The Followers

Friday, December 30, 2011

Entri hujung tahun ...

Assalamualaikum ..

Wahh!!gempak x tajuk entri kali ni....curik2 masa ni nak wat entri hujung tahun.
Bila dah lama x blog ni..segan lak kan.Tapi nak wat camana....ada benda lain yang kena buat pulak...InsyaAllah tahun baru 2012 nanti ada la sinar baru untuk menyerikan lagi belog hijau ni kan...

Happy New Year 2012!!!

Terima kasih buat pengunjung yang terus support belog aku.Selamat menyambut tahun baru 2012 kepada semua.....maaf andai ada kekasaran bahasa,tergurau serta tercurik makanan anda disini dan disana....ehehhe...next time kita masak sama2 lagi lah ye.Ada jugak yg PM tanya perkembangan..hik3....nampaknya sekarang ni aku bertapa lah kan....peralatan nak membaking pun berehat,cuma otak dan anggota badan je terus bekerja ..kan..

Selamat tahun baru!(tua mengejar kita...)

:)

Friday, December 23, 2011

Wang Kertas Baharu!

Salam semuanya...salam hari Jumaat juga ya.
Hihi...alhamdulillah,aku masih ingat lagi rupanya password nak sign in masuk belog hijau ni.Weyy,macam biasa, Bz bz dan bz ..kali ni cadang nak entri pendek je.Takat nak gerakkan arkib je.haha...

Welldone dan tahniah kepada hadek2 yang dah amik result PMR derang semalam ye.Ada yang cemerlang tu,teruskan kecemerlangan..bagi yang kurang cemerlang tu pulak,anda dah nampak kelemahan anda kan..sila gandakan berlipat2 kali usaha untuk peperiksaan yang akan datang.Ahaks!

Ni ha..saje nak tayang gegambar duit baru ni..Aku tahu,ye ye aku tahu ramai yang dah tayang gegamba ni....ye la ye la,aku lambat la...sbb aku baru tau semalam pasal duit2 baru nih.Hahaha....tengok gambar duit ni segar la mata kan...moga makin cergas la nak bekerja untuk memiliki deduit ini.huhu...

Wang kertas baru 2012*Gambar kidnap dari google

Wang kertas ni sangat la colorful!cantik dan lebih terang warnanya daripada deduit sebelum ni,namun masih lagi mengekalkan warna aslinya.RM100 (Ungu),RM50 (Hijau Tua),RM20 (Oren),RM10 (Merah),RM5 ( Hijau)RM1(Biru).Paling menarik perhatian, wang kertas RM20 hengget kembali lagi diguna.Orangessssssss lak tu!Credit kpd hakak Bank Negara yg duk posing tu lah..glemer dia.

Duit syiling 2012*Gambar kidnap dari google

Bukan wang kertas je, duit syiling pun dengan reka corak yang baru....duit 50sen umpamanya siap ada lekuk2....nampak mahal pulak kan.Khabarnya duit baru ni akan dikeluarkan dalam bulan Julai 2012 nanti.Tahun depan lah tu...sabar ye sabar.

Canteknyer!Siyes!*Gambar kidnap dari google
Oklah,nak wat keja jap ..thank u kepada anda2 yang terus menyokong belog ni.

*baru = baharu

:)

Friday, December 9, 2011

Fly to KK & keta calarrr..

Salam Jumaat semua...

Kesian kat aku ha..malam2 gini baru nak update...tu pun selang beberapa hari kan.haha...wallaweyyy...semalam duk download n baca pekeliling SBPA...pening gak kepala...mcm2 ada.

Okeh,balik kepada tajuk....bulan lepas baru balik dari Kota Kinabalu Sabah..jeng3....hari Ahad ni pegi sabah lagi nampaknya...ada lawatan rasmi ke sebuah sekolah kat sana.Iyelah,nak buat penanda aras .. atleast bila kita jenguk sekolah lain,leh dapat idea baek untuk improve perfomance sekolah kita lak kan....penting bila ada perkongsian ilmu ni.hihi...gitulah gamaknya...sambil nyelam minum air,leh tengok pepulau yg cantik....lagipun aku memang suka Sabah dan dlm perancangan nak transfer bertugas ke sana....mungkin jugak nak carik calon org sana.opssssssss....mak aihhh statement!


Boarding pass .. i like..

Haa..tu kesah nak gi Sabah..yang kat bawah ni kisah sedey sket.Pagi semalam aku baru perasan ada calar pulak kat keta aku yg bernama Blackviper ni ha..calar lama x hilang lagi..ada lagi yg lain pulak....yang pastinya aku sendiri terkedu..Bila masa kena,sebab apa dan bagaimana...hahahaha.........haishhh..

Yang ni...dislike!!

Dan last sekali.....jeng3.nak jugak selitkan aktiviti ptime aku kan.2 malam berturut2 dah keja konti malam...lepas balik keja kul 5,terus pecut dalam 48km.hasil pecutan tu,sampai jugak dalam masa 30 minit ke RTM..mana tak rushing,on air kul start 6 PM kan.hahamalam ni bru leh rehat sket..nak baking??kemsalam je lah,mood tu korang lom tiup lg kat aku.hahaha..dan....skang ni ngengada bukak page DJ RYO kat FB sekadar nak suka2 je...Hihi.

