepas.Tapi belum jugak tercapai nak masukkan sebagai entri blog.Alhamdulillah,dengan limpah kurnianya,maka kerajinan itu terbit dari sanubariku,baru-baru ini.Kira mendapat hidayah lah jugak...

Rupa kek yang baru dikeluarkan dari fridge

Hasil adaptasi serta imaginasi,maka terhasil lah kek ni yang aku sendiri pun tak tau nak letak nama apa bila ditanya.Bila dah banyak kali ditanya,kena jugak la aku buat nama kan....Kaedah nak buat kek ni mudah je..sangat mudah.Rasanya anak2 korang pun leh buat sambil tutup mata je.Paling best,tak perlu tepung..tak perlu telur.

Dah potong & it's ready to serve...

Ada beberapa orang opismate yang telah mencuba untuk buat kek ni,tapi hasilnya tak sama.Ada yang terlalu lembik,ada yang terlalu cair.Hasil posmortem,jenis biskutyang digunakan serta adunan cheese memainkan peranan.Konsep macam buat rumah,kalau batu bata tu lembut,simen cair sangat,goyang ler dinding rumah kan. (ada ke batu bata lembut?)

Aku gunakan biskut jenama LEE, (siap ada harga lagi tu RM 3.35)....hasilnya sedap,lembut!Cubaan kengkawan lain guna biskut Munchy's dll sebelum ni x memuaskan.

Biskut Marie Coklat (Jenama Lee)

Kalau kat tempat aku,susah pulak nak dapat biskut ni sekarang...mungkin pengeluaran terhad atau memang biskut ni laris lah kot.So,kalau aku nampak biskut ni memang kena ambik banyak sikit buat stok.Haha..Pakai dalam 600 gram je pun,(hampir2 2 bungkus la..)

Jom kita tengok resepi ringkas serta cecara nak buat.
Mana tau nak bawak gi opis kan..


Kek Lapis Cheese Persona
by : ryo@ryoazhar.blogspot.comhttp://ryoazhar.blogspot.com/2011/09/kek-lapis-cheese-persona.html

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :

  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
Simple je!

Selamat mencuba....

Sunday, September 25, 2011

Tuna Lasagna

Salam hujung minggu...

Selamat pagi...x terasa dah hari Ahad rupanya ye...ada negeri yang dah bekerja hari ni..tapi di tempat aku,hari ni masih lagi hari cuti..esok dah mula kerja balik.Seronok pagi ni,cuaca sporting je...redup2,dingin2...jenguk keluar tadi kot2 salji dah mula turun ke.....tapi yang ada tu pokok kelapa je la.Maklum la,berangan duk oversea ropanya.hua hua hua.

Sementara masih rasa liat nak angkat ni,meh aku entrykan post awal pagi dulu.Jap lagi nak gi pasar minggu sebab nak carik sayur/ikan.Lepas tu pulak nak siapkan order cuppies lagi.
Menu ni sebenarnya buat semalam,lepas buat satu kek tu...(haa,kek tu kemudian sket post ye)..

......

Tuna Lasagna

Konon nya kali ni nak buat menu western pulak untuk bfast...tapi berat jugak menu nih aku tengok...Tetiba nak buat sebab dah beli lasagna sheet tu bulan puasa hari tu.Kira firs time ler ni..Resepi ni main campak je.apa yang aku nampak bahan yang ada..itu la aku masuk.....tengok ilustrasi gambar kat kotak tu je.terus aku imejin camna nak buat.haha..

Kenapa letak nama tuna lasagna pulak??sebab aku guna ikan sardin dalam tin tu je,kuahnya kan perisa tomato...kuah spageti prego tak de pulak kat umah ni.huhu...kira2 menjadi je lah.

Lepas lapis,parut keju atas nya..

Lasagna dah masak..

yummy!

Okey..dipendek kan cerita...tampal je resepi kat sini untuk rujukan akan datang..Maaf yer kalau cara aku buat tak sama ngan tetukang masak yang lain.Semalam dah share gamba lasagna ni kat FB,kali ni share resepinya pula,mana tau ada idea nak buat menu sarapan pagi ni kan...


