The Followers

Monday, August 15, 2011

Puding Cendol

Wallaweyyy.....dah tengahari dah ni....
Kalau bukan di bulan puasa,dah pecut ke gerai cendol/abc dah ni...huhu..

Apa juadah korang petang ni hah??jgn berbuka dengan mengorek idung je sudah lah ye....
Sekurang2nya ada la air sirap ke...korma ke...longan ke...laici ke...aiskrim ke...kuey tiaw ke...nasi kerabu ke...(wow!)...........

Alamak.alamk.takmo imagine lelebih...ni nak share dari dapur sekali lagi..kali ni wat puding cendol,cilok resepi dari rumah Kak Nor lagi...yelaaa,since kak Nor pindah rumah banglo ni...dah tentu nampak bumbung rumah dia dulu...singgah la kejap kot kot terbukak pintu dapur serta pintu hati untuk bagi det raya kat anak bujang ni kan..(amacam,simpati takk??)

Nak resepi yang aku cilok, klik sini.

Tengok dulu..

Puding Cendol

kurang santek!...

..tapi rasa tetap sedap..

mmmm....

TAPI kan..aku pelik la...napa puding cendol aku tak cantek macam yang kak nor wat tu??Hik hik...kesimpulan yang aku buat;

1. Mungkin silap aku terlebih letak cendol
2. Silap pembuat cendol tu sebab warna hijau dia mudah luntur dan meresap kedalam pati
santan.
3.Silap aku la beli kat orang tu....
4.Aku yang tak pandai buat??

hahaa....tak pe,korang nak cuba...tengok respi bawah ni.

PUDING CENDOL
resipi :Ogy@Tuntung15
sumber : K.Nor@SecubitGaram
shared by : Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )
  • Bagi Lapisan Bawah
  • 500ml air
  • 180gm gula pasir
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 500gm cendol
  • sedikit garam
Bagi Lapisan Atas
  • 500ml air
  • 200gm gula merah ~ k.nor guna campuran nisan dan gula merah
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 1 biji kuning telur *ryo tak letak
  • sedikit garam

Bagi Lapisan Bawah

  1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
  3. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan.

Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastik (saiz plastik mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

Bagi Lapisan Atas
  1. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
  2. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
  3. Kocok kuning telur didalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejap. Padamkan api.
Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan dibahagian tepi loyang. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

Tips2 Kak nor ni semua aku pakai,cuma aku x bubuh telur la...hihi.

Selamat mencuba!



10 comments:

eqbalzack said...

perghh...lapor2! hehe

Ryo Azhar Rahza said...

@eqbalzack
Tuan,amik ler buat berbuka..hahahah

K.Nor said...

erkkkkkkkk.. asyik nampak bumbung banglo akak jer nih.. akak tak kerja, so ryo yg kena bagi duit raya ya.. hehee

ok .. rasanya kesimpulannya gini ya..
1. lapisan atas tu, mungkin sbb ryo tak letak telur sbb tu adunan tak jd sebati, jd asing2 bahagian santan dan agar.. telur ni mainkan peranan utk sebatikan santan dan agar dlm agar2 santan biasanya.
2. ryo kena masak adunan ni sampai betul2 mendidih. pastu tunggu sejuk kejap agak2 dah suam2 sket tu baru tuang dlm loyang yg ada lapisan cendol
3. utk adunan cendok tu pun ryo kena pastikan adunan betul2 mendidih baru cendol duk sekata dalam adunan santan.
4. utk cendol duk lagi elok serata, tunggu adunan suam2 sket baru tuang dalam loyang. letak cendol lebih no problemo sbb aritu pun k.nor letak lebih 100gm dari sukatan asal :)

ok.. dah cakap semua petua tu.. lain kali buat insyaallah jadi lagi elok :)

Ryo Azhar Rahza said...

@K.Nor
oklah..tq.faham dah..

mendidih tu memang mendidih..tp mungkin gelojoh malas nak tunggu sejuk,sbb buat tgh malam.ngantuk lak tu lagi.hahaha......

tq kak nor

izahdaut said...

woo banyak rupanya tip nak kena guna pakai masa buat puding ni.. kirenya puding sopan santun la ni.. haii kena belajo gak ni...

haa dengor tu ryo..gi buat lagi. anto kat aku setengah loyang ekk

lina_pg said...

assalam ryo..di mata akak dah cukup cantik dah tuu..

Kak Rosaliza said...

assalam ryo sapa kata tak cantik akk tgk cantik je tersusun lapisan tu, sedap dimkn ok tu, hasil air tangan boy2 heheh. kalo akk buat belum tentu secanti puding ryo tu heheh

Ryo Azhar Rahza said...

@izahdaut


wakakaka..nak buat puding lain pulak ler..ko nak setengah loyang je ke??alalal,baru nak bagi seloyang terus td..xpe laa..setengah acuan tart kecik tu nak?hihihi

Ryo Azhar Rahza said...

@lina_pg
slm kak lina..hehe..tq ye kak..next tyme nak try lagi..tu kak nor dah explain dah tu.hihi

Ryo Azhar Rahza said...

@Kak Rosaliza
slm kak rosa..eh eh..cantek ye?haha..tq ye..tp mungkin next time nak buat lagi cantik dr ni ha...nak test try puding yang lain pulak pasni.haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...