Like2 je....

Sampai KK nanti misi aku antaranya nak g makan ikan bakar dan carik bahan best2 utk kuking!Hahaha....TQ kepada yg jenguk belog hijau ni ye...salam perkenalan buat kengkawan baru..yeayy!

Ok la..setakat ni dulu k...jaga diri

Tuesday, December 6, 2011

Bubur Nasi + Ikan Goreng Kicap ...

Salam...

Wallawey......banyak nyer habuk kan laman hijau ni....nampak sgt tuan nya jarang nak mengentri dah skarang kan...bukan apa wey,SPM baru jer habis...bukan la aku duk exam tu pun..tp ada la tetugas lain selain tugas konti dan sebagainya....Balik rumah je penat...pastu skang ni duk gian nak mancing udang....tambahan plak tenet leh jadi slow melow sejak akhir2 ni..Skang ni pun x berapa nak melekat kat rumah la.....order2 pun terpaksa ditolak dgn cara yg baik. :)

Apa khabar rerakan beloggers sekalian....ada sihat ke?ada yg kawen baru?geng masak2 tu pulak ada jugak yg lebih kurang aku,kejap ada kejap tak da kan..lelebih lg sis aku sendiri.ekekekeke...Yang aktif tetap aktif,yang suam2 kuku cam aku ni tetap ketinggalan haaa...sekali dua tu aku jenguk jugak belog2 korang la...kalo leh tinggal jejak aku tinggal..kalau tenet slow tu..nak masuk ruang komen pun payah..hahaha..kadang tu loading punya lah lambat, nampak tajuk..tapi nak tgok gambar tu ..... ekor si ikan bilis je yang nampak.hihihi..

Aku rasa,antara faktor tenet aku slow yang dulunya laju adalah disebabkan faktor cuaca yang kadang ribut,kadang hujan lebat,kadang hujan renyai dan kekadang angin sepoi2 bahasa nih la kot.mak aihh..nak salahkan cuaca lah pulak..ekeke.

Jom nengok bubur ni dulu....

Bubur nasi ...

Ringkas kan menu ni??Sooo ringkas lah!Malu nak cakap,idea nak wat bubur ni ari tu dah...Tengok anak buah (baby abg aku) si Aemy tu makan bubur disuap2 lak oleh ibunya...Teringat lak dulu penah makan bubur nasi dgn ikan kicap dlm tin gini...ekekeke...Over lah kan jeles nengok bubur dak kecik.Tu belom lagi nengok bubur dak Zhariff mata cepet tuh.erm.

Bubur nasi + fried fish in soy sauce.

Bubur ni aku recycle baki nasik makan malam je....ambik 2 cawan nasik pastu main agak2 je tambah air.garam sikit & hiriskan halia muda...jadilah kan sebagai penambah perisa je...Makan bersama ikan + kacang soya kicap yg dalam tin tu....kalau ada lobak masin boleh jugak..Ni la dah namanya malas,resepi makin simple je kan.hihi..Opsss..cita2 tinggi nak baking lagi...tapi alat penimbang rosak la pulak sebab terjatuh hari tu...misi nak carik alat timbang digital la lepas ni...mana tau kot2 rajin kan lepas ni.

Saturday, November 26, 2011

Malas nak ke dapur ...

Salam semua..

Apa khabar kekorang semua??harap sihat sentiasa lah ye.Seperti biasa,maaf lah entri kurang dikemaskini beberapa hari ni.Bila takda menu nak kongsi,rasa serba salah nak buat entri kosong.Hari ni malas nak ke dapur,tapi rajin pulak aku gi tapau nasik kat kedai td.hahaha..Lebih2 lagi SPM pun x habis lagi kan....hujung tahun mcm ni mmg banyak keja lain nak dibuat.Ada peluang rehat ni,gunakanlah sbb ptg nanti nak on air plak.

Takpela,hari ni nak kongsi je salah satu aktiviti yg membuatkan aku kurang masa nak berblogging ni.Tengok dulu pic ni...

Yesszaa........baru2 ni aku jadi juruacara untuk Regatta Sibuti 2011 selama 3 hari berturut2(18-20 November lalu).Mula2 tu ingatkan jadi emcee seperti biasa,duk bawah pentas utama kan..Tup2 bila briefing pagi tu organizer nak emcee masuk sungai....nak bot & buat ulasan tentang perlumbaan.Gulpp!new experience...(nyesal x bawak kail,kalo x leh jugak aku pancing udang)....Alhamdulillah,feedback positif diterima dan aku dapat jugak jalankan tugas berkenaan.heheee.......

Selingan, pic aku dan my bro Azeri....ni gambar hari ke-3.Sunburned!

Salah satu adegan semasa bertugas...kepanasan sambil buat laporan,nasib baik ada rakan seperahu dr lembaga sungai baik hati payungkan aku.haha..