Tuna Lasagna
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan inti:
  • 1 tin besar ikan sardin (ryo guna Ayam Brand yg pedas-tp rasanya x la pedas)
  • 3 ulas bawang putih,dihiris*
  • 2 ulas bawang merah,dihiris*
  • 1 labu bawang besar,didadu*
  • 4 btg 'crab stick',dihiris
  • 2 btg sosej,dihiris
  • 1 biji telur
  • 1 keping slice cheese
  • 1/2 tbs serbuk lada hitam
  • secubit garam *tak letak pun xpe
  • daun sup/daun bawang secukupnya
Caranya :
  1. Tumis bahan bertanda* hingga naik bau
  2. Masukkan crab stick & sosej,gaul sebati
  3. Masukkan ikan sardin bersama kuahnya..
  4. Pecahkan telur,slice cheese,serbuk lada hitam dan kacau hingga sebati.
  5. Masukkan secubit garam jika perlu
  6. Bila inti dah hampir pekat,campak sedikit daun sup/bawang...gaul dan padamkan api.
  7. Tinggalkan sebahagian daun sup/bawang untuk ditabur di atas lasagna.
Bahan lapis:
  • 6 keping 'lasagna sheet'
  • Keju mozarell & keju cheddar scukupnya
Caranya :
  1. Panaskan oven 180'c selama 10 minit
  2. Griskan dulang pembakar dengan mentega
  3. Letakkan inti,ratakan
  4. Lapis lagi dengan kepingan lasagna
  5. Letak lagi inti dan ulang hingga habis,hingga lapisan ke 6 ialah kepingan lasagna
  6. Di atas kepingan lasagna yang terakhir,parut cheddar cheese dan mozarella cheese secukupnya
  7. Taburkan daun sup/bawang di atas nya.
  8. Bakar selama 30-40 minit,atau hingga masak bergantung kepada oven.
(Jika bahagian atas dah kekuningan,masak ler tuh..)

p/s: Kepingan lasagna tidak perlu direndam terlebih dahulu kerana kelembapan inti boleh 'mengembangkan' kepingan tu.:)


Selamat mencuba,salam hujung minggu.
:)

Friday, September 23, 2011

Kena Saman!

Salam jumaat semua.

Apa khabar ye?harap moga korang sihat la hari ni.kalo ada yang baru sembuh tu,alhamdulillah.
sempena hari haru jumaat ni kurang pula mood nak menaip,update blog.
Bukan apa ye,sibuk nak menyiapkan SKT/LNPT.Kalau yang kerja gomen tu tau la menda SKT tu kan...kira siapkan rekod prestasi keja la jugak tuh kot.hihi.

Wokeh..tengok pic bawah ni dulu,

saman parking!

Yeszaaaa!!keta aku kena saman,...lagi.
Aiseyy..macam dah biasa pulak kena saman ni kan.Sebenarnya kena saman pihak majlis bandaraya sebab tak letak kupon parking semalam...ni kira kali ke -3 aku kena la dalam tahun ni...Bayar 10 hengget!

Kekadang aku sengaja la tak letak kupon parking sebab urusan kejap je,tapi pegawai parking tu cam leh hidu je keta yang takde kupon kan.Tak sampai 5 minit pun,dah ada spotcheck!Bergantung pada nasib kita hari tu jugak la..Kekadang tu,selamat la sebab tak kena.Tapi sepandai2 itik bertelur,ada masanya keguguran jugak.tak gitu?

:)

Thursday, September 22, 2011

Kari Ikan Tongkol

Selamat tengahari!!

Hari ni mesti ramai yang senyum2 je kan...yelah,ada yang dah dapat gaji...alhamdulillah rasa segar kembali hidup ni...Tapi tak lama,zup zap zup zap bayar hutang dan utiliti....perasaan hepi tu tak kekal lama.Macam semalam jugak jadiknya...yelah,kat dunia ni mana ada percuma...hidup ni kan cuma pinjaman,sampai ke akhirat nanti pulak kita tetap bawak hutang.....hutang2 amalan kita yang akan diperhitungkan.Chewahh....

Dah dah..ala2 ostat lak bila aku cakap baik2 gitu kan.....doa2kan lah ye.hihi..
Hari ni nak tayang menu berat sikit..Masakan ikan tongkol.Kalau nak glemer sket,ikan tuna laaa kan,pasal ikan tongkol ni kerabat ikan tuna jugak.

