The Followers

Thursday, August 25, 2011

Laksa Sarawak

Salam hari Khamis semua..
Salam Ramadhan semestinya kan..

Lip lap lip lap dah rumah kiri kanan kan...memasing sibuk kemas rumah...kalo rumah yang banyak perhiasan kristal camna lap sebijik2 ke??Hihi..Nasib baek aku duk rumah family kan.....tunggu la beradik lain balik kampung kemaskan rumah.Hahahaa...(tp biasa nya,akuuuuuuuuuuuuuuuuu jugak kena enterframe!)

Dah la...belum lagi nak feel2 raya ni..(konon la malas..) aku nak tunjuk menu2 berbuka dulu...tinggal bebrapa minit nak raya,baru publish kad raya/biskut raya yer.haha...

Hari Selasa lepas teringin la nak buat laksa sarawak.Aku siap sms kepada beradik yang lain bahawa aku nak masak laksa sarawak buat juadah berbuka.Rasional nya aku berbuat sedemikian,diorang tak la tunjuk itu dan tunjuk ini sambil melempiaskan pembaziran untuk beli juadah petang tu kan..hihi..

Okeh,masak laksa sarawak guna pes Haji Manan...'nang nyaman!'..sila tonton..

Laksa Sarawak

Aksesories kena ada...

nampak udang tu??

bila dah letak aksesories,baru curahkan kuahnya..

Yummmy!siap nak 'ngap!'

Aksesori banyak camni kena ada..kalau tak memang x sempurna rasanya......sambal belacan pun ken aada jugak,perah lagi ngan limau kasturi ni.pergghh!

Hepp!air liur tu control sket.....tadah cepat!..

Nak try,salin je resepi ni ha...malas taip banyak,ambik resepi yang lebih kurang sama ni dari sis HaSue.

Laksa Sarawak
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
shared by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 laksa(tidak terhad):
  • Bihun(yg sudah dicelur n ditoskan)
  • Isi ayam ,digoreng+ dicarik
  • Telur dadar,dihiris
  • Tauge,dicelur
  • 300g udang,dicelur
  • Telur rebus,dibelah 2 atau 4
  • Sambal belacan dan limau kasturi
Cara menyediakan sambal belacan:
Kisar(menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah+10 tangkai cili api(ikut tahap kepedasan masing2) bersama 3 sudu belacan dan sedikit garam..jika ingin menghasilkan sambal belacan lebih banyak,boleh menggunakan pengisar bahan basah..campurkan sedikit sahaja air,sekadar untuk menggerakkan mesin ye

Bahan2 kuah laksa:
  • 200g pes laksa sarawak
  • 2 liter air
  • 2 batang serai-ketuk
  • 200ml santan pekat
  • Garam n gula/perasa secukupnya
Cara menyediakan kuah laksa:
  1. Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
  2. Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah,santan,garam,gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.
Cara hidang :
  1. Masukkan bihun yang telah dicelur ke dalam mangkuk.
  2. Susun bahan2 aksesori laksa diatasnya
  3. Curahkan kuah laksa ke atas bahan dan mihun tadi.
  4. Makan dengan sambal belacan serta perahan limau,gerenti syiokkk!
Boleh juga layari resepi laksa sarawak kat SINI

Selamat mencuba!



4 comments:

K.Nor said...

ehhh ryo.. banyak tu.. abis ke makan sorang2.. ish.. tak hantor ke k.nor semangkuk dua ya.. :)

Fiza Nordin said...

ishhh sedapnye nampek laksa s'wak ryo... aritu bpeluang ke s'wak rasa mcm tak puas makan...tgk udang tu, adoi!!!

selamat menyambut lebaran ye :D

Ryo Azhar Rahza said...

@K.Nor
ehh ehh kak nor..lupa nak singgah hantar semangkuk ari tu.hihi....mmg x terhabis la laksa ni aritu sbb makan 4 org je.

Ryo Azhar Rahza said...

@Fiza Nordin
hehe...ni wat juadah berbuka memang sedap..g sarawak hari tu area mana?kuching ke??....kalau g kuching try mee kolok,laksa sarawak or ayam penyet.pergh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...