'Emcee (MC) Sungai' nama gelaran sepanjang bertugas ni.hahaha....
InsyAllah,nanti ada masa aku tolong uploadkan gegamba regatta tu ye..mana tau ad ayang masih kurang jelas apakah itu regatta.Selamat beristirehat diucapkan kepada semua.

Terima kasih kepada pihak penganjur yang memberi peluang dan kepercayaan kepada aku dalam menjalankan tugas dari masa ke semasa.Never stop to learn.

:)

Wednesday, November 16, 2011

Semak Prestasi Anak dengan SAPS

Yessza...

Salam lagi...selamat petang.
Kali ni nak kongsi info ..mungkin ada yang tahu,ada yang tak tahu...ada jugak yang baru nak tahu.....hahaa

Kali ni nak kongsi dengan ibubapa kat luar sana,cara untuk semak prestasi anak2 di dalam kelas melalui kaedah online.Yerlah,mesti ibubapa masing2 bz dan kekadang x sempat nak jenguk prestasi anak-anak.Apa kata cuba cara online ni...sambil2 ibu bapa update FB,update blog serta jenguk akhbar online,singgah sebentar ke ruangan khas ibubapa,laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).


Caranya mudah saja, cuma masukkan nombor kad pengenalan/no.sijil lahir anak > pilih jenis sekolah rendah/menengah > semak > pilih jenis peperiksaan .

Dah hujung2 tahun begini anak2 pun dah nak mula bercuti kan.Semak lah prestasi mereka sebagai persediaan anda mendidiknya ke arah yang lebih cemerlang.

Keputusan yang dipapar bergantung kepada pihak sekolah anak-anak tuan puan yer,kalau pihak sekolah belum key in data,jadi keputusan tu tak keluar la.Kalau dah di key in ke dalam sistem,insyaAllah nampak la keputusan anak2 anda.

**P/S : Pastikan anda menggunakan aplikasi Internet Explorer (IE) untuk melayari laman tersebut.

Selamat mencuba yer...

Mihun Goreng

Salam hari rabu buat semua...
Apa cerita hari ni?Haha...
Aku lak bz edit2 slide cecekgu untuk bebudak SPM ni.Moga cemerlang la bebudak ni yer.
Dah tu pulak,minggu ni bz dengan Regatta Sibuti 2011..Acara lumba perahu yang diadakan kat kawasan aku ni ha...Bermula 18 hingga 20 November nanti,tak ketinggalan jugak aku terlibat jadi ahli jawatankuasa,seperti biasa btugas sebagai juruacara bersama rakan yang lain.Hihi.

Regatta Sibuti kali terakhir dianjurkan pada tahun 2001.Bila dah lama tak dianjurkan,pastinya ia dinantikan oleh seluruh masyarakat setempat kan.Semalam aku buat survey pun dan berpuluh gerai mula beroperasi,dari gerai makanan,pakaian serta keperluan lain.Dijangka 400 lebih gerai akan beroperasi nanti...InsyaAllah,kitorang pun nak berniaga jugak.Peluang tu...sambil suka2 kan.hehe...

Jom layan mihun goreng ...

Mihun Goreng

Hihi...alamak,mcm malas lak nak menulis resepi....ramai yang dah pandai goreng mihun....tengok gamba jelah dulu.ahaks..

:)

Monday, November 14, 2011

Hot & Spicy Alaskan Fish

Assalamualaikum ...

Salam pagi buat semua...apa khabar ye??Moga sihat2 semuanya...alhamdulillah,demam dah reda..tapi selesema belum lagi berakhir...ubat dah makan,mungkin jugak sbb kurang rehat..tu yang lambat nak 'selesai'.Ye la,bila kesihatan terjejas ni,mmg kurang feel nak baking & cooking tau.Hihi...Selamat maju jaya diucapkan kepada calon2 SPM yang mula menduduki peperiksaan hari ni ye..

Geng dapur yang lain apa cerita??Bukan mane cemerlang lagi korang ye.haha...kiranya kalau ada buku prestasi...dapat banyak bintang lip lap lip lap dah tu..kalau belog aku ni,tanda merah je kot ye sebab selalu ponteng.hahaha.Pasti ramai yang semakin bersemangat kan.lelebih lagi musim sukan SEA sekarang ni..pasti yang berbasikal tu makin laju kayuhan nya.haha...

Okeylah,kebetulan aku masuk ni, nak tampal satu menu ringkas.Memang ringkas sgt...main campak2 je.Sedap la buat dinner malam tadi...

Hot & Spicy Alaskan Fish

Alaskan fish?Ikan Alaska lah kot dalam bahasa melayu nya...aku tengok label tulis camtu.aku ikut je....sebenarnya dijual dalam bentuk isi/fillet ikan.......sebungkus ada 2 keping..beli minggu lepas,malam tadi terniat nak try masak ikan ni.Tapi tak tau nak masak apa..nampak ada tepung goreng ayam hot & spicy,ini lah kejadiannya.Capsicum tu..hahaha....gelak jap.Hahahaha.....(okey,sambung bawah pulak..)