Kari Ikan Tongkol

Al kisahnya masak ikan tongkol ni berlaku hujung minggu la...sebab teringin nak carik ikan fresh..jenjalan la kejap kat pasar ikan.Nampak orang ramai duk kerumun ...aku pegi la jugak sebok kan diri kat situ...Lorrr,kerumun ikan kecik2 tu rupanya....Ikan kecik2 tu kalau buat ikan masin,memang sedap......takpe..jenjalan lagi nampak la kelompok ikan tongkol,(mungkin ikan2 tu baru lepas balik beraya kot)...lalu aku pun menyapa si tokey ikan,berapa harganya??Dapat la 2 ekor 9 hengget!ikan tu tak la besar sangat...cukup la makan untuk keluarga kan...Singgah kedai jap beli kari ikan,tauhu kering tu pulak memang dah ada kat rumah..hihi.

Ikan tongkol ni aku suka kalau rebus serai,masak kari atau goreng je..selain itu boleh juga dibakar/panggang..kalau suka,boleh jugak masak steam.hihi.

Oklah,nak share jugak ke resepi masak ikan tongkol ni?yerla..aku kalau masak2 ni lebih suka yang simple dan tak banyak bahan sangat.Kekadang tu letak banyak bahan tapi rasa bahan-bahan tu tak terbit2 jugak disebabkan perasa bahan2 utama.(pendek kata,bahan2 lebih yang dimasukkan tu takde peranan la..)

Jom tangkap ikan,dan masak...


Kari Ikan Tongkol
shared by :ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahannya:
  • 2 ekor ikan tongkol,dibersihkan/dipotong
  • 100 g serbuk kari ikan,dibancuh dengan sedikit air
  • 2 ulas bawang merah,dikisar*
  • 3 ulas bawang putih,dikisar*
  • 2 tangkai cili merah,dikisar*
  • 1 inci halia,dikisar*
  • 2 keping asam/air asam jawa
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 200 g tauhu kering,direndam
  • sedikit air
Caranya:
  1. Tumis bahan bertanda hingga terbit bau
  2. Masukkan serbuk kari ikan yang telah dibancuh menjadi pes tadi,kacau sebati
  3. Masukkan pula ikan,asam keping,tauhu kering
  4. Tambah sedikit air,garam dan serbuk perasa
  5. Biarkan mendidih dan biar 10 minit atau hingga masak.

*Jangan terlalu lama memasak ikan kerana tekstur nya akan hancur dan rasa nya juga akan hilang

:)
Selamat mencuba!

Wednesday, September 21, 2011

wordless rabu : fb

salam hari rabu wat semua..
hari ni kebetulan hari rabu..
tengok berderet je yang rasa wordless wednesday kan.hihi.
Jadi,aku pun rasa nak mengada2 la jugak wordless ni.bukan takat word je,gegambar pun tadak!

WORDLESS!!

WORDLESS!! WORDLESS!!

Paling worless bila tengok FB berubah wajah buat ke sekian kalinya..memang ramai yang pening dengan fb ni.mata makin berpinar,pening!...kalo boleh nak tambah lagi extra mata kat tepi telinga.hihi.Aku pun nak pening jugak lah!

Okbye!

Tuesday, September 20, 2011

Karipap Pusing

Salam selamat tengahari...hari selasa dah ye?
Dah lunch ke belom ni kengkawan?

Kalau belom lunch,pegi la lunch cecepat...patutnya aku nak publish pagi tadi,sesuai untuk menu saraapan,tapi tak sempat nak post!Matahari dah naek,so...resepi kali ni boleh buat untuk minum petang la pulak ye...wah,dah mula panaskan balik kuali kan.

Rasanya tak perlu aku nak conteng banyak sangat la,lagipun banyak keja nak buat lepas ni..hihi.Pernah makan karipap tak?Alahai,kali ni dengan beraninya aku buat cubaan pertama karipap pusing...tak sangka berjaya jugak,walaupun rupanya tak secantik mana...tapi rasanya memang menepati citarasa aku..

Ingat tak entri aku pasal karipap pusing terdahulu??masa tu aku tengok je pun,entri yang ni ha.. KLIK SINI . Kali ni aku try bakat pulak dengan mencari resepinya kat gugel.

