The Followers

Thursday, March 17, 2011

Kek Lapis Sarawak Terpanjang Sempena Ulang Tahun RTM Ke-65

KUCHING, 16 Mac (Bernama) -- Kek lapis Sarawak sepanjang 27 meter yang dihasilkan sempena ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-65 akan tercatat dalam Malaysia Book Of Records (MBR) sebagai kek lapis terpanjang di Malaysia pada 2 April ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Unit Pembangunan Usahawan) Mohd Naroden Majais berkata 15 pengusaha kek lapis akan bergabung tenaga untuk menyiapkan kek tersebut dalam tempoh lapan hari, iaitu dari 21 hingga 28 Mac ini di Kilang Rabiah Amit Cake House di Kawasan Perindustrian Demak Laut di sini.

Beliau berkata kek lapis itu akan diterbangkan pada 31 Mac ke Kuala Lumpur sebelum kerja-kerja penyantuman dilakukan pada 1 April dan mendapat pengesahan MBR pada 2 April.

"Kek Lapis Sarawak sepanjang 27 meter dan dianggarkan seberat 2,000 kilogram itu akan dipamerkan di Angkasapuri untuk mendapat pengesahan daripada MBR.

"Majlis pengesahan itu akan disaksikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim," katanya pada sidang media di sini hari Rabu.

Kini rekod kek lapis terpanjang di Malaysia ialah 21.6 meter yang tercatat dalam MBR pada tahun lalu.

Selepas majlis pengesahan, kek lapis tersebut akan diagihkan kepada tetamu sebelum dijual kepada para pengunjung selama dua hari iaitu pada 2 dan 3 April dan 10 peratus daripada hasil jualan akan diserahkan kepada Rumah Anak Yatim Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit berkata 30,000 biji telur, 1,500kg mentega, 800kg gula dan 800kg tepung gandum akan digunakan untuk menghasilkan kek itu yang membabitkan kos RM50,000 hingga RM60,000.

Program itu dijalankan dengan kerjasama Unit Pembangunan Usahawan, Jabatan Ketua Menteri dan PPKLS dan beberapa aktiviti sampingan akan turut diadakan seperti demonstrasi membuat kek lapis Sarawak, laksa Sarawak serta kuih tradisional Sarawak.

*Berita disunting dari BERNAMA

2 comments:

HaSue said...

30,000 telurr tuuuu...huahuaa...nih kalo tempah utk raya sekampung pun x abis nih

Ryo Azhar Rahza said...

tu la pasal..agaknya lenguh jugak ler tangan nak kepuk telur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...