Hahahaha...eh,ni masih lagi sambungan gelak pasal capsicum td taw.Aku gelak sebab beli menda ni sebelum g kursus hari tu...cadang nak wat pizza.(bukan main tinggi angan2 kan..)Tengok2 malam tadi capsicum dah makin kurus dah.haha....sib baik masih ada isi.boleh la pakai.....yang lain,main campak dan campak.tak sampai 10 minit dah siap.Betul!


Hot & Spicy Alaskan Fish
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 1 keping alaskan fish fillet,dipotong
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung gorengan ayam Hot & Spicy
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato,dibelah
  • 1 cawan capsicum merah/hijau,didadu
  • 1 labu bawang besar,dihiris halus
  • secubit garam & serbuk perasa
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • sedikit minyak untuk menggoreng/menumis

Caranya :
  1. Potong ikan kepada bentuk yang kecil
  2. Celup ke dalam telur,dan salut dengan tepung
  3. Goreng di dalam minyak yang panas,hingga nampak perang keemasan.(Jgn lupa balik2 kan)Sambil2 tunggu ikan tu,boleh la hiris2 bahan yg lain.Bila dah masak,angkat dan toskan..
  4. Bawang putih tu ryo tak kupas,tekan je guna pisau.Keluarkan dan hiris sikit.Tumis dengan sedikit minyak,kemudian masukkan capsicum & bawang besar.
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa,gaul sebati
  6. Masukkan pula alaskan fish yang dah siap digoreng tadi,taburkan serbuk lada hitam.
  7. Akhir sekali,masukkan tomato..gaulkan sekejap dan padamkan api..
  8. Dah siap!
Haha..biasanya goreng ikan ni pakai tepung tempra je kan.Kali ni tukar pulak guna tepung hot & spicy.Mudah je...cer bayangkan ..tung tang tung tang masak kali ni...Takde masa nak slow motion k.Nak senyum kat kucing pun x sempat2.Hihi....

p/s: Nampaknya my sis HaSue masih 'terpaksa' lagi gigih bercuti belogging....ada musibah menimpa.Hanya satu penyebab,iaitu broadband.Tapi kali ini lebih serius...para pengikutnya harap bersabar ye.hihi...

Selamat mencuba!

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday : Pes Laksa Sarawak

Salam..



Maaf lah yer,hari ni tengok gamba je...siyesly aku kurang mood pulak nak menulis...Semalam selsema, hari ni demam pulak dah..Huwaaa..... :) :(

Tuesday, November 8, 2011

Udang Galah + Timun

Assalamualaikum...salam sejahtera semua.
Woww...tetiba rasa nak buat entri pagi ni.Bila rajin dah menyapa,elok la di sambut dengan sebaiknya kan.hihi..

Bekerja semula hari ni...aiseymen.Badan mcm lenguh2 pulak.Kaki je yang cergas lepas wat foot massage semalam.Mula2 risau jugak kot2 aku tendang tukang urut tu sbb geli...tapi lama2 sedap jugak diurut kaki kan...Next time nak try urutan badan pulak lah kalau ada masa.Kata orang, lepas urut badan rasa segar bugar sebab angin2 semua dikeluarkan...hihi.camna tuh!

Tapi takpe lah kan..lupakan je dulu nak urut2 tu..hari ni tayang masakan beberapa minggu lalu.(Nampak sangat dah lama tak masak,kena bongkar arkib kan..haha)

Jeng..jeng...jeng..

Udang Galah dengan Timun

Udang galah!Memang betul ler tuh...kali ni beli je.nak memancing belom sesuai lagi rasanya...Lagi2 sejak akhir2 ni kes buaya mengganas makin menjadi2 lak kan.Seram rasanya nak g memancing di sungai.Memancing kat pasar mungkin lebih selamat..Hihi

Yang penting,masak pedas3 gini memang sedapp!

Udang Galah dengan Timun
shared by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :
  • 1 kg udang galah
  • 1 biji timun,dikupas & dipotong
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 tangkai cili merah*
  • 5 tangkai cili padi*
  • 1 inci halia*
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai*diketuk
  • 1 tsp belacan
  • 2 liter air
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
Caranya
  1. Tumbuk dan tumis bahan bertanda *
  2. Masukkan udang,gaul sebati
  3. Bila udang dah nampak berubah warna,masukkan air
  4. Masukkan pula serai,timun,belacan,asam gelugor,belacan
  5. Tunggu hingga mendidih,padamkan api.
  6. Dah siap untuk dihidangkan....
Selamat mencuba!!!

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha 1432 H

Assalamualaikum semua..

Apa khabar ye?Moga sihat semuanya...
Maaflah sbb belog hijau dah lama tidak bersiaran.Walaupun telah habis berkursus,tugas2 lain tetap ada untuk dijalankan.Sebab tu lah kurang masa untuk menjalankan aktiviti dapur.hihi..Tapi tetap gigih aku menyusuri laman2 belog lain,sekadar membaca.Banyak cerita ingin dikongsi,cuma masa kurang sesuai untuk menulis..

InsyAllah bila dah bersedia nanti,belog hijau akan tayang balik menu2 yang best bukan sahaja dari dapur sendiri,tapi juga resepi2 geng2 yang lain ye.