Karipap Pusing

Resepi ni aku cedok dari My Resepi hari tu...siap ada langkah-langkah bergambar lagi...cuma aku je yang malas nak letak step by step sangat...hihi.

Potong & canai

Nampak pusingan2 tu..

Inti made from kentang+daging inti burger

Karipap Pusing

Sumber : lynn (My Resipi)
Shared by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )

Buat bahan intinya dulu, ryo pakai kentang je... *optional
  • 300 g daging ayam cincang/inti burger
  • 4 biji kentang,didadu
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 100 g serbuk kari,dibancuh
  • 1 labu bawang besar, didadu
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit air
Caranya :
  1. Tumis bawang merah & putih hingga naik bau
  2. Masukkan serbuk kari
  3. Masukkan pula ayam cincang/inti burger
  4. Kacau sebati,kemudian masukkan pula kentang
  5. Tambah sedikit air,perasakan dengan garam serta serbuk perasa
  6. Biarkan hingga masak (air dah agak kering dan kentang lembut)
Dah boleh buat karipap

Bahan buat doh..

A)Doh berminyak :
  • 150 gm margerin
  • 300 gm tepung gandum
B)Doh biasa:
  • 700 gm tepung gandum
  • satu sudu kecil garam
  • air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sedikit tepung )

Cara-caranya (CnP) :
  1. Langkah 1 -Margerine di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
  2. Langkah 2 -Buat doh biasa,700 gm tepung gandum + air + air garam.
  3. Uli hingga licin juga dan bahagikan kpd 8 doh.
  4. Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
  5. Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
  6. Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya .
  7. Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
  8. Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
Nak lebih detail..jom serbu ramai2 resepi asal kat SINI

Selamat mencuba!!

Monday, September 19, 2011

Tempahan : Cupcakes Hari Lahir Ashraf

Salam hariIsnin semua..

Pembuka tirai minggu baru ni nak mula panaskan semula dengan mood baking & cooking.
Harap berkelalan la semangat nak ngapdet belog kan..

Buat permulaan ni tampal je lah pic cuppies tempahan dari Puan Nora untuk hari lahir anaknya yang ke 4 tahun.Sebenarnya tempahan ni sebelum puasa lagi.Haha..

deco yang simple je ..

Ceritanya buat cuppies ni memang best..
Balik dari konti jam 9 malam hari tu...sempat lepak minum ngan member jap,pastu sampai rumah kol 10 lebih...terus la wat adunan cuppies ni & baking sampai masak.Ngantuk wey...tido kejap pastu bangun balik kol 4 pagi sebab nak siapkan deco kat atas ni ha...Nasib baik takd request deco tertentu kan.hehe...Adoyai..

Weekend ni ada lagi tempahan cuppies untuk bebudak prasekolah dari sebuah sekolah kat sini ha.Lebih banyak dari biasa...harap menjadi la cuppies tu nanti ye sebab dah lama tak buat ni.hehe..

TQ Puan Nora atas tempahan ye :)

:)

Friday, September 16, 2011

Salam Hari Malaysia!

Yeayy!

Salam pagi,salam Hari Malaysia buat semua warganegara..

Huwarggghhhhh....(menggeliat jap)
Hihi.maklom la,cuti umum kan..syok je rasanya bersantai bawah selimut ni ha,lelebih lagi pagi Jumaat yang mulia ni kan.

Eh,ada yang tak tau ke?atau buat-buat tak tahu ni??
Jom imbau sedikit sejarah..(adoii,terpaksa aku masuk setor carik buku-buku sekolah lama).

Gambar:Ihsan Google


Haa..16 September dinamakan Hari Malaysia bersempena dengan pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963 yang telah diisytiharkan oleh PM waktu itu, Tunku Abdul Rahman.Masa tu bersatunya Persekutuan Malaya,Singapura,Sabah (juga dinamakan Borneo Utara)dan Sarawak.Brunei pada mulanya ingin menyertai Malaysia,tetapi mendapat tentangan dari sebahagian masyarakatnya sendiri.Namun begitu,Singapura menarik diri daripada Malaysia pada tahun 1965.

Hari ni jugak diadakan sambutan kemerdekaan negara yang ke 54 tahun kan...ah.makin meriah la nampaknya sambutan tahun ni.Ingat lagi dulu-dulu tak sabar tengok perarakan melalui tv..Tercetus la sifat patriotisme disitu kan...haha.

Selamat Hari Malaysia buat semua!!
(Bajet nak sambung tido jap)

Thursday, September 15, 2011

Pertandingan Masakan Rimba

Salam semua,
maaf lambat sikit nak update untuk hari ni kan..erm,sticky post raya pun dah turun ke bawah nampaknya..

Hari ni nak story pasal masak,tapi bukan dari dapur aku la...tapi dari dapur buatan kreatif bebudak sekolah ni sempena karnival kokurikulum yang berakhir hari ni.
Kali ini jadi ketua hakim pertandingan memasak pulak.Hadoyai..harap tak saket perut la malam ni yer..

Okeylah,yang bertanding ni bebudak sekolah yer.Setiap unit beruniforam hantar 6 wakil untuk memasak.Geng lain siapkan meja hidangan dengan teknik-teknik ikatan.Nak bertanding kena la ada syarat,dan sememangnya syarat tu untuk dilanggar.Betul tak..

Syarat/tema utama pertandingan ni adalah memasak Masakan Rimba....nampat word R.I.M.B.A tu pun dah seram sejuk korang ye..AuuUUuuuUmmmmm....tetiba rimau mengaum...Jangan risau,kita bukan nak masak rimau ye.Kononnya memasak makanan yang boleh didapati di dalam hutan la..peralatan masak pulak,diberi kelonggaran guna periuk,sudip dan api.Hahhh??Kalo xde api camne nak masak kan.Okeh,yang tu aku saje letak sbb nak panjang kan sikit entri ni.hikhik.Cuma,peranggu meja amat dititik beratkan..X boleh guna peralatan besi/plastik.

Ni gambar masa memasak je.Hidangan pulak x sempat nak snap sebab sibuk merasa..Kwang3.



Teknik Pansoh @ Masak dalam buluh

Ikan rebus kunyit,pergghhh!

Peserta-peserta memang berbakat jugak la dengan cara penyediaan makanan diorang ni.Sepanjang pertandingan tu,hakim pun kena pantau la diorang.Apa yang tak best nya,berasappp habis!Baju aku pun bau asap,rugi je pakai perfume pagi tadi.Haha..

Kat bawah ni antara kesilapan yang dapat dikenalpasti...sudah diingatkan berkali2,tetap nak guna....Tak nak markah ler tuh!

Kat hutan ada 'aluminium foil??'
(ni mesti amik dari dapur
Kak Nor ni)


Minyak masak x boleh guna banyak!

Sebelum habis masa,kita keluarkan bahan untuk 'Masakan Rahsia'..yang ni masakan spontan dan mereka baru dapat bahan,Ubi Kentang.Haaa..nak buat apa dengan ubi kentang ni???lu pikir sendiri la..Kalau buat chicken meat pie, dah jadi tak rimba pulak kan...

Kat bawah ni salah satu kreativiti Kadet Remaja Sekolah,ubi kentang di 'gumpal' dengan tanah liat dan kemudian ditimbun dengan kayu api yang panas.

Kentang dengan tanah liat,dibakar.Kreatif!

Maaf,takde resepi disertakan.hahaha...

:)

.:: Salam Raya ::.

-STICKY POST -
(Sila scroll ke bawah untuk entri terbaru)
Tuan belog hijau (http://ryoazhar.blogspot.com) serta krew2 produksi(ada ke?)ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua blogger,follower,pembaca,pendengar2 MiriFM serta pengunjung blog ini.Terima kasih atas sokongan anda.




Sila copy paste kad raya ini.Khas untuk semua. :)

Wednesday, September 14, 2011

Karnival Kokurikulum

Salam tengahari..

Adoyai.tadi pagi dah elok mood nak mengentri tetiba dipanggil untuk jadi hakim pertandingan karaoke sambil jadi emcee sempena karnival Kokurikulum.....2 job tu dalam 1 masa.terpaksa la aku tinggal dulu nak ngapdet untuk pagi tadi kan..


Karnival kokurikulum ni dianjurkan untuk memberi ruang kepada pelajar,mengetengahkan bakat masing2..Berkawat,bersukan,menyanyi....bla bla bla...yelah,takkan bakat ponteng sekolah je yang ada.Itu bakat negatif,perlu jugak ada bakat positif.