Mujur dah terpacak depan lappy ni,tuan punya belog ni pun nak ucapkan Salam Aidiladha buat semua ya...Maaf zahir & batin ...Kalau ada yang terima daging korban,jangan lupa kongsi resepi memasaknya pulak ye ..hihi

" daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, bahawa tidak ada amalan anak Adam (manusia) di hari raya haji yang paling disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Ternakkan yang dikorbankan itu akan datang kepada Mereka yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan asalnya iaitu, lengkap dengan tanduknya, bulunya, kukunya, darah korban itu lebih dahulu jatuh kesuatu tempat yang disediakan Allah sebelum dia jatuh kebumi ( yakni pahalanya disegerakan Allah ). Maka dengan sebab itu hedaklah kamu dengan rela dan ikhlas hati melaksanakannya untuk keuntungan diri sendiri " .

( Hadis Riwayat Tirmizi )

Sekali lagi,salam aidiladha buat semua...petang ni masuk konti 6-9 PM [Dengar]

:)

Sunday, October 30, 2011

Hershey's Strawberry Syrup Panna Cotta

Salam hujung minggu buat semua...
Wah,apakah mimpi ni aganya ye..agak lama jugak aku main selam2 timbul,selam2 timbul kan...pastu wordless wednesday tak sudah2.haha..

Dalam dua tiga menjak ni aku jadi silent reader je...na mengentri cam kaku pulak jejari ni na mnaip ha...nak kuking n baking pun suam2 kuku je.Kekadang tu dah masak tp x mood nak ambik picnya.Malasss betul lah anak bujang ni kan.Haha...malas bukan sebarang malas....cuma akhir2 tahun gini agak sibuk.Selain tugas rasmi,ada gak beberapa yang tak rasmi.hadui......dah dua tiga kali aku pitam tengok menu2 yang best2 dari GMM yang lain......

Post ni pun aku tpaksa edit balik,semalam nak post..sedang enak aku menaip..lebih enak lagi aku tido.Sampai la awal pagi...baru sibuk nak packing barang.Fly pulak ke Kota Kinabalu awal pagi ni tadi.Maksudnya skang ni aku kat KK la..haha...Nak gomol2 dak Zhariff pun x puas..malam tadi aku lewat balik..semua org dah tido.hihi..

Oklah,at least nak masuk jugak Panna Cotta yang kurang santek ni...dah buat beberapa minggu lepas sebenarnya...

Strawberry Panna Cotta

Haha..kisahnya nak merasa sirap stroberi Heshey's yang hakak aku beli dari Labuan ari tu...nak telan gitu je,pelik pulak rasanya...manis.Nak petik buah stroberi pulak,penuh yakin aku takde tanam pun pokoknya kan.Buat panna cotta ikut resepi Kak Nor je lah...cuma perisa je tukar.Nak jugak rasanya aku rembat stoberi yang berderet kat atas kek Kak Ummi koantan tuh!Kat dalam tu aku letak filing stroberi..kat atasnya pulak letak sirap tu.hihi...sedap lah.ada rasa stroberiii............


Hershey's Syrup Panna Cotta
by: ryo@ryoahar.blogspot.com
diolah dari resepi asal panna cotta :Kak Nor & Gert

Bahan2:
  • 9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
  • 4 sudu besar air
  • 2 ½ cawan susu segar/fresh milk
  • 1/4 cawan gula
  • filing strawberry secukupnya
  • sirap hershey's perisa strawbery

Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke gelas yg sesuai. Masukkan sedikit filing strawbery ke dalamnya.(1 tsp)
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan sirap strawbery hershey's keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

Selama mencuba!!

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday

Memang wordless dalam minggu ni .... kesian tak?




Apakah ini?huuu...huu..

Tuesday, October 25, 2011

Waa....The Asia-Pacific Blog Awards 2011

woww!!Macam best je ada nomination gini....tapi aku wal2 dah surrender..sebab ramaiiiiiiii lagi yang layak!.

Jom klik sini :

The Asia-Pacific Blog Awards 2011

Kursus di INTAN SABAH lagi ...

Assalamualaikum...

Wallawey,lama tak menaip ayat2 berbunga kat sini....tu dia,agak lama lah kan..dan panjang dah rumput dalam ni.Hihi...Masak2 pun kureng,masak2 ekspres pun x lalu nak amik gegamba dia.Hihi..takpe lah...

2,3 menjak ni aku rasa penat sangat!Sangattt la penat....xde masa sangat nak rehat santai2.Weekend aku memang xde santai langsung!.Sedih.. :( Kalau la ada cuti untuk tido, memang aku mintak untuk tido.... ada order cuppies dr Cekgu Zati pun belom terbuat2 gak ni.Hihi...siba baekkk dia jauh nun berpantang di semenanjung.Kalau dekat,mesti dia luku pala aku kan.Hihi (ampunnnn zati!!)Order cuppies untuk student2 dia kat sini la..sbb dia berpantang sampai cuti sekolah..So,x jumpa dah bebudaknya tahun depan sbb diorang tu form 5...Fuhh..fuhh... (ambik napas jap)

Dann tak dan ....
Jeng3...hujung minggu ni aku akan terbang lagi ke Kota Kinabalu,Sabah...kursus lagi di tempat yang sama macam hari tu....kat sini. INTAN Sabah..