Haaa..balik best esok ada pertandingan masak.Tema diberi 'masakan rimba'...yang ni pertandingan untuk badan-badan uniform la..esok kena jadi hakim.Ngeh ngeh.kalo sedap,nasib la..kalau tak sedap..nak telan ke nak luah?Teringat pulak zaman sekolah dulu ada kem bersepadu unit beruniform sekitar tahun 2001.hihi.

Sampai sekarang...blur balik.Yang terngiang2...lirik lagu la pulak...x kan aku nak tulis lirik lak kan...hehe..

Ok bai.Selamat makan tengahari....

Monday, September 12, 2011

Ramah Tamah Aidilfitri @ opis

Selamat malam semua..
Kompom ada yang masih berjaga waktu gini kan..alahai,belom lewat pun bagi bebelogger tegar cam korang kan.haha...moga sihat semuanya..

Bagi parents yang anaknya bakal menduduki UPSR esok,jangan la gundah gulana ye...yakin dengan kebolehan anak-anak anda,pasti berjaya.hihi...Selamat menduduki ujian jugak wat bang long, (Muhd Amrie Zahrul) anak sulung sis HaSue aku ha...anak buah aku ler tuh..moga dapat menjawab semua soalan dengan cemerlang ye..Mungkin sis aku sibuk la jugak kan wat pemantauan di rumah.Pejam celik pejam celik pejam tak celik celik,dah besar dah anak buah aku ni ha.hihi....

Str8 to the dot,kebetulan malam ni rajin pulak ngadap lappy nak ngapdet belog hijau ni...masih lagi mood raya kan,ape lagi...nak kongsi la aktiviti siang tadi kat opis.Kitorang wat Ramah Tamah Aidilfitri tertutup bagi staf.Simple je...last week tuan pengetua mintak aku naikkan notis pasal majlis ni.Ok settle,yang penting...staf masing2 bawak juadah hoccay!!Konsepnya,bawak juadah anda,lahap reramai.Sah2 la kali ni bukan dari dapur aku je kan.hehehe...

Iklan kejap,pernah nampak mamat ni?

kek raya febret aku..Chocolate Indulgence by Secret Recipe

Sambung balik....bila masing2 bawak juadah,memang bermacam2 bekas la yang ada...ni yang dinamakan 'color of tupperwear'...santa marina,marinex,giacomo,duralex,tupperwear,cap buaya,cap itik,periuk cap helang pun enterframe sekali.meriahnyer!

warna warni aidilfitri!

Sebelum majlis mula,aku pun selinap masuk n nyibukkan diri sambil nak try test masakan n kuih muih kengkawan.haha....awal2 lagi kena cukai kan...memang sedap2 kek lapis yang dibawak.Hepp,sebenarnya kali ni aku bawak kek lapis je...x rajin nak masak2 macam last year...mula tu plan nak wat nasi hujan panas,lauk ayam dan panna cotta!!Tapi kan,sebab bz siapkan 3 bijik kek lapis (tiada dalam gegamba ini dan akan di entrikan kemudian)....maka terbatal lah hasrat nak kuking kuking.Just baking2 lah!

Yeayy!!spotcheck..

Majlis mula kul 10 am,secara spontan aku jadi emcee..jemput ustaz tuk baca doa,dan makan berlatar belakangkan lagu raya...rasanya berada di hari raya pertama la pulak...Gigih!

Baju biru ni ustaz,aku ambik berkat la lepas ni leh jadi ustaz pulak.haha....

Tengok sebahagian menu-menu kat bawah ni..ada kek lapis,biskut raya,kek cheese,mi kari,tomyam,sambal,ulam ulaman,ketupat,rendang,spageti,puding dan bermacam lagi menu yang ada....tak









sesi 'menapau'...take away please

Dan akhir sekali..menjadi lumrah.....banyak lebih makanan yang di bawa..giler ke apa nak buang??Tapau la...sistem bater..bertukar2 juadah la kemudiannya..nak makan kat situ kenyang dah..masing2 isi bekas,bawak balik....tak de lah pulang dengan bekas kosong kan.Hahaha...

Memang seronok ramah tamah gini...taun depan buat lagi ye!...

Selamat beramah tamah...

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...