Yeay!gi kursus lagi..

Dup dap dup dap .. ingat lagi kisah ini?..haaa..beberapa kejadian berlaku...Harap kali ni semuanya berjalan lancar la sbb 2 hari je pun.Hihi.

Sekarang ni aku duk BW je lah ke laman2 kekorang ye...teruskan menyokong belog hijau taw.Hihi..

:)

Wednesday, October 19, 2011

Chocolate Oreo Jelly

Salam pagi,
Kembali lagi kan.....dah lunch ke belum ni?

1st,aku tergamam la sambil nak ucapkan jutaan tahniah kepada my sis HaSue kerana kecemerlangan talian sehingga membolehkannya membuat banyak entry dalam masa kurang 24 jam!Amazing............ahaks.(Lari dulu...)

Wallawey,kali ni aku nak tayang jelly lagi.haishh...tak habis2 ngan desert kan....yela,menda2 yang simple ni seronok buat taw.Ahaks...

Chocolate Oreo Jelly

Sebelum ni nampak jelly di kat ruang dapur Kak Ummi,lepas tu ada jugak jelly ni berlegar kat DTS....Keberhasilannnya kurang menjadi macam kak ummi buat.Tak tahu lah kenapa ye....hasil yang aku dapat ni lebih kurang macam jelly CMG...serbuk koko tu tak turun bawah pun...yang penting,tetap sedap lah kan.Lebih2 lagi kalau dimakan sejuk,memang terangkat!haha...

memang sedap...

Part bahan ada derhaka sikit je,......nak pakai susu segar,tapi rupanya 2 kotak susu segar dah expired!Haha..Pasal lama sangat duk dalam esbok,tapi tak pakai2 jugak.hihi..(yelah,aku kalau beli stok,suka nak mendua2 kan mereka)kekadang benda yang belum nak pakai pun beli...(jangan amalkan ye..)...Bila susu dah x boleh pakai,aku bancuh serbuk krimer coffee mate seperti sukatan susu segar tu jugak.Hasilnya...lemak2 berkrim!hihi

rasa coklat yang hebat!

Meh jenguk jelly Kak Ummi di sini, dan jugak jelly yang dibuat oleh CMG di sana . Sampai kat sana nanti sampaikan salam kat mereka ya.hihi....

p/s :maaf la..x sempat nak beli sudu emas ala2 CMG..*larikkkkkkkkk......................

Jom cuba resepi nya..TQ ya kak ummi & kak ros,cnp disini.

CHOCOLATE OREO JELLY
Resepi: Ros @ Jintan Manis
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home
Cik Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan
Dikongsi oleh : Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )

  • 1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar) )(*akak tukarkan dengan serbuk konyaku jelly)*ryo pakai 10 gram serbuk jenama layang2
  • 6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan) (*akak letak 1o keping...hehe)*ryo letak 10 keping jugak
  • 2 cawan air
  • 2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)*ryo ganti dengan bancuhan krimer coffemate
  • 1/2 cawan gula
  • 1 ikat daun pandan
  • 2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara:-
  1. Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut. (*akak masak dulu serbuk jelly dengan air hingga mendidih dan masukkan gula, kacau hingga larut)*ryo masak dulu serbuk bersama air hingga larut
  2. Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
  3. Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
  4. Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak.

Aku xda anak2..jadi seperti biasa,bawak gi opis..memang laris.hahahaha...

Selamat mencuba!!

Five Hot & Cold Dish

Salaamm!!!
Selamat pagi!Halooooo Malaysiaa!!!!!(kunun bersemangat ni)

Haha..dah lama kekorang mengadap jelly orange tu kan.hihi...meh aku tukar panorama lain pulak...suspen je tgok thumbnail tu kan..ye ye je macam aku yang masak semua tu.hak hak..Saja nak share aktiviti malam Isnin yang lalu.....aku join Majlis Makan Malam Persatuan Pengetua....teruja jugak sebab ada sesetengah cecekgu yang hadir malam tu bekas cecekgu aku zaman sekolah dulu.Bila duduk se-majlis,rasa diri ni semakin meningkat dewasa.Wahhh!!aku bukan bebudak sekolah lagi.haha...yang penting,aku tetap salah sorang daripada 10 penyanyi karaoke malam tu.Hihi...

Jom layan antara menu yang dihidangkan...

Five Hot & Cold Dish Combination

Appetizer kat atas ni aku suka ...

Fish Lips Soup with Crab Meat

Sup kat atas ni aku suka jugak....

Braised Lamb with Herbs

Errr..kambing?Memang nampak sedap....tapi aku mmg x makan kambing.....aku cuba makan yang kuih pau yang tepi tu..........bau kambing jugak..ayo...
Nampak member sebelah makan,aku nak try makan kambing lah.....sebelum ni penah aku try..tp telan trus.haha...kali ni nak cuba lagi,ok,aku sudukan sikit...alamak!!alamak!!x boleh..kunyah cepat2 sambil minum air oren.hahahahahahhaa........

Chef's Specialty Homemade Jelly

Dessert......jelly buah naga dan ginseng.erkk!!pahittt taw....mungkin ginseng ni untuk neutralizekan suhu badan lepas kita makan kambing kan?.Tapi tak sedap......dan aku perasan,macam ada cili.....my sis HaSue pernah jugak jumpa menda ni.Klik Sini

Antara geng2 semeja...memang riuh!
(meja lain cool je.haha....
)

Okeh..cuba teka mana satu aku?hahahah..(apa punya soklan la..)

Team yang best bergambar bersama mantan pengerusi persatuan,
(no 5 dari kiri)

TQ for your time,enjoy your day k..

Monday, October 17, 2011

Jelly Buah Oren

Selamat pagi..

Salam hari Isnin,apa khabar semua?hihi...
Maaf la,hujung minggu aku malas pulak nak ngapdate,cuma jenjalan dari belog ke belog je untuk meninjau kawasan...eheee..

Sabtu, gi nonton movie Real Steel..mmg best!..Hari ahad lak saja nak memalaskan diri..ada jugak niat nak buat kek karamel yang femesss sgt tu.Hampir tiap belog yang aku singgah ada tayang kek tuh.Tengok fridge,ada buah oren..terus la nak wat jelly oren ni ha.

Jelly Buah Oren

Macam betul je kan...

Hahaa..tak berapa nak kemas pulak potongan jelly ni kan.Maklum la,pertama kali mencobanya.Cukup la untuk dibawa ke opis ni ha...mmg sedap

yummy!

manis....sedap...dan Gebu!**ehhh???

Resepi asal ni sebenarnya dari kak Yani.Bagi merealisasikan impian dan harapan aku untuk sediakan jelly ni,diam2 menyelinap ke perpustakaan Kak Nor dan jugak dari lemari insan gebu CMG.Haa..dari sana lah aku mendapat ilham itew.TQ ye ...mintak izin dikongsi bersama,untuk tatapan cucu aku di masa hadapan.

Jom semak resepi ..

Jelly Buah Oren

Resipi: Fruit Jelly by Yani MyR
Sumber : Kak Nor (SGN67) & CMG (DTS)
Shared by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji limau- large size
  • 4g serbuk agar-agar
  • 500ml air + jus limau
  • 50g gula
  • secubit garam
Caranya :
  1. Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
  2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
  3. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  4. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)
* kalau nak tengok step by step yg Yani buat boleh tengok kat SINI ya..


** k.nor ada edit sket bahan2 tu:
k.nor buat 2 adunan jd bahan yg digunakan kena la di ejjas sket kan dan gula lak spt biasa k.nor mmg kurangkan sbb kurang suka manis2

*dan aku pun ikut la resepi yang kak nor dah edit

Bahan2:
  • 5 biji limau- large size
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1000ml air + jus limau
  • 7 sudu besar gula *aku guna 2 senduk
  • secubit garam
  • 2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri kaler jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah)
*aku ikut sebijik cara ni ...

# k.nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan
# utk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi
#masukkan semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.
#bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick
#bukan apa, tak nak sia2kan vit C dlm jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)

Cara nak keluarkan isi oren tu aku ikut cara Kak Nor , Klik Sini

Bagi memudahkan cara nak masukkan adunan tu dalam oren, aku ikut cara CMG, letak kulit oren tu atas kotak telur.

Selamat mencuba ye ..

Friday, October 14, 2011

Bread Roll Sushi

Selemat pagi,

Salam jumaat buat semua ye...malam tadi beradu lebih awal dari sebelumnya.Mungkin penat..haha..

Dah sarapan ke belum ni??
Kalau belum..leh cuba menda ni k..sesuai untuk wat bekal/sarapan...

Bread Roll Sushi

Hari tu nengok kak Tun Telani tayang sushi kan...comell nye dengan nasi bagai....teringat la kak bread roll sushi yang aku selalu beli kat kedai bakery..Kedai tu gulung pakai bread biasa tu je...rasanya sedap jugak.Baekkkk punya imaginasi,menjadi la macam kat kedai bakery tu ha...

Masa nak gi keja,pagi2 wat sushi bread ni dengan express!!!!Zaassss,,sebab tu sememehhh je ropa dia.haha....tapi,bawak gi opis..lajuuuuuuuu je habis.

Korang pun leh try buat k ...


Bread Roll Sushi
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :
  • 8 keping bread,potong sisinya
  • 8 keping seaweed
  • 4 btg sosej,dibelah 2
  • 4 btg crabstick, dibelah 2
  • 1 biji telur,didadar & bhg 4.
  • mayonis secukupnya

Caranya :
  1. Celur sosej & crabstick (celur kejap je)
  2. Sediakan bread atas penggulung sushi*kalo xde penggulung ni pun xpe.
  3. Susun seaweed diatasnya,kemudian telur dadar
  4. Susun crabstick & sosej dihujungnya,picitkan mayonis.
  5. Gulung dengan berhati2,potong kepada 2 bahagian
  6. Dah siap!

Sebenarnya sosej & crabstick tu kalau x celur pun x pe...sushi kan biasanya x perlu masak.Lagipun frozen food mcm tu dah sterilized.Tp ryo celur la jugak kejap.haha....

p/s : nanti kekorang gulung kemas la sikit ye ... hihi


Selamat mencuba!!

Thursday, October 13, 2011

Kek Hujan Panas

Assalamualaikum...

Salam pagi hari khamis ye...
Pasti ramai berbaju batik ke tempat kerja kan.suri rumah pulak,mungkin tetap vogue berkain batik,atau baju kelebar batik ye...abg2 pakcik2 apa kurang nya dengan pelikat..hihi.

Maaf ye,petang semalam tak boleh nak online.ada beberapa keja nak dibuat...awal pagi bru lah ushar alam maya ni...nasib dedaun dalam laman ni tetap hijau dan segar,berkat dari lawatan anda yang menjenguknya....umpama embun yang duk menyiram lah kan..*tuu dia ayat KOMSAS.

Hari ni nak tayang kek kukus hujan panas lagi,tapi sebelum tu nak ucapkan terima kasih kepada pemilik dapur yang tanpa sempadan, siapa tak kenal blogger masak2 terkenal Cik Mat Gebu (CMG) kan.Jenguk dari tingkap tadi nampak ada resepi baru,seperti biasa aku masuk la ke rumahnya dan klik2.Ehh,tak sangka pulak CMG link kan ke belog hijau yg serba kekurangan dan baru nak bernapas ni.Terharu lak rasanya bila beliau turut menjadi follower.Blog belia jugak merupakan antara blog masak2 yang selalu ku intai2.Nak komen banyak segan sebab kita ni insan kerdil je di kalangan blogger.hihi..Syukur,nampak nya semakin ramai blogger masak2 yang hebat menyertai ryo ... kan.Terima kasih atas sokongan kalian semua,berilah tunjuk ajar kepada 'adik single' ni ye.Ehem.Terima kasih sekali lagi dan lagi...

Balik lagi ke dapur ..mari tengok warna.

Kelapa parut yang diwarnakan...

Ini warna apa?ye betul,merah,hijau,kuning...(eh,macam traffic light pulak kan).

Kek Hujan Panas

Sebelum ni aku dah pernah terbitkan resepi ni.Klik Sini. Ada blogger yang telah mencuba, antaranyakak Ummi Zaihadi & kak Azlita Aziz .Klik ye..Nak buat kek hujan panas ni memang pakai kelapa parut.Yang ni aku pakai kelapa kering,semasa mewarnakan tu,titik sedikit air,kelapa akan jadi lembab sikit.

Gaulkan kelapa yang kalerful tu ...

peroi .... sesuai untuk sarapan/minum petang..
err..nak telan sebelum tidur leh gak kot.hihi

Di sini, diterbitkan lagi resepinya ya ..

Kek Hujan Panas
by:ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :

* 325 g butter/margerin
* 1 1/2 gelas gula
* 2 1/2 gelas tepung gandum
* 5 biji telur *kali ni pakai gred A.hihi
* 150 g seri kaya
* 50 g susu pekat manis
* 300 g kelapa parut
* sedikit pewarna merah,hijau dan kuning.

Caranya :

1. Sediakan pengukus dan biar hingga mendidih
2. Pukul butter bersama gula hingga kembang
3. Masukkan telur satu persatu
4. Masukkan serikaya,susu & tepung
5. Pukul lagi hingga adunan sebati,ketepikan
6. Bahagikan kelapa parut kepada tiga bahagian dan warnakan satu persatu
7. Masukkan kesemua kelapa parut berwarna ke dalam adunan,gaul sebati
8. Tuang adunan ke dalam bekas 9"x9" yang sudah di griskan,tutup dengan aluminium foil
9. Bila pengukus dah mendidih,kukus selama 1 jam atau hingga masak.
10.Potong apabila kek dah sejuk.

P/s : kalau malas nak carik kelapa tua,pi kedai beli kelapa parut yang dah kering tu pun boleh,cuma rasanya sedikit berbeza ler.

Sambung sikit citer, petang semalam kena pegi ke RTM untuk buat VO (Voice Over) dan jingle untuk segmen.Tak sabar nak dengar...ada jugak pakai suara kanak2 untuk jingle macam ni ... "Teruskan bersama DJ Ryo, dalam Rileks Santai di mirifmmmmmm.."(haaa..cerr cuba...cam upin ipin lak suara dak kecik tu).TQ juga wat mereka..seronok pengalaman jadi partime ni.hihi…disebabkan takut kekurangan masa,semalam aku terpaksa tolak tempahan dengan baik,ada sekolah yang tempah 200 bijik kuih.Tak salah kita menolak jika takde masa nak buat kan.senang diorang order kat tempat lain.Lagipun order tu macam last minit.Bahan x beli lagi..naknya pulak hari ni..aku kerja opis hours….kalo x tido kang mata cam panda lak.Bila partime itu ini,takut lak menjejas prestasi kerja yang utama kan..dalam hal itu,terpulang pada diri kita untuk pertimbangkan,ikut kemampuan.Tak gitu??

Selamat mencuba..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...